loading...

Friday, 30 December 2016

Fadhilat Dan Khasiat Taawwuz

Taawwuzialah ucapanAuzubillahi minas Syaitonir Rajimyang diucapkan sebelum membacaBismillahapabila kita membuat sesuatu, kerana dengan bacaan Taawwuz akan membersihkan lidah daripada kekotoran yang dibawa oleh syaitan.

Firman Allah SWT :

Jika engkau diganggu Syaitan dengan sesuatu gangguan, hendaklah engkau meminta perlindungan kepada Allah. Sesungguhnya Dia Maha Mendengar dan Maha Mengetahui.(Al Araf : ayat 200)

Hadits yang diriwayatkan oleh Al Imam Abu Dawud, Ibnu Majah, Daraquthni dan Hakim, menyatakan, bahawa Nabi biasa membaca Taawwudz yang berbunyi:

AUUDZUBILLAHI MINASY SYAITHONIR RAJIIM MIN HAMAZIHI WA NAFKHIHI WANAFTSIHI

.

Atau mengucapkan:


AUUZUBILLAHIS SAMIIIL ALIIM MINASY SYAITHONIR RAJIIM.

(Hadits diriwayatkan oleh Al Imam Abu Dawud dan Tirmidzi r.a.).

.

Ucapan Taawwuz itu ibarat meminta izin dan ibarat mengetuk pintu, seumpama seseorang yang hendak masuk ke istana berkata-kata dengan Raja, maka hendaklahdibersihkandirinya daripada kekotoran. Hukum membaca Taawwuz itusunatdan ia adalah sunnah Nabi SAW.

.

.

Bertawakal Kepada Allah SWT

MembacaDoa Taawwuzdisunatkan dalam setiap rakaat solat, begitu juga ketika membaca Al-Quran sebagaimana firman Allah Taala:

Apabila engkau membaca Al Quran, maka ucapkanlah Auzubillahi minas Syaitonir Rajim. Sesungguhnya Syaitan itu tidak mempunyai kekuatan dapat memaksa orang-orang beriman yang bertawakkal kepada Allah.( An Nahl : 98 99)

Sesungguhnya Syaitan itu tidak mempunyai kekuatan dapat memaksa orang yang beriman kepada Allah untuk masuk ke dalam perangkapnya. Maka pengertian daripada ayat di atas, fahamlah kita bahawa Taawwuz seseorang mukmin itu adalah merupakan satu cara untuk bertawakal kepada Allah SWT.

.

.

Penyapu Al-Quran

Diterangkan oleh Ibnu Abbas r.a. :Kebesaran Al Quran itu denganAuzubillahi minas syaitonir Rajimdan pembukaan Al Quran itu denganBismillahirrahmanirrahim.

Berkata ulama bahawa Auzu itu adalah seperti penyapu Al Quran Maka setiap orang yang hendak membaca Al Quran, perlulahmenyapu hatinya dari segala keraguan dan was-was.Dan berkata Al Hassan bin Abi Tolib :Sesiapa yang membacaAuzubillahi minas Syaitonir Rajim itu, maka tidak ada jalan Syaitan yang boleh menggodanya.

.

.

Khasiat Lain Membaca Taawwudz;

1. Mengutuk Syaitan
2. Dapat Mengusir Syaitan
3. Mengatasi Mimpi Buruk
4. Menhilangkan Perasaan Takut
5. Menghentikan Pertanyaan Menyesatkan

Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah SAW bersabda:Syaitan akan menghampirimu dan bertanya: Siapakah yang menciptakan ini dan itu? sehingga akhirnya dia bertanya: Siapakah yang menciptakan tuhanmu ini? Apabila sudah sampai di situ, maka berlindunglah kepada Allah SWT (mengucapkan :Auzubillahi minas Syaitonir Rajim).(HR.Muslim)

Ketika duduk bersendirian dan mengagumi alam, sering muncul difikiran betapa indah ciptaan Allah SWT, kita pun menyedari segala sesuatu itu memangterjadi kerana Kehendak-Nya, namun pada tika itu syaitan mencari kesempatan untuk menyesatkan,dengan memberi pertanyaan yang menyesatkan,hingga akhirnya,kita boleh terjerumus menjadi musyrik,Auudzubillaah minzalik.

.

.

Mengalahkan Syaitan

Kebanyakan hati manusia dikalahkan oleh Syaitan yang telah berjaya menyerap masuk ke dalam hatinya dengan pengaruh nafsu. Sehingga hati itu memilih keduniaan dan melupakan akhirat. Hal ini tidak dapat dikalahkan melainkan manusia itu kembali kepada zikir Allah ( mengingati Allah ) dan membanyakkan membacaTaawwuz.

.

Berkata Jabir bin Ubaidah Al Adawi : Saya pernah mengeluh kepada Al Ala bin Ziyad : tentang was-was yang terdapat di dalam dada saya. Maka ia berkata :Bahawa Hati itu umpama sebuah rumah yang dilalui beberapa pencuri. Pencuri-pencuri itu berusaha mencuri apa-apa yang menjadi kegemarannya di dalam rumah tersebut. Tetapi jika di dalam rumah tersebut tidak mempunyai apa-apa, maka pencuri-pencuri itu akan melalui sahaja rumah itu dan akan meninggalkannya. Iaitu hati yang bersih daripada syahwat nafsu tidak akan dimasuki Syaitan.

.

Firman Allah SWT:Sesungguhnya hamba-hambaKu itu tidak ada kekuasaan bagimu ( Syaitan ) ke atas mereka.(Bani Israil : 65)

Dan Firman Allah SWT lagi:Bahawasanya orang-orang yang bertaqwa, apabila mereka diganggu oleh Syaitan, lantas mereka ingat kepada Allah, maka jika begitu mereka akan melihat.(Al Araf : 201)

Untuk mengalahkan Syaitan hati perlu diisi dengan zikrullah dan iman. Sifat iman ilmu yang belum lagi meresap ke dalam hati boleh naik dan adakalanya turun. Maka ianya perlu dibajai dan disuburkan denganibadahdanmujahadahyangikhlasdantawadhuk.

Seterusnya akan timbul di dalam hatirasa kebesaran Allah, hati akan lebih mengenal Allah, takut kepada Allah, menghina diri dan malu dengan Allah SWT, takut ancaman Allah dan harap akan nikmat Allah, terasa gerun dan cinta kepada Allah Taala.

Maka secara sendirinya hati akan beramal dengan amalan yang baik dan sentiasa mengingati Allah denganzikrullahyang akhirnya mendatangkan ketenangan pada batin manusia dan akan memundurkan Syaitan daripada menguasai hati kita.

Rasulallah SAW bersabda :Tergesa-gesa itu daripada Syaitan dan tenang itu dari Allah.

.

Bagi menyelamatkan mereka dari dikuasai oleh nafsu dan Syaitan laknatullah alaih di dalam melaksanakan ketaatan dan ibadah kepada Allah SWT, perbanyakkanlah membaca Auzubillahi minas Syaitonir Rajim sebagai satu zikir dan senjata di dalam usaha kita menghindarkan diri kita daripada gangguan dan godaan Syaitan.

.

Selamat Mengamalkan Bacaan Taawwuz. Semoga Kita Selalu Dilindungi Oleh Allah SWT. Amiin!

Wallahu Aalam Bissowab

via Bin Usrah
sumber : www.gengviral.com

Sumber: 1citemalaya

–> Klik jika rasa post ini patut dibuang

Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih

0 comments:

Post a Comment

loading...