loading...

Monday, 19 December 2016

Perjanjian Kerjasama PHPPBM Sukar Jadi Kenyataan

Perjanjian Kerjasama PH-PPBM Sukar Jadi Kenyataan

Perjanjian Kerjasama PH-PPBM Sukar Jadi Kenyataan

Published on Dec 19, 2016 in Politik/Terkini

NIBONG TEBAL UMNO Pulau Pinang menyifatkan perjanjian kerjasama antara Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan pakatan harapan (PH) sebagai sukar menjadi kenyataan, kata Pengerusinya Datuk Seri Zainal Abidin Osman.

Beliau berkata perjanjian kerjasama antara parti itu jauh daripada realiti sebenar apabila mereka masing-masing mempunyai matlamat dan asas perjuangan parti yang berbeza.

PPBM nak bekerjasama dengan PAS tetapi PAS tak mahu bekerjasama dengan DAP. DAP pula boleh kerjasama dengan Parti Amanah Negara (PAN), tetapi PAN tak mahu kerjasama dengan PAS. PKR juga boleh bekerjasama dengan PPBM.

Ini jelas menunjukkan persamaan berbeza. Kalau kita tengok ia terlalu sulit dan mengelirukan bagaimana parti ini boleh bekerjasama antara satu sama lain kerana asas mereka berbeza, katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyerahkan bantuan elaun sara hidup nelayan kepada 633 anggota Persatuan Nelayan Kawasan Seberang Perai, di sini hari ini.

Selasa lepas, PPBM mengumumkan masih belum menyertai pakatan pembangkang dan hanya menandatangani perjanjian kerjasama dengan pakatan harapan.

Antara kandungan perjanjian itu ialah kedua-dua parti bersetuju meletakkan satu calon bagi mewakili pakatan harapan-PPBM di semua peringkat dalam pilihan raya umum.

Zainal Abidin berkata pakatan harapan-PPBM akan menghadapi kesulitan meletak satu calon di semua peringkat dalam pilihan raya umum akan datang kerana mengambil contoh pilihan raya umum ke-13 dan Pilihan Raya Negeri Sarawak apabila pakatan pembangkang masih bertanding dengan logo dan manifesto masing-masing.

Pilihan Raya Negeri Sarawak DAP dan PKR bersetuju satu lawan satu dengan Barisan Nasional (BN) di tujuh kawasan. Mereka lawan satu sama lain yang akhirnya semua kalah dan beri kemenangan besar kepada BN, katanya.

Beliau berkata isu siapa yang akan menjadi perdana menteri jika pakatan harapan memenangi pilihan raya umum ke-14 turut menjadi persoalan dan kelebihan ada pada DAP kerana parti itu memenangi lebih banyak kerusi.

DAP akan kuasai kerajaan baharu. Kita takut apa yang berlaku di Pulau Pinang hari ini, pembelaan terhadap orang Melayu dan Bumiputera akan terhakis jika mereka memerintah, katanya. BERNAMA

  • Facebook
  • Twitter
  • Google
  • Pinterest

Tags: pakatan harapanPPBMUMNO Pulau Pinang

Anda Juga Mungkin Berminat

PAS Dipelawa Kerjasama Dengan Pakatan, Mahathir Nov 27, 2016

PPBM Dalam Pakatan Harapan Diputuskan 13 Disember

GEORGE TOWN Penyertaan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dalam Pakatan Harapan (PH) dijangka diputuskan pada

Sedih Mahathir Malu Berkawan Dengan Saya - Ibrahim Ali Nov 23, 2016

Sedih Mahathir Malu Berkawan Dengan Saya Ibrahim Ali

KUALA LUMPUR Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), Datuk Ibrahim Ali menegaskan tuduhan Tun Dr.

Konvensyen Pakatan Malu Gagal Meterai Misi 1 Lawan 1 Nov 12, 2016

Konvensyen Pakatan Malu Gagal Meterai Misi 1 Lawan 1

SHAH ALAM Perjanjian kerjasama antara PPBM dan Pakatan Harapan (PH) diketuai DAP yang sepatutnya dimeterai hari

KPWKM300x900pxl banner

Post navigation

Previous Story Previous post: Tatu Kongsi Gelap, Pemandu Lori Didenda RM4,500Next Story Next post: BNM Nafi Wang Kertas Baharu Akan Dikeluarkan Pada 2017

Terkini dari Politik

Selangor Dapat Tangguh Persempadanan Semula Dec 19, 2016

Pengagihan Kerusi Dilakukan Ikut Faktor Kemenangan

SHAH ALAM Pengagihan kerusi dalam kalangan parti Pakatan Harapan dan Parti PRU-14: PH Ketengah Calon Berprofil Tinggi Di Johor Dec 18, 2016

PRU-14: PH Ketengah Calon Berprofil Tinggi Di Johor

JOHOR BAHRU Pakatan Harapan (PH) akan menggunakan taktik gabungan calon berprofil Kenyataan Kit Siang Hanya Jenaka Politik Dec 18, 2016

Kenyataan Kit Siang Hanya Jenaka Politik Mahdzir

ALOR SETAR Kenyataan penasihat DAP Lim Kit Siang yang menyebut bahawa DAP Tawar Kerjasama Kepada Baharom, Tosrin Dec 17, 2016

Iltizam DAP Jadikan Negara Tak Kira Agama, Bangsa

KUALA LUMPUR DAP berpegang teguh kepada komitmen parti itu sejak setengah DAP Tetapkan PM Seterusnya Wan Azizah Wan Ismail Dec 17, 2016

DAP Tetapkan PM Seterusnya Wan Azizah Wan Ismail

KETUA Ahli Parlimen DAP, Lim Kit Siang telah menetapkan bahawa Presiden PKR,

Kategori

  • Alhijrah Frenz
  • Artis
  • Gadjet
  • Gaya Hidup
  • Hangat
  • Jenayah
  • myVideo
  • Politik
  • Resepi
  • Slider
  • Sukan
  • Terkini
  • Uncategorized
  • Utama & Sensasi
  • Video Viral

Tags

1MDBAmerika SyarikatAnwar IbrahimArtisBanjirbayibola sepakBombaChinaDAPGSThollywoodIndonesiaJenayahkanak-kanakkebakarankemalangankemalangan mautkes bunuhKhairy JamaluddinlelakimahkamahMalaysiamautMayatMH17myArtisNajib Tun RazakPASpelajarpelakonpelikpenyanyiPKRpolisSabahsarawakselebritiSingapuraSPRMUMNOvideovideo viralWanitaZahid Hamidi

Subscribe in a reader

  • Facebook
  • Twitter

Powered by Extra Media Network

Sumber: mynewshub

–> Klik jika rasa post ini patut dibuang

Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih

Related Posts:

0 comments:

Post a Comment

loading...