loading...

Saturday, 17 December 2016

PPBM Sertai PKR PAN Bernaung Dibawah DAP

PAN Sedia Letak Calon Orang Asli Pada PRU14

PPBM Sertai PKR, PAN Bernaung Dibawah DAP?

Published on Dec 12, 2016 in Politik/Terkini

KUALA LUMPUR Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) sah akan menjadi salah sebuah anggota Pakatan Harapan yang diketuai DAP selepas 13 Disember ini.

Bekas Naib Presiden PAS yang kini Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (PAN), Salahuddin Ayub berkata, PBBM parti diketuai Tun Dr. Mahathir Mohamad akan membantu Pakatan Harapan menumbangkan parti Melayu UMNO.

Pada 13 Disember ini kita akan mengadakan mesyuarat bersama Pakatan Harapan dan sama-sama kita berdoa agar Pakatan Harapan menerima PPBM pada tarikh itu.

Pakatan Harapan akan ada empat parti iaitu DAP, PKR, PAN dan Bersatu (PPBM), katanya pada Konvensyen PAN Nasional semalam.

Salahuddin bagaimanapun berkata, Pakatan Harapan akan tetap berhati-hati dengan Mahathir kerana katanya, siapa tak kenal beliau

Pakatan Harapan ditubuhkan oleh DAP dan PKR pada tahun lalu bagi menyingkirkan PAS daripada gabungan parti pembangkang kerana enggan berkompromi dalam beberapa isu akidah Islam yang dilihat menyusahkan politik pembangkang.

Pakatan Harapan kemudian dianggotai PAN yang ditubuhkan oleh beberapa bekas pemimpin PAS tetapi pro-Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi menggantikan PAS sebagai parti Islam dalam pakatan pembangkang.

Penubuhan PAN mendapat sokongan kuat DAP serta PKR.

Mahathir pula menubuhkan PPBM tahun ini gara-gara kecewa usaha beliau mengangkat orang kuatnya, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan anaknya, Datuk Seri Mukhriz masing-masing sebagai Presiden dan Timbalan Presiden UMNO yang baharu tidak kesampaian.

Beliau yang berdendam dengan UMNO kerana tidak akur kepada kehendaknya kemudian menjalin kerjasama dengan Pakatan Harapan yang diketuai DAP untuk membantu mencapai agenda politik peribadinya. Mynewshub.cc

  • Facebook
  • Twitter
  • Google
  • Pinterest

Tags: Salahuddin Ayub

Anda Juga Mungkin Berminat

Placeholder Nov 8, 2016

Kerjasama Boleh Tapi Mesti Setuju Anwar Jadi PM

KUALA LUMPUR Mana-mana parti yang mahu bekerjasama dengan Pakatan Harapan termasuk PAS dan Parti Pribumi

Era Gelap Kepimpinan PAS, Krisis Ulama Berulang Lagi Jul 10, 2016

Ramai Pemegang Jawatan PAS Kecewa Pakai Keris, Tanjak?

KUALA LUMPUR Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (PAN) Salahuddin Ayub mendakwa ramai pemegang jawatan dalam

KPWKM300x900pxl banner

Post navigation

Previous Story Previous post: MB Sedih Kemalangan Di LPT2, Ucap Takziah Keluarga MangsaNext Story Next post: 800 Sikat Emas Dijual Pada Harga RM43,000!

Terkini dari Politik

Penasihat DAP, Lim Kit Siang Dec 17, 2016

Anwar Tetap Calon PM, Bukan Muhyiddin! Kit Siang

KUALA LUMPUR Pakatan Harapan akan tetap memilih Ketua Umum Parti Keadilan Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah Dec 17, 2016

BN Kedah Tidak Gentar Dengan PPBM Ahmad Bashah

ALOR SETAR Barisan Nasional (BN) Kedah tidak gentar dengan Parti Pribumi Selangor Dec 16, 2016

Persempadanan Semula: Selangor Dibenarkan Tangguh

KUALA LUMPUR Mahkamah Tinggi di sini hari ini membenarkan permohonan Kerajaan Rusia Dituduh Godam Keputusan Pilihan Raya AS Dec 16, 2016

Rusia Dituduh Godam Keputusan Pilihan Raya AS

SUMBER perisikan Amerika Syarikat (AS) mendakwa mempunyai bukti bahawa kumpulan pengodam dari Datuk Seri Mah Siew Keong Dec 16, 2016

Gerakan Tak Bimbang Kjasama Pbangkang Hadapi PRU-14

PETALING JAYA Presiden Gerakan Datuk Seri Mah Siew Keong berkata parti

Advertisement

We are offering exclusive and effective positioning in addition to traditional placements and a chance to be part of the most authentic representation of today’s outlook on lifestyle. [emailprotected]

Kategori

  • Alhijrah Frenz
  • Artis
  • Gadjet
  • Gaya Hidup
  • Hangat
  • Jenayah
  • myVideo
  • Politik
  • Resepi
  • Slider
  • Sukan
  • Terkini
  • Uncategorized
  • Utama & Sensasi
  • Video Viral

Tags

1MDBAmerika SyarikatAnwar IbrahimArtisBanjirbayibola sepakBombaChinaDAPGSThollywoodIndonesiaJenayahkanak-kanakkebakarankemalangankemalangan mautkes bunuhKhairy JamaluddinlelakimahkamahMalaysiamautMayatMH17myArtisNajib Tun RazakPASpelajarpelakonpelikpenyanyiPKRpolisSabahsarawakselebritiSingapuraSPRMUMNOvideovideo viralWanitaZahid Hamidi

Subscribe in a reader

  • Facebook
  • Twitter

Powered by Extra Media Network

Sumber: mynewshub

–> Klik jika rasa post ini patut dibuang

Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih

Related Posts:

0 comments:

Post a Comment

loading...