Niat Lelaki Ini Hanya Untuk Baiki Tandas Tersumbat Namun Terjumpa Sesuatu Yang Menyedihkan. Seorang lelaki menemui mayat bayi perempuan yang cukup sifat dalam lubang tandas rumahnya ketika sedang cuba mengorek lubang tandas tersebut yang tersumbat.
Dalam kejadian Jumaat lalu, lelaki terbabit terpaksa mengambil inisiatif mengorek lubang tandas baru selepas mendapati lubang tandas sedia ada tersumbat, lapor Sinar Harian.
“Semasa sedang mengorek lubang tersebut, peralatan yang digunakan terkena pada ‘objek’ dan apabila diperiksa, alangkah terkejutnya dia mendapati ‘objek’ itu adalah mayat bayi perempuan yang cukup sifat.
“Mayat bayi seberat 2.1 kilogram itu ditemui dalam keadaan cedera di bahagian kepala kerana terkena peralatan yang digunakan lelaki itu,” kata sumber Sinar Harian.
loading…
4px; margin: 0px; orphans: auto; padding: 0px; text-align: left; text-indent: 0px; text-transform: none; white-space: normal; widows: 1; word-spacing: 0px;”>Terkejut dengan penemuan itu, lelaki terbabit menyoal siasat ahli keluarganya termasuk adik iparnya yang belum berkahwin.
Wanita berusia 27 tahun itu akhirnya mengaku baru keguguran dan dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah, sebelum pihak hospital melaporkan kejadian itu kepada polis.
Mayat bayi itu kemudian diserahkan kepada pihak hospital untuk bedah siasat.
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Idris Abd Rafar mengesahkan kejadian itu.
“Mayat bayi itu telah ditemui pada jam 9.30 malam, Jumaat lalu. Kes akan disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran,” katanya.
Inilah Kuasa Allah Azza Wajalla, Walaupun perbuatan keji dan zalim itu disembunyikan dari pengetahuan manusia namun tetap akan terdedah jua. Semoga kita semua dijauhi daripada perbuatan yang terkutuk ini.
Share :
0 comments:
Post a Comment