loading...

Thursday, 4 May 2017

MINUM RACUN KERANA PUTUS CINTA SEBENARNYA



Polis sahkan kematian seorang remaja lelaki berusia 15 tahun disebabkan minum racun dengan kerelaan sendiri kerana putus cinta bukannya dipaksa seperti didakwa sebelum ini.

Di Paksa Pelajar Lain Minum Racun

Remaja terbabit meninggal dunia jam 9.30 malam Selasa, selepas enam hari dirawat di Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) Seremban.

Ketua Polis Daerah Nilai Superintendan Zaldino Zaludin berkata, rakan baik remaja itu hadir ke Balai Polis Nilai jam 8.30 malam semalam, menceritakan kejadian sebenar.

"Dia mendakwa berjumpa rakannya itu di belakang sebuah pasar raya di pekan Nilai, jam 2 petang, 26 April lalu. Rakannya membawa botol berisi cecair biru dipercayai racun.

"Rakannya memberitahu mahu minum racun kerana putus cinta. Dia cuba menghalang tetapi rakannya masuk ke kawasan kebun berhampiran dipercayai untuk minum racun menyebabkan dia ketakutan lalu melarikan diri meninggalkan rakannya itu," katanya pada sidang media di Balai Polis Nilai di sini, hari ini.

Katanya, keterangan saksi terbabit melengkapkan siasatan berhubung kes kematian remaja terbabit yang sebelum ini didakwa dipaksa minum racun oleh sekumpulan pelajar lain.

Beliau berkata, siasatan masih diteruskan dan pihaknya akan memanggil ibu bapa mendiang untuk memberi keterangan mengikut Seksyen 111 Akta Kanun Prosedur Jenayah.

Sumber: Harian Metro

Related Posts:

0 comments:

Post a Comment

loading...