Dalam kehangatan proses meruntuhkan dan perluasanMasjidil Haramkini, pada suatu hari nanti antara tanda terbesar semakin menghampiri hari Qiamat adalah dengan runtuhnya Kaabah.Seorang manusia terkutuk yang bergelarZussuwaiqataindari antara dan berbangsa Habasyah dikatakan akan merobohkan binaan suci tersebut.
Zussuwaiqatainadalah nama gelaran bermaksudsi pemilik dua betis yang kecilkerana merujuk kepada orang2Habasyah yang pada umumnya betis mereka bersaiz kecil dan mempunyai kaki yang kurus-kurus.
Sebagaimana diriwayatkan dari Kaab Al-Ahbar dalam tafsir Ibnu Katsir, tentang perbahasan firman Allah ;
Hingga apabila dibukakan (tembok) Yakjuj dan Makjuj, dan mereka turun dengan cepat dari seluruh tempat yang tinggi.
(Surah Al-Anbiya : Ayat 96).
.
Bahawa munculnya Zussuwaqatain bermula pada masa turunnya Nabi IsaAlaihis Salaam, iaitu setelah dibinasakannyaYakjuj dan Makjuj.
Ketika itu Nabi IsaAlaihis Salaammenghantar pasukannya untuk memerangi bala tentera Zussuwaqatain yang berkekuatan di antara 700 hingga 800 orang. Namun ketika mereka berjalan, Allah mengirimkan angin sejuk dari arah negeri Yaman dan telah meragut nyawa setiap orang yang beriman serta selebihnya manusia-manusia jahat yang melakukan sex bebas seperti binatang.
# Kaab Al-Ahbar berpendapat, pada masa ituQiamat sudah semakin hampir.
.
.
Hadis-Hadis Yang Berkaitan Dengan Zussuwaqatain
Hadis-hadis Nabiada menyebutkan tentang Kaabah akan diroboh pada akhir zaman. Rasulullahjuga menyebut ciri-ciri yang ada pada peroboh Kaabah tersebut:
1.Lelaki berkulit hitam gelap
2.Mempunyai bala tentera
3.Berasal dan berbangsa Habsyah
4.Gelarannya adalah Zussuwaqatain
5.Kepalanya kelihatan agak botak
6.Mempunyai kaki yang kurus panjang
7.Mempunyai kepala yang kecil dan bertelinga besar
8.Dia membuatkan Nabiberasa seperti lebih hitam daripadanya.
.
.
Imam Ahmad meriwayatkan dari Abdullah bin AmrRadhiyallahu Anhu, dia berkata, Aku mendengar Rasulullahbersabda,Kaabah ini akan dirobohkan oleh Zussuwaqatain dari Habasyah. Dia merampas perhiasannya dan melepaskan kiswahnya. Aku seakan-akan melihatnya, orangnya kecil botak dengan tulang-tulang sendinya bengkok, sedang memukul Kaabah dengan penyodok dan kapaknya.(Sanad hadis ini Jayyid dan Qawiy Hadis Riwayat Ahmad).
Abu Daud meriwayatkan dari Abdullah bin Amr, dari Nabi, bahawa Baginda bersabda,Biarkan orang-orang Habasyah selagi mereka membiarkan kamu (tidak mengganggu kamu). Sesungguhnya tidak ntaraa orang yang (berani) membongkar barang-barang simpanan dalam Kaabah selain daripada Zussuwaqatain dari Habasyah.
Imam Ahmad meriwayatkan pula pula bahawa Ibnu Abbas menceritakan kepada perawi hadis ini, bahawa Rasulullahbersabda,Seakan-akan aku melihatnya, orangnya hitam, dengan congkaknya dia merobohkannya (Kaabah) batu demi batu.
Dan menurut riwayat Imam Ahmad pula dari Abu HurairahRadhiyallahu Anhu, Rasulullahbersabda,Malam dan siang tak akan berhenti bersilih-ganti sebelum ada seorang lelaki dari kalangan kaum hamba menjadi raja, dia bernama Jahjah.
.
.
Serangan
.
Ketika hampirHari Qiamat itu, Zussuwaqatain menghantar pasukannya yang berkekuatan antara 700 hingga 800 orang untuk menghancurkan Kaabah.
Abu HurairahRadhiyallahu Anhumengatakan bahawa Rasulullahbersabda,Orang yang mempunyai dua pasukan kecil dari Habasyah hendak menghancurkan Kaabah.
.
Namun ketika mereka berjalan, Allah menghantar angin sejuk dari arah negeri Yaman yang meragut nyawa setiap orang beriman serta selebihnya golongan manusia yang melakukan kejahatan dan sex bebas seperti binatang.
AisyahRadhiyallahu Anhaberkata,Nabi bersabda, Kaabah itu akan diperangi oleh tentera. Tetapi, kemudian mereka itu akan ditenggelamkan dalam bumi (yakni di Baida, suatu tempat ntara Makkah dan Madinah).
.
Ketika berlaku perang kelak orang tidak akanmenunaikan hajidan dikatakan Kaabah akan diruntuhkan ketika itu serta diriwayatkan bahawasesudah itu Kaabah tidak dibangunkan lagi.
Abu Said al-KhudriRadhiyallahu Anhumengatakan bahawa Nabi. Bersabda,Sungguh Baitullah akan digunakan untuk mengerjakan haji dan umrah selepas keluarnya Yakjuj dan Makjuj.(Dan dalam riwayat yang muallaq, Baginda bersabda,Tidak akan terjadi hari kiamat sehingga ibadah haji tidak dilaksanakan lagi.)
.
.
Yaumul Khalash (Hari Pembersihan)
.
Adapun kota Madinah, sebagaimana telah dibincangkan dalam banyak catatan mengenaiYaumul Khalash(Hari Pembersihan), bahawa Dajjal tidak dapat memasuki kota Madinah dan Makkah. Disetiap penjuru jalan di Madinah ada malaikat-malaikat yang menjaganya supaya tidak dimasuki Dajjal.
Dalam shahih Al-Bukhari diriwayatkan dari Abu HurairahRadhiyallahu Anhu, bahawa Rasulullahbersabda,Madinah tidak dapat dimasuki Dajjal maupun wabak penyakit.
.
Telah dijelaskan juga bahawa Dajjal hanya boleh tinggal di luar bandar, lalu terjadilah goncangan hebat tiga kali yang menyebabkan kaum munafik maupun orang-orang fasik, lelaki dan perempuan, semuanya keluar dari kota dan tinggallah orang-orang mukmin dan muslim, lelaki dan perempuan di dalam kota Madinah. Dan hari itu disebut sebagaiYaumul Khalash(Hari Pembersihan).
Demikian sebagaimana pernah dinyatakan oleh Rasulullah,Sesungguhnya kota ini (Madinah) adalah Thaibah (harum). Dia sendiri akan membuang kotorannya lalu semerbaklah keharumannya.
.
Kota Madinah akan tetap ramai ketika Dajjal menguasainya dan ramai juga penduduk pada masa datangnya Nabi Isa bin MaryamAlaihis Salaam, sehingga Baginda wafat dan dikebumikan di sana. Sesudah semua itu berlaku, barulah penduduk Madinah akan keluar meninggalkan kota.
.
Kehancuran ketiga2kota suci iaitu Baitulmuqddis, Madinah dan Makkah telah disebutkan Baginda dan dikatakan setelah Kaabah runtuh buat kali ketiga, Kaabah akan diangkat ke langit. Bahkan Bagindaada memberikan gambaran bahawa tanah-tanah suci tersebut akan dibangunkan semula. Maka sebenarnya kehancuran kota suci bukan bermaksud kehancuran sebenar tapi lebih bermaksud penyucian tanah suci iaitu bukan sahaja penyucian rohaniah tanah suci bahkan meliputi penyucian fizikalnya sekali.
.
Wallahu Alam Bish Shawab
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)
.
Semoga Allah menganugerahkan kita akhir hayat yang baik dengan amalan kebaikan melebihi daripada segala keburukan yang pernah dilakukan, dan menghapuskan segala dosa kita hingga kita boleh berhimpun dalam keadaan sejahtera dan bercahaya diyaumul akhir(Hari Qiamat) nanti.
Aamiin
via Bin Usrah
sumber : www.gengviral.com
Sumber: gengviral
–> Klik jika rasa post ini patut dibuang
Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih
0 comments:
Post a Comment