Bill English Dipilih Terajui Kerajaan New Zealand
Published on Dec 12, 2016 in Politik/Utama & Sensasi
WELLINGTON Parti pemerintah New Zealand, Parti Nasional, melantik Bill English sebagai Perdana Menteri baru negeri itu berikutan peletakan jawatan mengejut pemimpin sebelum itu, John Key.
Parti itu bertemu bagi mengesahkan keputusan itu pagi ini dengan English akan mengangkat sumpah secara rasmi di Rumah Kerajaan di Wellington lewat hari ini.
Paula Bennett pula dinamakan sebagai Timbalan Perdana Menteri.
Bill dan Paula ialah pemimpin hebat yang akan memberikan gabungan terbaik pengalaman dan pemikiran baru.
Menurut kepemimpinan mereka, rakyat akan terus mendapat faedah daripada kerajaan stabil yang diharapkan, bersama-sama memberi tumpuan khusus kepada memberikan hasil kepada keluarga dan perniagaan, kata presiden parti, Peter Goodfellow.
English, 54, ialah calon kegemaran Key untuk menggantikan beliau.
Seorang peladang yang mempunyai ijazah dalam perdagangan dan sastera, beliau menjadi ahli Parlimen sejak 1990 dan sebelum ini menjadi ketua Parti Nasional pada 2002 apabila ia berhadapan kekalahan paling teruk pada pilihan raya.
Key meletak jawatan bagi bersama keluarga, dan baru meraikan sambutan ulang tahun kelapan sebagai Perdana Menteri dan ke-10 sebagai pemimpin Parti Nasional.
Tahniah kepada rakan baik saya @honbillenglish kerana menjadi pemimpin baru @nznationalparty dan bakal Perdana Menteri New Zealand, twit Key tidak lama selepas pengumuman itu. AFP
Tags: Bill EnglishNew Zealand
Anda Juga Mungkin Berminat
Dec 5, 2016
Perdana Menteri New Zealand Umum Letak Jawatan
WELLINGTON Perdana Menteri New Zealand, John Key membuat kejutan apabila mengumumkan perletakan jawatannya pada Isnin. Key
Nov 15, 2016
3 Lembu Mangsa Gempa Terburuk NZ Jadi Perhatian
WELLINGTON Tiga ekor lembu yang mendapat perhatian dunia setelah ditemui terbiar di dataran kecil berumput susulan
Nov 14, 2016
Gempa NZ: Dua Terbunuh, Amaran Tsunami Dikeluarkan
CHRISTCHURCH: South Island di New Zealand digegarkan dengan gempa bumi kuat berukuran 7.5 pada skala Richter
Post navigation
Previous Story Previous post: 800 Sikat Emas Dijual Pada Harga RM43,000!Next Story Next post: Umat Islam Mesti Bersatu Padu! Presiden PAS
Terkini dari Politik
Dec 17, 2016
Anwar Tetap Calon PM, Bukan Muhyiddin! Kit Siang
KUALA LUMPUR Pakatan Harapan akan tetap memilih Ketua Umum Parti Keadilan Dec 17, 2016
BN Kedah Tidak Gentar Dengan PPBM Ahmad Bashah
ALOR SETAR Barisan Nasional (BN) Kedah tidak gentar dengan Parti Pribumi Dec 16, 2016
Persempadanan Semula: Selangor Dibenarkan Tangguh
KUALA LUMPUR Mahkamah Tinggi di sini hari ini membenarkan permohonan Kerajaan Dec 16, 2016
Rusia Dituduh Godam Keputusan Pilihan Raya AS
SUMBER perisikan Amerika Syarikat (AS) mendakwa mempunyai bukti bahawa kumpulan pengodam dari Dec 16, 2016
Gerakan Tak Bimbang Kjasama Pbangkang Hadapi PRU-14
PETALING JAYA Presiden Gerakan Datuk Seri Mah Siew Keong berkata parti
Advertisement
We are offering exclusive and effective positioning in addition to traditional placements and a chance to be part of the most authentic representation of today’s outlook on lifestyle. [emailprotected]
Kategori
- Alhijrah Frenz
- Artis
- Gadjet
- Gaya Hidup
- Hangat
- Jenayah
- myVideo
- Politik
- Resepi
- Slider
- Sukan
- Terkini
- Uncategorized
- Utama & Sensasi
- Video Viral
Tags
1MDBAmerika SyarikatAnwar IbrahimArtisBanjirbayibola sepakBombaChinaDAPGSThollywoodIndonesiaJenayahkanak-kanakkebakarankemalangankemalangan mautkes bunuhKhairy JamaluddinlelakimahkamahMalaysiamautMayatMH17myArtisNajib Tun RazakPASpelajarpelakonpelikpenyanyiPKRpolisSabahsarawakselebritiSingapuraSPRMUMNOvideovideo viralWanitaZahid Hamidi
Subscribe in a reader
Powered by Extra Media Network
Sumber: mynewshub
–> Klik jika rasa post ini patut dibuang
Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih
0 comments:
Post a Comment