Pernah tak anda menghadapi sakit dibahagian tumit? Mgkn anda mengalami suatu masalah yang dikenali sebagai Calcaneal Spur.
Calcaneal merupakan salah satu tulang yang membentuk bahagian tumit. Ketika mana tekanan yang berterusan selalu diberikan kepada bahagian tersebut, maka unjuran tulang yang dipanggil sebagai Osteophyte akan terbentuk daripada tulang calcaneal
Ada beberapa orang yang berisiko untuk mengalami masalah ini:
1) Orang yang obese
2) Orang yang mempunyai Flat-Footed'(tapak kaki yang rata)
3) Sukan yang melibatkan larian
4) Pemakai kasut tumit tinggi
Beza antara Flat foot dan normal foot
Mereka yang seperti ini akan meningkatkan kadar tekanan pada tumit kaki. Tekanan yang berterusan(repeatitive stress) akan menyebabkan tumbuhnya unjuran tulang dan unjuran ini dipanggil sebagai osteophyte. Tetapi nama yang lebih spesifik bagi masalah ini kita panggil sebagai calcaneal spur. dalam bahasa melayunya TAJI CALCANEAL.
Seperti mana yang kita tahu, taji itu kan tajam. Begitulah juga Calcaneal spur. Ia tajam dan boleh mencederakan tisu sekelilingnya. Apabila seseorang itu mempunyai calcaneal spur dan melakukan aktiviti yang menyebabkan tekanan pada kakinya, calcaneal spur itu akan mengoyakkan tisu-tisu disekelilingnya dan menyebabkan bahagian tumit terasa sakit.
Mungkin tumit anda yang selalu berasa sakit itu disebabkan masalah Calcaneal Spur ini
Untuk diagnosis kepada masalah ini, x-ray tapak kaki perlulah dilakukan. Di dalam x ray tersebut akan kelihatan unjuran seperti taji daripada tulang Calcaneal
Cara-cara untuk mengurangkan sakit tersebut adalah:
- Membuat senaman untuk menguatkan otot betis. Ini boleh menstabilkan sendi di buku lali dan mengurangkan stress pada bahagian tumit.
- Menggunakan insoles(pelapik lembut bawah kaki) untuk menggurangkan stress pada bahagian tumit
- Mengelakkan aktiviti-aktiviti dan senaman yang memberi stress pada bahagian tumit seperti berlari ketika sakit
- Mengurangkan berat badan untuk mereka yang obese
- Boleh mengambil ubat tahan sakit jika terlampau sakit
Insoles yang boleh digunakan
Jika anda rasa maklumat ini bermanfaat, boleh like page kami Root of Science
Sumber: RootOfSience
LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh
Sumber: citeheboh
–> Klik jika rasa post ini patut dibuang
Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih
0 comments:
Post a Comment