loading...

Friday, 5 May 2017

[ VIDEO ] Persis Drama Prison Break!! 200 Banduan Loloskan Diri


Kira-kira 200 banduan di Indonesia melarikan diri dari sebuah penjara yang terlalu padat di Sumatera, hari ini.

Difahamkan, kejadian itu berlaku selepas mereka bertindak merobohkan pagar berhampiran masjid dalam kompleks penjara itu ketika dibenarkan keluar untuk menunaikan solat Jumaat.



Ketua Pejabat Serantau Kementerian Perundangan, Ferdinand Siagian berkata, sebilangan besar banduan sering meluahkan rasa tidak puas hati terhadap layanan daripada pengurusan penjara di Pekanbaru dalam wilayah Riau itu.

Macam ni Punya Senang Berlari keluar 😂

Katanya, segelintir warden bertugas juga dikatakan bertindak ganas terhadap banduan berkenaan.

"Kami positif tindakan banduan berkenaan melarikan diri adalah kerana permasalahan yang mereka alami di dalam penjara," katanya.

Jurucakap polis Riau, Guntur Aryo Tejo berkata, seramai 77 banduan berjaya ditangkap semula manakala selebihnya masih diburu pihak polis.

"Penjara terbabit hanya mampu memuatkan sehingga 700 banduan pada satu-satu masa tetapi kini ia dipenuhi hampir 1,800 banduan," katanya. - Reuters

Sumber: Berita Harian

Related Posts:

0 comments:

Post a Comment

loading...