loading...

Monday, 31 July 2017

Bagai menjaga adik sendiri! Kucing ini menjaga bayi di dalam kandungan selama 9 bulan dan terus menjaganya selepas dilahirkan

Bagai menjaga adik sendiri! Kucing ini menjaga bayi di dalam kandungan selama 9 bulan dan terus menjaganya selepas dilahirkan

Nama kucing ini ialah Panda dan ia berusia 2 tahun. Panda sangat penyayang dan ia menjaga adik lelaki barunya bernama Sean dari dalam kandungan dan selepas dia dilahirkan.
Pemilik Panda bernama Liel Ainmar Assayang berkata Panda telah menjadi akrab dengan bayi lelakinya sejak dari dalam kandungan lagi.

Ia sentiasa berada dekat dengan perutnya dan memeluknya. Sehingga bayinya dilahirkan Panda masih setia berada bersama dengan bayinya dengan melakukan perkara yang sama.

Kredit : Liel Ainmar Assayang

Bermula dengan Panda dibawa oleh Liel ke rumah barunya, ia menjadi sangat rapat dengan Liel.

“Panda dengan segera menjadi rapat dengan saya! Dia tidur bersama saya, dan juga berdamping serta memeluk saya. Apabila saya hamil, ia mula mengikut saya mengelilingi rumah, mengusap-ngusap kepalanya pada perut saya dengan bulunya.” kata Liel Ainmar Assayang kepada Love Meow.

Kredit : Liel Ainmar Assayang

Panda dilihat sentiasa berada bersama dengan Liel dan berada dekat dengan perutnya. Panda melindungi kandungan Liel selama 9 bulan.

Kredit : Liel Ainmar Assayang

Apabila bayi Liel dilahirkan, pada mulanya ia menjadi keliru, tetapi selepas ia menghidu bau bayi lelakinya, Panda tahu yang itu adalah adik lelakinya yang ia usap-usap dahulu.

“Kini selepas 3 bulan berlalu, Panda naik di atas katil dan duduk disebelah adiknya dan menghidunya. Anda akan tahu yang Panda sangat sayangkan adiknya sejak dari mula lagi!” ujar Liel.

Kredit : Liel Ainmar Assayang

Ia adalah cinta sejati dan asli!

Kredit : Liel Ainmar Assayang

Panda meletakkan kepalanya di atas adik lelakinya seperti mana sebelumnya ia meletakkan kepalanya di atas perut Liel.

Kredit : Liel Ainmar Assayang

Menurut Liel, ” Kucing tidak dibenarkan berada di dalam katil bayi, tetapi semasa saya meletakkan bayi di dalam katil tersebut , saya dapat melihat banyak bulu di merata tempat di dalam katil tersebut.

Dan Panda menjaga anak saya semasa dia sedang tidur juga. Apabila bayi  menangis di waktu malam , Panda memanggil saya. Ia tidur di sebelahnya dengan sentiasa mengawasi dan menjaga bayi saya dengan baik.”

Kredit : Liel Ainmar Assayang

Bukan Panda sahaja yang menyayangi bayi lelaki bernama Sean ini. Kucing lain juga menyayangi Sean dan sentiasa mengawasi dan melindungi Sean dengan baik.

Kredit : Liel Ainmar Assayang

Era Baru

0 comments:

Post a Comment

loading...