loading...

Wednesday, 9 November 2022

12 Tempat Menarik Di Hulu Selangor Untuk Pencinta Alam

Sebut pasal Selangor, adakah anda tahu lokasi atau tempat menarik di Hulu Selangor?

Meski daerah ini jauh dari bandar tetapi alam semula jadi masih lagi belum terusik dan menjadikan daerah di Selangor ini antara destinasi terbaik untuk menikmati keindahan alam semula jadi.

Senarai tempat menarik di Hulu Selangor

Disini, kami sudah menyenaraikan destinasi menarik untuk anda lawati bermula dari tempat menarik Hulu Selangor dan penginapan Hulu Selangor resort.

Baca: 15 Private Pool Homestay Di Selangor & Lembah Klang Yang Terbaik

Kawasan Hulu Selangor sememangnya wajib dikunjungi lebih-lebih lagi anda yang suka bercuti atau melihat pemandangan menghijau dan jauh dari bandar.

Rancang percutian lebih awal dan datang bersama keluarga atau sahabat handal!

Santuari Ikan Sungai Chiling

Sungai menarik di Selangor

Alamat: 44000 Kuala Kubu Bharu, Selangor

Telefon: 03-6064 1214

mandi dan bagi makan ikan di sungai hulu selangor
Sumber gambar: Instagram @islamic_muslimah86, @ bryanlisa5421 & @ hhafi5

Ikan kelah merupakan salah satu ikan sungai yang sangat mahal.

Sungai Chiling yang jernih dan bersih amat sesuai bagi menempatkan ikan-ikan ini.

mandi mandi di sungai hulu langat selangor
Sumber gambar: Instagram @teemytheshadow

Nak camping area Selangor kat sini pun best tetapi minta izin dahulu dari pemilik tempat ini di pintu masuk.

Sebelum sampai ke kawasan air terjun, anda perlu melalui beberapa anak sungai dan menaiki jambatan.

duduk di tepi sungai Selangor memberi makan ikan kelah
Sumber gambar: Instagram @ahmadenoh

Pada hujung minggu bawa anak-anak anda untuk bermain bersama ikan-ikan ini atau berenang bersama ikan.

Kanak-kanak juga boleh bagi ikan makan. Mereka pasti ketawa gembira!

Waktu operasi: Sabtu – Ahad (8:30 pagi – 5:30 petang)

Sungai Inki Kalumpang

Tempat menarik di Kalumpang

Alamat: Jalan Pasir Putih 4, Kampung Pasir Putih, 44100 Kerling, Selangor

Telefon: –

sungai ingki di selangor 1
Sumber gambar: Instagram @theaula & Instagram @adieraaa

Kampung Pasir Putih Hulu Langat Selangor mempunyai sebuah sungai yang cantik dan sentiasa menjadi kunjungan para pelancong.

Kebersihan dan kecantikan sungai ini sentiasa dijaga oleh para penduduk kampung.

mandi di kalampung selangor
Sumber gambar: Instagram @ _faris.asyraf

Jika anda tertarik dengan aktiviti berkhemah, anda di alu-alukan untuk datang ke air terjun Kalumpang.

Nak solat? Jangan risau, surau tersedia di sini. Tak bawa bekalan makanan? Tak mengapa, gerai banyak dibuka di sini.

main buaian di sungai ingki hulu selangor
Sumber gambar: Instagram @ adieraaa

Anak anda takut mandi di sungai? Tak apa, di sini juga terdapat kemudahan kolam untuk kanak-kanak.

Yang pasti, tempat percutian menarik di Hulu Selangor ini sangat berbaloi.

Air Terjun Semangkuk

Air terjun di Selangor

Alamat: 8, Jalan 4, Kawasan Industri Greatyear Capital Rawang, 48000 Rawang, Selangor

Telefon: –

Air Terjun Semangkuk
Sumber gambar: 2008Kong, Zainuri Hamzah, Samson Cheong, purple feiqa

Sebelum menuju Bukit Fraser, apa kata anda singgah mandi manda di Air Semangkuk?

Tempat menarik Hulu Selangor ini tidak begitu ramai yang datang, mungkin kerana namanya tidak begitu dikenali. Tapi berbaloi untuk dikunjungi.

Kemudahan lain yang terdapat di sini ialah tandas awam dan pondok rehat.

Sungai Kendondong

Tempat menarik di Batang Kali

Alamat: Sg Kedondong, Btg Kali, 44300 Batang Kali, Selangor

Telefon: –

Sungai Kendondong
Sumber gambar: Hafizul nazimi, tong ct, zharif 93

Bagi pencinta aktiviti hiking, anda perlu datang ke Sungai Kedondong.

Kebanyakan pengunjung datang ke sini mempunyai tujuan yang berlainan.

ootd di sungai kedondong
Sumber gambar: Instagram @ tecksiang_2304

Selepas hiking, anda boleh mandi air terjun dan bersantai sambil menikmati hujung minggu dengan keindahan air sungai yang jernih.

ootd di sungai kedondong 2
Sumber gambar: Instagram @ furqandanny

Yang datang waktu pagi hanya untuk berkelah manakala yang datang waktu petang biasanya mereka akan berkhemah di sini.

makan di tepi sungai kedondong selangor
Sumber gambar: Instagram @ laaaalin

Mandi manda sambil BBQ sangat menyenangkan. Di samping itu, lihat pula pemandangan menghijau dan bunyi air terjun mengalir laju dari puncaknya.

Air Terjun Sungai Sendat

Kawasan perkelahan di Selangor

Alamat: Jalan Kampung Gurney, 44300, Selangor

Telefon: 03-6091 6131

aktiviti di sungai sendat
Sumber gambar: Hee K.H, Paklong Din Kuala Nerang, cikizzy & Cerita Pengembaraan Laki-Bini

Nak ambik gambar untuk upload ke media sosial anda? Pasti inilah salah satu tempatnya.

Air terjun Sungai Sendat di Taman Eko Rimba Sungai Sendat ini amat sesuai bagi anda yang suka mencari spot untuk bergambar.

mandi di air terjun sungai sendat
Sumber gambar: Instagram @ david.dddddddd88

Nak buat gambar pengantin pun boleh. Jangan lupa juga untuk manjakan diri anda di tempat menarik Hulu Selangor.

mandi di sungai sendat selangor
Sumber gambar: Instagram @ perhanteoh

Mandi sepuasnya sebelum anda kembali ke bandar untuk bekerja semula.

Jadi apa tunggu lagi? Datang beramai-ramai bersama rakan anda menikmati keindahan alam semulajadi.

Air Terjun Serendah

Tempat mandi manda di Selangor

Alamat: Air Terjun, 48200 Serendah, Selangor

Telefon: –

Air Terjun Serendah
Sumber gambar: Aus zain, Cik Putih Rina, Wearedtc, amirpidaus

Masih lagi berkisah tentang air terjun. Air terjun ini pula terletak di kawasan perkampungan orang asli.

Ini juga salah satu tempat camping Selangor yang sangat mendamaikan.

mandi manda di air terjun serendah hulu selangor
Sumber gambar: Instagram @ itskyralerr_

Sekadar pengetahuan, orang asli sangat menitikberatkan soal penjagaan alam sekitar.

Oleh itu, jika datang ke sini, anda perlulah menjaga tatasusila dan kebersihan ketika beraktiviti di sini.

mandi manda di air terjun serendah 1
Sumber gambar: Instagram @ itskyralerr_

Nak mandi-manda, jungle trekking, camping atau berkelah juga boleh dilakukan di sini!

Kolam Air Panas Hulu Tamu

Kolam air panas di Selangor

Alamat: Hulu Tamu, 44300, Selangor

Telefon: 013-336 1512

Kolam Air Panas Hulu Tamu
Sumber gambar: Shinn Lawls, Brado Bro, hulu tamu hot spring & husnazainal

Jika anda sudah puas dengan air terjun, apa kata kali ini anda cuba pula Kolam Air Panas Hulu Tamu.

Kawasan kolam air panas di sini agak terkenal.

hulu tamu hot spring hulu selangor
Sumber gambar: Instagram @ catherine_chew88

Tempat ini telah dinaiktaraf oleh pihak berwajib dengan variasi suhu air kolam seperti sejuk, panas dan sederhana.

hulu tamu hot spring di hulu selangor
Sumber gambar: Instagram @ muhamadharraz_muhamadzairul

Terdapat kemudahan asas seperti tempat letak kereta, pejalan kaki, tandas awam, gazebo dan tempat persalinan baju yang selesa.

Kolam Air Panas Kerling

Kolam air panas Selangor

Alamat: Kolam Air Panas Kerling, Jalan Kolam Air Panas, 44000 Kerling Selangor

Telefon: –

Kolam Air Panas Kerling
Sumber gambar: Minako M, Hamizan Mohamed, Sara Nadirah & SitiSal78

Seterusnya, Kerling hot spring juga tidak jauh beza dengan Kolam Air Panas Hulu Tamu.

Kemudahan yang lengkap dan air panas yang menyegarkan badan.

kolam air panas di kerling hulu selangor
Sumber gambar: Instagram @ muhdzulqif

Kolam air panas ini memang sesuai bagi anda yang mahu merehatkan diri dan menghilangkan penat lelah.

kolam air panas di kerling hulu selangor 4
Sumber gambar: Instagram @nams_nams_

Oleh itu, ajaklah keluarga dan sahabat anda untuk ramai-ramai berendam di air panas ini.

kolam air panas di kerling hulu selangor 2
Sumber gambar: Instagram @nams_nams_

Selain menyihatkan, kolam air panas juga boleh menyembuhkan sebarang penyakit yang berkaitan kulit.

Lata Makau Kuala Kubu Baru

Tempat camping di Hulu Selangor

Alamat: Lata Makau, 44000, Selangor

Telefon: –

camping di lata makau selangor
Sumber gambar: Sian Lerk Lau, Amirul Iqmal, nick_kon1129 & Instagram @mohdfirdaus1986

Lata Makau ini terkenal dalam kalangan pendaki. Pendakian biasanya mengambil masa 2 jam setengah dari pintu masuk untuk sampai ke air terjun ini.

laluan-lata-makau-di-selangor
Sumer gambar: Instagram @ syahmieee_99

Kebanyakan mereka mengatakan bahawa trail yang dilalui tidak terlalu mencabar dan amat sesuai bagi mereka yang baru bermula dengan aktiviti hiking.

lata makau di selangor
Sumber gambar: Instagram @ 2ulfianshah_

Di sambut pula dengan keindahan air terjun lata Makau yang cantik. Apa lagi, tak perlu fikir banyak!

Marilah berkhemah bersama rakan-rakan di tempat camping Selangor ini.

Taman Millenium Kuala Kubu Bharu

Tempat menarik Kuala Kubu Bharu

Alamat: Taman Milenium, 44000 Kuala Kubu Baru, Selangor

Telefon: 03-6064 1331

taman tasik di hulu selangor
Sumber gambar: Instagram @ fid.my & Instagram @ funzool

Tempat menarik di Hulu Langat ini mempunyai taman rekreasi dan playground untuk kanak-kanak.

Ibu bapa boleh menghabiskan hujung minggu mereka di sini. Taman ini juga menjadi tumpuan remaja sebagai tempat dating Selangor kerana pemandangan tepi tasik yang cantik.

melihat pemandangan cantik di taman tasik millenium hulu selangor
Sumber gambar: Instagram @ ikashafarey_

Sambil menunggu anak-anak berseronok dengan permainan, anda boleh duduk santai di tempat duduk yang di sediakan sambil melihat pemandangan tasik yang indah.

gambar pengantin di hulu selangor
Sumber gambar: Instagram @ catkiess_

Nak bergambar dekat sini pun cantik. Paling best anda boleh bermain layang-layang.

Ini akan menguatkan bonding time dengan mereka bukan? Jadi apa tunggu lagi. Mari datang ke tempat menarik di Hulu Selangor ini.

Waktu operasi: Setiap hari (6 pagi – 7 malam)

Hulu Langat Fishing Resort & Restaurant

Fishing resort Selangor

Alamat: Jalan Sentosa 11/A, Taman Desa Sentosa, 43100 Hulu Langat, Selangor

Telefon: 014-637 3979

fishing resort di hulu selangor
Sumber gambar: Ray Thomas, hazzylianaaa & Instagram @ shrizz_

Untuk kaki pancing, kami mengesyorkan anda datang ke kolam pancing Hulu Langat.

Paling menarik ialah anda boleh bermalam di sini kerana terdapat pakej chalet yang berpatutan.

ootd di hulu langat fishing resort selangor
Sumber gambar: Instagram @ bibahroslan

Namun begitu, ikan yang ditangkap perlu dilepaskan kembali. Ini kerana konsep di sini ialah hanya untuk berseronok sahaja.

memegang ikan dipancing di fishing resort hulu langat selangor
Sumber gambar: Instagram @ m.norzaki

Sekiranya anda ingin menikmati makanan laut, anda boleh berkunjung ke restoran mereka.

Mereka sedia menjamu anda dengan pelbagai jenis masakan sesuai keinginan anda.

Ajlaa Village Resort

Resort di Hulu Langat

Alamat: KM22 Sungai Lepoh Kampung Kuala, 43100 Hulu Langat, Selangor

Telefon: 019-498 2395

penginapan menarik di hulu selangor
Sumber gambar: Instagram @ ajlaavillage

Anda percaya atau tidak, anda boleh memancing dari dalam bilik? Apa? Tak percaya?

Ajlaa Village di Hulu Langat ini menawarkan chalet terapung atas air.

family day di resort ajlaa hulu selangor
Sumber gambar: Instagram @ajlaavillage

Kanak-kanak juga boleh mandi di kolam, kemudahan bbq dan kawasan memancing serta menginap di Hulu Selangor resort yang selesa ini.

family day di resort ajlaa hulu selangor
Sumber gambar: Instagram @ajlaavillage

Rancang family day dengan pelbagai aktiviti menarik dan kunjungi tempat percutian menarik di Hulu Selangor ini bersama keluarga tersayang!

0 comments:

Post a Comment

loading...