SHAH ALAM – Penyanyi, Datuk Siti Nurhaliza yang memuat naik kapsyen ringkasnya di laman Instagram yang mengulas mengenai tindakan Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Jamal Yunos, protes di depan pintu masuk bangunan Setiausaha Kerajaan (SUK) Selangor semalam, menjadi perbualan hangat di media sosial.
Dalam kapsyen yang dimuat naik, Datuk Siti Nurhaliza menasihatkan orang ramai agar tidak menjadi seperti Jamal yang dianggapnya tidak bersedia menghadapi krisis air sementara itu, sedangkan notis pemberitahuan sudah diberi awal.
“Jangan jadi macam Jamal ye (thumbs down). Kawasan saya pun tak ada air. Rumah saya tak ada air tetapi saya dah dapat notis dan saya faham bahasa,” katanya yang memuat naik semula gambar dari rakan artisnya, Yasin Sulaiman.
Kenyataan penyanyi itu juga turut disokong ramai pengikutnya yang menganggap Jamal hanya sekadar mahukan publisiti murahan.
Semalam, Jamal mendakwa rumahnya sudah empat hari tiada bekalan air. Disebabkan itu juga, beliau sudah dua hari tidak mandi lalu mengambil keputusan untuk mandi di Pejabat Menteri Besar Selangor.
Jamal yang tiba di pintu utama bangunan itu pada jam 9.40 pagi semalam, dihalang. – The Reporter
LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh
Sumber: citeheboh
–> Klik jika rasa post ini patut dibuang
Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih
0 comments:
Post a Comment