loading...

Sunday, 30 July 2017

Buat Pertama Kalinya..Aliff Aziz Buka Mulut

v 3:40 AM 0
Buat Pertama Kalinya..Aliff Aziz Buka Mulut Tentang Kontroversi Yang Melanda
Home » artis » Buat Pertama Kalinya..Aliff Aziz Buka Mulut Tentang Kontroversi Yang Melanda

Buat Pertama Kalinya..Ini Komen Aliff Aziz Tentang Kontroversi Yang Melanda

Aliff Aziz kini menjadi tumpuan ramai tentang kontroversi yang melandanya.

Ramai yang tertunggu-tunggu komen dari selebriti dari Singapura ini.

Akhirnya Aliff Aziz yang telah dibebaskan dari pihak polis telah membuat komen tentang isu rumah tangganya.

Aliff Aziz mengesahkan sudah berdamai dengan isterinya Bella Astillah.

Sebaik sahaja dibebaskan atas jaminan polis semalam Aliff Aziz terus berjumpa Bella Astillah dan keluarga mertua.

Aliff menjelaskan dia sudah pulang ke rumah sejak semalam untuk bertemu isteri, anak dan keluarga mentuanya dan terus meminta maaf.

Bella sekeluarga telah menerima permohonan maaf dari Aliff Aziz.

Ini komen Aliff:

SAYA MINTA MAAF

“Apa saya boleh katakan, ini membabitkan hal rumah tangga kami. Tidak semua yang tular itu betul. Sebagai lelaki, saya berani akui kesilapan diri. Apa saya buat silap, saya mengaku.

“Setiap manusia pasti buat salah. Saya dah mulakan hidup baru. Apa orang nak cakap sekalipun, saya terima dan kena hadap,”

“Ketika berjumpa Bella, saya terus minta maaf. Alhamdulillah dia memaafkan saya. Macam mana sekali pun saya tetap suaminya.

BUKAN KAKI PUKUL

“Ingin dijelaskan juga saya bukan kaki pukul seperti dihebohkan. Saya tak memukul Bella pun. Malah dalam laporan polis, Bella tak cakap pun perkara itu. Bergelut dan belasah dua perkara berbeza.

“Memang betul saya buat salah, tapi dia tahu saya takkan sampai ke tahap itu. Berita tak betul seperti itu membuatkan Bella terkilan,”

BUAT SIDANG MEDIA ESOK

“Saya berharap apabila berjumpa rakan media esok semua orang akan jelas dan faham. Tidak ada lagi cerita yang bukan-bukan diperbesar-besarkan. Saya pun kalau boleh tak nak isu ini berpanjangan.

“Saya yakin akan ada soalan yang menyentuh pihak lain. Saya nak maklumkan awal-awal, perkara itu memang takkan diperkatakan. Bagi saya perkara ini membahayakan.

 

TAK HUBUNGI AFIFAH

“Saya pun tak berhubung dengan pihak sana dan tak tahu apa tindakan mereka. Apa yang penting adalah rumah tangga dan keluarga saya sekarang,”

Maka mari kita sama tunggu penjelasan lebih lanjut dari Aliff Aziz tentang kontroversi ini pada hari esok.

Sumber: HarianMetro via beritamemey.blogspot.my
Share to:

0 comments:

Post a Comment

loading...