loading...

Friday 28 July 2017

Suami Wanita “Bertudung Tunjuk Penumbuk” Tampil Buka Mulut, Bidas Kenyataan Uqasha Senrose

Sebelum ini pelakon Uqasha Senrose telah meluahkan rasa kecewa denagn sikap seorang wanita bertudung yang dikatakan bertindak samseng.

Wanita itu dikatakan menunjuk penumbuk seperti ajak gaduh kepada Uqasha Senrose dalam satu kejadian di stesyen minyak.

Selepas kes ini tersebar meluas, seorang lelaki yang mendakwa suami kepada wanita tudung terbabit tampil menjelaskan perkara sebenar dari pihaknya.

Lelaki berkenaan telah membidas kenyataan Uqasha Senrose dan memberitahu kenapa isterinya begitu marah dengan Uqasha Senrose.

Dikatakan Uqasha Senrose berhentikan kenderaan dan menghalang laluan pengguna yang lain menyebabkan lelaki berkenaan membunyikan hon.

Kemudian kerana dihalang, lelaki berkenaan cuba memotong Uqasha namun secara tiba tiba Uqasha seperti ingin melanggarnya menyebabkan isterinya terkejut berang dan menunjukkan penumbuk.

Lelaki itu mendakwa Uqasha Senrose tidak ada niat untuk meminta maaf.

Ini kenyataan dari lelaki berkenaan:

Baca komen Dari Uqasha Tentang Hal INi.

(GADUH) Perempuan Pakai Tudung Labuh Tunjuk Penumbuk Ajak Gaduh Dengan Uqasha Senrose, Apa Kes?

(GADUH) Perempuan Pakai Tudung Labuh Tunjuk Penumbuk Ajak Gaduh Dengan Uqasha Senrose, Apa Kes?

(GADUH) Perempuan Pakai Tudung Labuh Tunjuk Penumbuk Ajak Gaduh Dengan Uqasha Senrose


Menerusi blog hiburan popular Rotikaya, ada laporan mengatakan Uqasha Senrose telah membuat luahan kecewa tentang satu peristiwa yang berlaku kepada baru-baru ini.

Uqasha Senrose telah berkongsi video mengadu mengatakan dia diajak bergaduh oleh seorang pemandu wanita yang bertudung labuh.

Menerusi video itu, Uqasha menyatakan bahawa dia dalam perjalanan untuk balik ke kampungnya di Kelantan dan dalam perjalanan tersebut, Uqasha telah berhenti di sebuah stesen minyak.

Ini pendedahan Uqasha:

“Sha nak mengadu something kat korang. OTW balik Kelantan Sha berhenti kat Petronas. Dah habis Sha isi minyak, Sha slow slow nak keluar and there’s one car pancung depan Sha mengejut dan Sha brek mengejut. Bila kita brek mengejut, kita tengoklah kereta kat depan tu. So perempuan tu pakai tudung labuh, tunjuk penumbuk nak ajak gaduh”

“So Sha ni dengan niat yang baik turun kereta nak mintak maaf. Bila kita nak mintak maaf tu, dia ingat kita nak attack dia. So dia cepat cepat keluar handphone, kononnya nak viralkanlah, kononnya kita nak attack attack dia, padahal kita datang nak minta maaf” 

“Padahal pakai tudung tau. Tolonglah perempuan kat luar sana jangan tunjuk gangster. Kita kena respect each other and beradab.”

Uqasha Senrose memohon agar wanita di luar sana saling hormat menghormati antara satu sama lain dan mengamalkan sikap beradab.

Tidak lama selepas itu, Uqasha Senrose dilihat memadam video ini. Tidak tahu kenapa dia padam.

Sehingga kini masih belum ada lagi cerita dari pihak wanita “bertudung labuh” itu tentang apa sebenarnya yang berlaku.

Sumber: Rotikaya

Sumbe: 0

0 comments:

Post a Comment

loading...