PAN: Raja Berperlembagaan Tak Langgar Undang-Undang
Published on Dec 26, 2016 in Politik/Utama & Sensasi
KUALA LUMPUR Parti Amanah Negara (PAN) mendakwa Presiden Pelindung Khazanah Alam Sekitar Malaysia (Peka), Puan Sri Shariffa Sabrina Syed Akil tidak sepatutnya ditahan polis hanya kerana mendedahkan aktiviti pembalakan di tanah yang dipercayai milik Sultan Johor.
Timbalan Presiden PAN, Salahuddin Ayub mendakwa, penahanan wanita itu yang dikatakan menghina Sultan Johor melalui catatan di Facebook sepatutnya diselesaikan melalui semangat perlembagaan dan undang-undang, bukan daripada sudut yang sengaja dipersempitkan pihak tertentu.
Terdahulu beliau mengingatkan bahawa kedudukan Raja-Raja Melayu adalah perkara yang dijamin Perlembagaan Persekutuan dan mempertahankan Perlembagaan adalah sebahagian daripada tanggungjawab Raja-Raja dan seluruh rakyat negara ini.
Perjuangan mana-mana pihak demi keadilan untuk rakyat dalam apa jua isu sama ada isu tanah, alam sekitar dan sebagainya juga adalah hak yang dijamin oleh Perlembagaan. Oleh kerana negara memproklamasikan no one is above the law maka saya juga akan berjuang mempertahankan prinsip ini.
Raja Berperlembagaan tidak akan melanggari keluluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang yang menjamin kesaksamaan setiap rakyat di negara ini. Raja Berperlembagaan akan menaungi seluruh rakyat, mempertahankan rakyat dan seluruh negara, ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.
Justeru, beliau menggesa Menteri Besar Johor tampil memberi penjelasan kepada umum mengenai pendedahan Presiden Peka tentang isu pembalakan di Johor dan mengambil tanggungjawab sepenuhnya terhadap kemusnahan alam sekitar di negeri itu jika ia benar.
Presiden Peka ditahan polis baru-baru ini kerana mengeluarkan kenyataan jelik terhadap Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dalam Facebook Selasa lalu, namun dibebaskan daripada reman dengan jaminan polis pada 24 Disember 2016.
Berikut kenyataan penuh beliau berhubung perkara tersebut: MYNEWSHUB.CC
RAJA BERPELEMBAGAAN MENAUNGI SELURUH RAKYATwww.amanah.org.my1. Kedudukan Raja-Raja Melayu adalah perkara yang dijamin Perlembagaan Persekutuan. Mempertahankan Perlembagaan adalah sebahagian daripada tanggungjawab Raja-Raja dan seluruh rakyat negara ini.2. Saya seperti rakyat Malaysia yang lain akan terus mempertahankan kedudukan Raja-Raja Melayu melalui konsep Raja Berperlembagaan yang diamalkan sekarang serta akan memastikan ia terus terpelihara dengan kukuh dalam perlaksanaanya.3. Perjuangan mana-mana pihak demi keadilan untuk rakyat dalam apa jua isu sama ada isu tanah, alam sekitar dan sebagainya juga adalah hak yang dijamin oleh Perlembagaan. Oleh kerana negara memproklamasikan no one is above the law maka saya juga akan berjuang mempertahankan prinsip ini.4. Isu penahanan Puan Sri Shariffa Sabrina Syed Akil, Presiden Pelindung Khazanah Alam Sekitar Malaysia (Peka) yang dikatakan menghina Sultan Johor melalui catatan Facebook yang mendedahkan aktiviti pembalakan di tanah yang dipercayai milik Sultan harus diselesaikan melalui semangat perlembagaan dan undang-undang bukannya diambil kesempatan dari sudut yang sengaja dipersempitkan oleh pihak-pihak tertentu.5. YAB Dato Khalid Nordin, Menteri Besar Johor mesti tampil segera memberikan penjelasan kepada umum apa yang didedahkan oleh Presiden Peka dan mengambil tanggungjawab sepenuhnya terhadap kemusnahan alam sekitar sekiranya benar apa yang didedahkan.6. Raja Berperlembagaan tidak akan melanggari keluluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang yang menjamin kesaksamaan setiap rakyat di negara ini. Raja Perperlembagaan akan menaungi seluruh rakyat, mempertahankan rakyat dan seluruh negara.Amanah Demi NegaraSALAHUDDIN AYUBTimbalan PresidenParti Amanah Negara26 Disember, 2016
Tags: PANSalahuddin Ayubundang-undang
Anda Juga Mungkin Berminat
Jul 10, 2016
Ramai Pemegang Jawatan PAS Kecewa Pakai Keris, Tanjak?
KUALA LUMPUR Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (PAN) Salahuddin Ayub mendakwa ramai pemegang jawatan dalam
Dec 24, 2016
Golongan Muda Tidak Perlu Lempar Kritikan Secara Positif?
KUALA LUMPUR Pemuda Parti Amanah Nasional (PAN) menolak pandangan bahawa sebarang kritikan ke atas kerajaan
Dec 20, 2016
PAN Memalukan Azmin, Enggan Bergabung Sertai PKR
IBARAT retak menanti belah, PAN sebuah parti serpihan daripada PAS, bertegas membuat keputusan untuk menolak keras
Post navigation
Previous Story Previous post: Aliran Trafik Plus Perlahan Petang IniNext Story Next post: Palestin: PAS Ucap Tahniah Kepada Kerajaan Malaysia
Terkini dari Politik
Dec 26, 2016
Khairuddin Cabar Muhyiddin Bersihkan Skandal Seksnya
IBARAT berpatah arang, berkerat rotan Parti politik jenis apakah ini pun tidak Dec 26, 2016
Anina Pecah Rekod Dunia Sekejap Pegang Jawatan?
PECAH REKOD? Ini silap-silap bukan sahaja boleh masuk The Malaysia Book Of Dec 26, 2016
Kenyataan Tun M Konon BR1M Rasuah Tak Masuk Akal
MENTERI Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak menyifatkan kenyataan Dec 25, 2016
Petisyen Pembangkang Mahu AS Dedah MO1 Gagal
WASHINGTON DC Publisiti pihak pembangkang khasnya Pakatan Harapan diketuai DAP, memang Dec 25, 2016
Israel Balas Dendam Sekat Dana Ekoran Resolusi PBB
TEL AVIV Israel bertindak dramatik membalas dendam dengan membatalkan sumbangan dana
Kategori
- Alhijrah Frenz
- Artis
- Gadjet
- Gaya Hidup
- Hangat
- Jenayah
- myVideo
- Politik
- Resepi
- Slider
- Sukan
- Terkini
- Uncategorized
- Utama & Sensasi
- Video Viral
Tags
1MDBAmerika SyarikatAnwar IbrahimArtisBanjirbayibola sepakBombaChinaDAPGSThollywoodIndonesiaJenayahkanak-kanakkebakarankemalangankemalangan mautkes bunuhKhairy JamaluddinlelakimahkamahMalaysiamautMayatMH17myArtisNajib Tun RazakPASpelajarpelakonpelikpenyanyiPKRpolisSabahsarawakselebritiSingapuraSPRMUMNOvideovideo viralWanitaZahid Hamidi
Subscribe in a reader
Powered by Extra Media Network
Sumber: mynewshub
–> Klik jika rasa post ini patut dibuang
Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih
0 comments:
Post a Comment