Mimpi Ngeri malam tadi …
Pertama kali saya menjejaki hospital India hari ini … Mendapat khabar sahabat sebilik saya daripada Thailand kemalangan jalan raya … Kejadian berlaku selepas Maghrib … Saya dan seorang sahabat lagi terus bergegas ke hospital …
Sampai di sana kami tidak di benarkan masuk walaupun hanya di ruang menunggu … Saya melihat kawasan luar hospital penuh dengan orang ramai yang menunggu di luar … Kebanyakkan mereka bermalam di situ beralaskan plastik dan kain …
Mengikut peraturan hospital , tidak semua orang boleh masuk ke dalam hospital utk melawat pesakit … Walaupun daripada keluarga sendiri … Mungkin juga di sebabkan ingin mengurangkan kadar kesesakan yang sememangnya negara India di banjiri bilangan penduduk yang sangat ramai …
Setelah lebih setengah jam menunggu di luar dalam keadaan duduk mencangkung dan berdiri , barulah kami di benarkan masuk oleh pihak sekuriti hospital dengan wasilah sahabat² kami yang lain yang lebih dahulu berada di dalam hospital …
Allahu … Sedih dan sebak melihat keadaan sahabat saya yang terbaring dengan lumuran darah di jubahnya di atas katil hospital yang keras masih dalam keadaan tidak sedar … Saya pun tidak faham keadaan hospital ini … Seingat saya tidak ada satu pun katil pesakit yang di perbuat daripada span tilam … Semuanya sama hanya sebuah katil beroda di perbuat daripada besi secara keseluruhan …
Pengurusan pihak hospital sangat² buruk ! Kami terpaksa menunggu selama sejam hanya utk mengetahui keputusan doktor mengenai keadaan sahabat saya itu … Tidak mahu menunggu lama , kami terus berjumpa doktor pelatih yang ada di situ … Sebenarnya kesemua doktor di situ adalah doktor pelatih yang masih belajar …
di sebabkan darah masih mengalir walaupun telah mendapat jahitan , maka kami ingin mengetahui keputusan doktor keadaan sahabat kami itu … Akhirnya doktor tadi mengarahkan kami utk naik ke tingkat 1 dengan membawa sendiri sahabat kami yang cedera itu menggunakan katil tersebut !
Pelik ! Tapi itulah hakikat pengurusan hospital di sini ! Kami mengusung katil sahabat kami ke tingkat satu … Menunggu 20 minit … Setelah itu doktor bawa sahabat kami ke bilik pembedahan … Setelah di periksa doktor memaklumkan bahawa jahitan tadi harus di buka semula memandangkan darah beku masih belum di cuci oleh doktor tadi sebelum di jahit ! Maka pembedahan seterusnya di buat semula … Menunggu setengah jam …
Selepas itu , doktor cek keputusan x-ray … Doktor arahkan kami buat semula x-ray di sebabkan x-ray yang di buat adalah salah ! Kecederaan berlaku sebelah kiri tetapi juru x-ray telah buat scanning pada sebelah kanan ! Saya tepuk dahi campur panas hati ! Kami pun turun semula mengusung sahabat kami tadi ..
Menunggu giliran selama 20 minit lagi … Darah masih mengalir ! Selepas menunggu tiba giliran kami … Kami masuk bilik x-ray … Tunggu juru x-ray minta bantuan angkat sahabat kami kerana kami bukan jururawat dan tidak tahu cara mengangkat mangsa yang cedera … Juru x-ray berkeras tidak memberi bantuan kerana ini sudah jadi prosedur mereka katanya ! Kami berlapan terpaksa mengangkat sahabat kami pindahkan dari katil ker tempat scanning !
Menunggu lagi sejam keputusan x-ray ! Selepas menunggu , keputusan x-ray menunjukkan terdapat sedikit keretakan pada tulang pinggang sahabat kami ! Doktor minta kami naik semula ke tingkat satu ! … Maka kami pun mengusung sahabat kami ke tingkat satu … Sampai tingkat satu , kami serahkan keputusan x-ray tadi kepada doktor …
Menunggu lagi satu jam utk mengetahui keputusan doktor apa yang kami perlu lakukan seterusnya ! Selepas menunggu doktor maklumkan bahawa apabila berlaku keretakan maka mereka tidak perlu jahit dan terus di bawa ke wad orthopaedic di tingkat bawah ! Kami pun turun semula mengusung sahabat kami ! Pansss !
Sampai di wad tersebut barulah mereka berikan rawatan yang sepatutnya … Alhamdulillah … Itu pun setelah seorang senior doktor mereka datang atas arahan pakcik kepada sahabat saya keturunam India daripada England yang merupakan seorang Naib Cancelor di sebuah universiti di Lucknow …
Perit , perit dan perit ! Hati saya remuk dan insaf setelah berada di hospital itu hanya selama 5 jam ! Keadaan yang kurang bersih dan layanan yang kurang mesra ! Yer la … Hospital kerajaan … Itu pun kena bayar juga ! di sebabkan kawasan hospital yang tidak cukup juga , ramai pesakit terpaksa terbaring menunggu di luar wad pesakit !
Sebenarnya ada juga hospital yang menyediakan perkhidmatan yang lebih baik dan high class tapi selalunya ia hanyalah hospital swasta … Bayaran sangat mahal !
Ya Allah ! Taubat la saya masuk hospital tu lagi … Apa pun banyak hikmah yang saya perolehi malam ini … Dan pengajaran yang paling besar saya dapat adalah belajar utk bersyukur ! Syukur lahir dan hidup di Malaysia !
Secara jujur sebenarnya saya ada terfikir utk hidup di India membina rumahtangga di sini … Namun selepas malam ini melihat keadaan hospital itu sahaja telah membuatkan saya berfikir berjuta kali utk menetap di sini !
Allahu ! Syukurrrr ya Allah !
Mohon doakan sahabat saya agar dia cepat sembuh segera !
# saya belanja hasil tangkapan tadi … Lihatlah suasana mereka di sini , bandingkan dgn nikmat yang Allah SWT beri pada kita di Malaysia !
Salah seorang guru kami telah susah payah banyak membantu kami ! Duduk berdiri bersama kami walaupun dalam keadaan letih …
Wad Kecemasan … Utk yg tiada pengharapan utk hidup lagi … Lihatlah oxigen tu kena pam sendiri oleh ahli keluarga pesakit … Mengalir air mata saya !
Homeless in hospital ? No , they are waiting for their family …
Mangsa dan pesakit d mana² ! Jeritan dan tangisan menahan sakit sering berlagu ! …
Budak baju hijau tu siap boleh selfie lagi tau … Mangkuk . haha
Ruang menunggu d luar hospital … baru 1/10 kwasan ni …
Turun naik mengusung katil kerja kami ! Berkhidmat utk hospital !
0 comments:
Post a Comment