loading...

Friday, 30 December 2016

Kelebihan Dan Hikmat Ayat Seribu Dinar

Ayat 2 dan 3 surah At-Talaqatau lebih dikenali sebagaiAyat 1000 Dinarmerupakan amalan yang masyhur dalam hal berkaitanrezekidanperlindungandiri. Ramai yang mengamalkan ayat ini untuk tujuan meminta agarAllah SWT mengurniakankemurahan rezeki, kemudahan danpenyelasaian masalah.Tetapi haruslah mengamalkannya secaraberistiqamah.

.

.

Hikmah Ayat 1000 Dinar.

Sesiapa mengamalkan ayat ini InsyaAllah akan:

1. Memperoleh kemurahanrezekiyangtidak disangka-sangka.
2. Mendapat jalankeluardari segalamasalah dan kesulitan.
3. Mendapatperlindungandari segala musibah danbala bencanaseperti peperangan,kezalimandan bencana alam.
4. Jika berperang InsyaAllahtidakakancederaatau binasa kecuali telah sampai ajal.
5. Allah akanmenunaikansegalahajatdan memberikemudahandalam setiap urusan.

.

.

Sejarah Dinamakan 1000 Dinar

Pada zaman dahulu ada seorang pedagang lelaki yang bermimpi didatangiNabi Khidir. Pedagang itu kemudian diperintahkan untuk bersedekah wang sebanyak 1000 dinar. Setelah tiga kali mengalami mimpi yang sama pedagang itu mula berfikir bahawa mimpi yang beliau alami itu adalah benar. Pedagang itu pun bersedekahwang sebanyak1000 dinar, seperti yang diperintahkan. Setelah itu, sekali lagi pedagang tersebut bermimpi bertemu Nabi Khidir. Lalu Nabi Khidir pun mengajarkanlah akan pedagang ituayat 2-3 surah at-Talaq untuk diamalkan. Lalu beramallah pedagang dengan ayat berkenaan.

.

Sehinggalah pada suatu hari pedagang tersebut ingin pergi berdagang ke suatu tempat yang lain dengan menggunakan jalan laut iaitu menaiki kapal. Di tengah pelayaran ia dilandaangin taufanyang sangat dahsyat. Apa yang boleh dilakukan oleh pedagang itu hanyalah bertawakkal pada Allah sambil terus menerus membaca akan ayat yang telah diajarkan Nabi Khidir.

Akhirnya kapal yang beliau naiki pecah dipukul ombak, semua penumpangnya kembali ke alam baqa kecuali pedagang tersebut. Apabila telah reda angin, beliau mendapati dirinya terdampar di tepi pantai sebuah negeri bersama barang dagangannya yangtidak rosakwalau sedikitpun. Sambil menadah tangan mengucapkan syukur ke hadhrat Allah SWT, beliau sedar dan insaf akan kebesaran ayat yang diamalkannya itu. Lalu padagang itu mengambil keputusan untuk tinggal di negeri tersebut.

Tinggallah lelaki itu di negeri yang baru, berdagang dan berniaga dengan penduduk negeri, disamping terus mengamalkan membaca ayat 2-3 surah at-Talaq, sehinggalah beliau diangkatmenjadi rajadi negeri tersebut (rezeki yang tidak disangka-sangka). Begitulah kisahnya, sehinggalah sekarang ini ayat yang diajar Nabi Khidir itu digelar ayat 1000 dinar.

.

.

Pendapat Ulama

Memang kita tidak boleh menafikan kelebihan ayat 1000 dinar. Para ulama menganjurkan supaya mengamalkan ayat ini untuk memperolehi kejayaan atau keuntungan. Walaupun terdapat perselisihan dan tentangan dari para alim ulama akan kelebihan dan kesahihan sumbernya, kerana tidak ada dalil dari al-Quran atau hadis.

Begitu pun beramal dengan ayat-ayat Allah tidak akan merugikan sesiapa bahkan Allah SWT akan mengurniakannya dengan kelebihan yang banyak.

Apabila diperhatikan kepada makna setiap ayat, memang tepat dan benar bahawa ayat ini amat penting untuk diamalkan oleh setiap umat Islam, agar lebih tinggi kebergantungan seseorang itu kepada Allah SWT dalam setiap tindak tanduk dan perbuatan.

Ayat tersebut mengandungi dua pengajaran iaitu supaya kitabertaqwa dan bertawakkalkepada Allah dalam semua urusan rezeki dan kebergantungan.Hanya Allah yang Maha Berkuasamenentukan rezeki dan jalan keluar dari sebarang masalah dalam hidup setiap hambaNya. Jika keyakinan itu disematkan dihati dan fikiran maka sudah tentu Allahlah tempat penentu kesudahan.

.

Dengan nama Allah, Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Sesiapa yang bertaqwa kepada Allah(dengan mengerjakan suruhan-Nyadan meninggalkan larangan-Nya), nescaya akan diberikannya kelapangan (jalan keluar dari segala perkara yang menyusahkannya). Dan diberikanya rezeki yang tidak disangka-sangka. Dan (ingatlah), sesiapa yang bertawakal (berserah diri bulat-bulat) kepada Allah, maka dicukupkan baginya (keperluan untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala yang di kehendaki-Nya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.

(Ayat 2 & 3 Surah At-Talaq)

.

.

Amalan

Ramai yangmenghafalayat ini untuk dibaca dimasa-masa yang sesuai, sepertiselepas solatdan ketikaberdepan masalah.Tidak kurang juga peniaga menggantung atau menampalkan pelekat ayat 1000 dinar ini di premis perniagaan mereka, dengan harapanperniagaanbertambahmaju.Walaubagaimana pun jika sekadar menampalkan ayat 1000 dinar ini di premis perniagaan, tapi solat tidak dikerjakan, amalan tidak jujur dalam perniagaan terus dibuat atau sebagainya, ini tidak bermakna kita mengamalkan ayat 1000 dinar.

.

Tujuanmenampalkan pelekat itu hanyalah sebagai cara supaya kita selalu beringat untukbertaqwa dan bertawakkal.Begitu juga kalau kita baca ayat ini beribu-ribu kali dalam sehari, sedangkan kita tidak bertaqwa dan bertawakkal, itu juga bukan cara yang betul mengamalkan ayat 1000 dinar.

Sebenarnya ayat seribu dinar adalahsebaik-baik doauntuk segala masalah. Walaupun begitu banyak doa-doa lain untuk perlindungan diri dari musibah dan ketika susah. Tetapi tidak ramai yang mampu menghafal banyak doa-doa yang khusus untuk sesuatu tujuan tersebut.

Sewaktu dalam kesusahan dan dalam keadaan darurat, ada kalanya kita terlupa, apakah doa yang hendak dibaca. Yang sebaik-baiknya ayat seribu dinar yang mudah dihafal dapat dibaca.Ayat seribu dinarmerangkumi kesemuanyauntuk mendapatkan rezeki yang banyak, melindungi diri dari bala dan musibah serta perlindungan dari syaitan, jin dan iblis.

.

.

Hikmat Dan Khasiat Ayat SeribuDinar


Yang sakit akan sembuh, yang hitam akan putih, yang keruh akan jernih.

  1. Ayat ini jikalau diamalkansetiap kali lepas solatsebanyak3 X,InsyaAllah akan beroleh seribu faedah.
  2. Sesiapa yang beramal ayat iniAllah taala akanmengadakan baginya jalan keluardari segala kesulitan, Allah taala akan memberirezekiyang banyak dengan tidak di sangka-sangka dan Allah Taala menyampaikan segala hajatnya, dengan beramal bersungguh-sungguh dan yakin kepada Allah,terlindungsegala daripada bala di darat dan di laut.
  3. Jikadibacakankepadaorangyang sedangsakitsebanyak3 Xdan dihembuskan kepada si pesakit itu dan di jampi pada air sebanyak3 X diberi minum, InsyaAllah si pesakit akan sembuh.
  4. Jika mengalamimasalah berat, seperti kesusahan kerana kezaliman orang-orang tamak, huru-hara dan peperangan yang ditimbulkan oleh musuh-musuh Negara. Beramallah selalu dengan ayat ini selepassolat fardhu, mudah-mudahan segala kesukaran mendapat perlindungan dari Allah Taala.
  5. Jika bertempur menentang musuh,tidak binasadisebabkan terbakar,tidak lutdengan pukulan besi dantiada mudaratdari sebarang benda yang bahaya. Hendaklah mengamalkan ayat ini dan bertawakkal kepada Allah SWT.
    1. Baca ayat ini sesudahsolat lima waktu,
    2. Baca ketika hendaktidur tiga kali,
    3. Baca ayat ini ketika hendakkeluar rumahsekurang-kurangnyatiga kali.

.

Selepas mengetahui hikmat ayat ini, eloklah diamal, dihafal dan difahamkan maknanya sekali sebagai bekalan kita ketika menghadapi segala kesusahan dan kesengsaraan yang tidak kita jangkakan di masa mendatang.

.


via Bin Usrah
sumber : www.gengviral.com

Sumber: 1citemalaya

–> Klik jika rasa post ini patut dibuang

Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih

0 comments:

Post a Comment

loading...