loading...

Sunday, 13 November 2022

19 Tempat Menarik Di Johor Bahru Untuk Hiburan Terbaik

Merancang percutian menarik untuk anak-anak? Pelbagai tempat menarik di Johor Bahru yang bakal memberi keseronokan kepada mereka.

Bandar Johor Bahru diwujudkan pada tahun 1855 oleh Temenggong Daeng Ibrahim.

Pada ketika itu, ia dikenali sebagai ‘Tanjung Puteri’ yang merupakan kawasan perikanan. Kini, ia dikenali sebagai ibu kota bagi negeri Johor yang pesat membangun.

Senarai tempat pelancongan di Johor

Selain terkenal sebagai pusat pelabuhan dan perniagaan, pelancongan juga menjadi penyumbang utama kepada ekonomi daerah ini.

Kebanyakan aktiviti menarik di Johor Bahru yang ditawarkan juga sesuai untuk golongan belia yang lasak dan berani.

Berikut merupakan 19 tempat menarik di Johor Bahru untuk bercuti yang anda wajib pergi.

Legoland Malaysia

Taman tema lego pertama di Asia

Alamat: 7, Persiaran Medini Utara 3, 79100 Iskandar Puteri, Johor

Telefon: 075978888

tempat menarik johor bahru: Legoland Malaysia
Sumber gambar: Instagram @picha2283, @janiqueel, @patigorn.mau

Legoland Malaysia menjadi tempat pelancongan di Johor Bahru yang paling utama.

Ia merupakan taman tema lego pertama di Asia dan diikuti oleh Dubai dan Jepun.

tempat menarik johor bahru: 1.1
Sumber gambar: Instagram @adriannablair.m

Pada awalnya, hanya binaan-binaan model daripada lego sahaja yang ditempatkan di sini.

Kemudian, dimeriahkan lagi dengan taman tema air dan aquarium. Penat bermain? Booking penginapan di Legoland Resort Malaysia!

tempat menarik johor bahru: 1.2
Sumber gambar: Instagram @abi.mos

Selain itu, bagi anda yang ingin memiliki koleksi lego bolehlah membeli-belah di kedai cenderahati yang disediakan.

Waktu operasi: Setiap hari (10 pagi – 6 petang)

Desaru Coast Adventureland

Waterpark dengan rollercoaster di Johor Bahru

Alamat: 82200 Bandar Penawar, Johor

Telefon: 07-878 3863

tempat menarik johor bahru: Desaru Coast Adventureland
Sumber gambar: Instagram @junhao_3331, @jadonchangg, @syvfvsyvkvlv, @tnhsym97

Desaru Coast Adventureland yang dahulunya terbiar kini dibaik pulih sebagai tempat menarik Johor Bahru yang terbaharu.

2.1
Sumber gambar: Instagram @liweibaersue

Konsepnya juga sama seperti taman tema air sedia ada di Malaysia, tetapi dimeriahkan lagi dengan rollercoaster.

2.2
Sumber gambar: Instagram @liweibaersue

Antara tarikan yang anak-anak boleh cuba ialah Tidal Wave dan Kids Ahoy.

Waktu operasi: Isnin – Jumaat (9 pagi – 5:30 petang)

Johor Premium Outlets

Barangan berjenama di Johor Bahru

Alamat: Jalan Premium Outlets, Bandar Indahpura, 81000 Kulai, Johor

Telefon: 07-661 8888

tempat menarik johor bahru: Johor Premium Outlets
Sumber gambar: Instagram @lauravya, @aryfen, @anisarsad, @dinnie.ahmad

Mencari tempat menarik Johor Bahru untuk membeli-belah barangan berkelas dunia?

Anda boleh shopping di Johor Premium Outlets sepuasnya!

3.1
Sumber gambar: Instagram @anisarsad

Barangan penghabisan stok juga mencecah sehingga 75% diskaun tau!

3.2
Sumber gambar: Instagram @_.rxdzki

Antaranya ialah Couch, Gucci, Adidas, Polo Ralph, Puma, Rip Curl, Guess, Armadi dan Nike.

Waktu operasi: Setiap hari (10 pagi – 10 malam)

Sealife Malaysia

Aquarium berkelas dunia di Johor Bahru

Alamat: 79100 Iskandar Puteri, Johor

Telefon: 07-597 8888

tempat menarik johor bahru: Sealife Malaysia
Sumber gambar: Instagram @fnastasha, @sowmya2219, @khaii.mr, @superlicious_chocolate

Dah sampai ke Legoland? Jangan lupa singgah ke Sealife Malaysia!

4.1
Sumber gambar: Instagram @syaazliana

Tempat cantik di Johor ini menempatkan ribuan hidupan laut termasuk spesies yang diancam kepupusan di dalam akuarium.

4.2
Sumber gambar: Instagram @eileen2303_

Selain mengambil gambar Johor di sini, anda juga boleh memegang hidupan laut dan menikmati makanan di terowong akuarium. Wah! Best bukan?

Waktu operasi: Setiap hari (10 pagi – 6 petang)

Austin Heights Adventure Park

Water theme park Johor

Alamat: 71, Jalan Austin Heights 8/1, Taman Mount Austin, 81100 Johor Bahru, Johor

Telefon: 019-716 3183

tempat menarik johor bahru: Austin Heights Adventure Park
Sumber gambar: Instagram @visitjohor

Meskipun tidak terkenal seperti taman tema yang lain, tempat menarik di JB ini turut menawarkan aktiviti menarik di Johor untuk golongan kanak-kanak dan dewasa.

5.1
Sumber gambar: Instagram @fiinookioo

Antara permainan di Austin Heights Adventure Park ialah melompat di atas trampolin besar, ice skating dan go-kart.

5.2
Sumber gambar: Instagram @noraqis

Selain itu, untuk aktiviti halangan bertali juga disediakan bagi orang dewasa setinggi 3 tingkat di tempat lepak JB ini.

Waktu operasi: Khamis – Isnin (10 pagi – 6 petang)

Toppen Mall

IKEA terbesar di Malaysia

Alamat: Toppen Shopping Centre, No. 33A, Jln Harmonium, Taman Desa Tebrau, 81100 Johor Bahru, Johor

Telefon: 07-277 3188

tempat menarik johor bahru: Toppen Mall
Sumber gambar: DANNY WONG, MOHD HADIS MOHD SAPRI, James Wong

Dimiliki oleh IKEA Malaysia menempatkan IKEA terbesar di Malaysia iaitu IKEA Tebrau.

6.1
Sumber gambar: Instagram @joshua4799

Nak tahu Toppen Mall menampilkan kelainan berbanding shopping mall yang sedia ada tau!

6.2
Sumber gambar: Instagram @myhellokittypie

Terdapat tempat cantik di Johor sudut untuk tiktokers bertiktok, Coca Cola Cafe pertama di dunia, panggung wayang dengan kelengkapan canggih dan taman atas bumbung.

Wah! Rare bukan?

Waktu operasi: Setiap hari (10 pagi – 10 malam)

Masjid Sultan Abu Bakar

Masjid di Johor Bahru

Alamat: Jalan Gertak Merah, Masjid Sultan Abu Bakar, 80000 Johor Bahru, Johor

Telefon: –

tempat menarik johor bahru: Masjid Sultan Abu Bakar
Sumber gambar: Instagram @chef_syamil

Kebiasaannya rekaan masjid berilhamkan timur tengah kan?

Tetapi berbeza di Masjid Sultan Abu Bakar tampil dengan seni bina Eropah.

7.1
Sumber gambar: Instagram @cikpuan_damiya_satirah

Tempat cantik di Johor ini dibina sebelum tahun 1900 lagi. Jika digambarkan rupanya amat classy ala-ala istana zaman kolonial.

7.2
Sumber gambar: Instagram @irazahirah

Selain itu, kedudukannya yang terletak di atas bukit membolehkan pemandangan Selat Tebrau jelas kelihatan gambar Johor.

Skyscape Komtar JBCC

Tempat menarik melihat pemandangan di Johor Bahru

Alamat: Level 34, Menara JLand Johor Bahru City Centre (JBCC, Jalan Tun Abdul Razak, 80000 Johor Bahru, Johor

Telefon: 07-288 8723

tempat menarik johor bahru: Skyscape Komtar JBCC
Sumber gambar: Instagram @visitjohor

Jika di Melaka ada The Shore, di bandar Johor Bahru pula ada Skyscape Komtar JBCC.

Ia memiliki jambatan kaca setinggi 149 m.

8.1
Sumber gambar: Instagram @lwentan_95

Nak tengok pemandangan Singapore dari sini pun boleh tau!

8.2
Sumber gambar: Instagram @lwentan_95

Selain jambatan kaca, terdapat tarikan VR, terowong LED sebagai tempat menarik di Johor Bahru ini.

Waktu operasi: Setiap hari (9:30 pagi – 4 petang)

Danga Bay

Pusat rekreasi terbesar di Johor Bahru

Alamat: Danga Bay, Johor Bahru, Johor

Telefon: –

tempat menarik johor bahru: Danga Bay
Sumber gambar: Instagram @jinipircruz, @ucimghfirah, @theluckygreysmith, @vincentong2402

Dah puas berhabis duit di tempat-tempat pelancongan di Johor?

Mari ke tempat lepak JB di Danga Bay pula.

9.1
Sumber gambar: Instagram @wnshasha

Ia merupakan pusat rekreasi terbesar di Johor Bahru. Lokasinya agak strategik berhampiran Danga Park dan hotel terbaik serta hotel bajet.

9.2
Sumber gambar: Instagram @wnshasha

Bosan bersantai sahaja? Anda boleh melakukan aktiviti menarik di Johor seperti berbasikal di tepi laut.

Kota Iskandar

Pusat pentadbiran moden Johor

Alamat: Kota Iskandar 79100 Iskandar Puteri Johor

Telefon: –

tempat menarik johor bahru: Kota Iskandar
Sumber gambar: Abdul Rashid Narikkodan Mammoo, BADAK TV, Instagram @fadzlihasan, @jackiefcuk

Nak lihat secara dekat pusat pentadbiran Johor yang serba moden?

Mari lawati Kota Iskandar yang sangat luas dan cantik.

10.1
Sumber gambar: Instagram @tzemay22

Bangunan seakan-akan bangunan pentadbiran Putrajaya ini berkonsepkan Melayu Johor.

Di mana elemen-elemen Johor diterapkan seperti gaya rumah limas, motif nenas dan permata.

10.2
Sumber gambar: Instagram @tzemay22

Selain itu, anda juga boleh menyaksikan sendiri perdebatan politik di Dewan Negeri Johor dan mendalami sejarah negeri johor di Galeri Siar Jauhari.

Hutan Bandar

Taman rekreasi Johor Bahru

Alamat: Jalan Tasek Utara, Kolam Ayer, 80100 Johor Bahru, Johor

Telefon: 09-780 3184

tempat menarik johor bahru: Hutan Bandar
Sumber gambar: Instagram @huishi0715, @hasannrshm, @nadol1986, @siti_1589

Mencari tempat lepak JB untuk bersantai sambil menghirup udara segar?

Anda boleh ke Hutan Bandar yang sememangnya popular dalam kalangan pengunjung.

11.1
Sumber gambar: Instagram @amrhsfr_

Pelbagai fasiliti yang disediakan di sini iaitu trek joging, berkelah di tepi tasik, pondok rehat, taman permainan dan gerai makan.

11.2
Sumber gambar: Instagram @siti_1589

Kata orang, gerai makan di sini sedap tau! Anda patut cuba menu char mee, mee rebus, lontong kering dan bakso.  

Waktu operasi: Setiap hari (7 pagi – 11 malam)

Bazar Karat

Tempat menarik di Johor Bahru waktu malam

Alamat: 26, 20, Jalan Segget, Bandar Johor Bahru, 80000 Johor Bahru, Johor

Telefon: –

tempat menarik johor bahru: Bazar Karat
Sumber gambar: Instagram @deejb74, @sitelinganipis

Dah jejak ke bandar Johor Bahru, tak lengkaplah kalau tak singgah ke Bazar Karat.

12.1
Sumber gambar: Instagram @sitelinganipis

Bazarnya sama sahaja seperti Uptown atau pasar malam yang lain.

Kelainannya dapat dilihat peniaga Melayu dan Cina berniaga bersebelahan sahaja.

12.2
Sumber gambar: Instagram @sitelinganipis

Tambahan pula, terdapat berbagai barangan antik yang cukup digemari oleh penggemar barangan antik dijual di sini.

Waktu operasi: Selasa – Ahad (7 malam – 2 pagi)

X Park Sunway Iskandar

Aktiviti ekstrem di Johor Bahru

Alamat: Jalan Medini Selatan 2 Medini Zone F, Bandar Medini Iskandar, 79250 Iskandar Puteri, Johor

Telefon: 012-426 6913

tempat menarik johor bahru: X Park Sunway Iskandar
Sumber gambar: Instagram @norlaila_ismail, @naomi.yong, @sayaaddy, @zin.lee_17

Anda gemar melakukan aktiviti lasak? X Park Sunway Iskandar adalah tempat menarik Johor Bahru yang wajib anda cuba!

13.1
Sumber gambar: Instagram @naomi.yong

Dimiliki oleh syarikat Sunway, X Park menampilkan kombinasi aktiviti ekstrem mahupun santai.

13.2
Sumber gambar: Instagram @busymombusyplay

Contohnya aktiviti lasak seperti go-kart, atv, motor scrambler dan aquawalk.

Manakala aktiviti santai iaitu futsal, memanah, paddle boat di tasik dan memancing.

Waktu operasi: Isnin – Khamis (2 petang – 12 pagi) & Jumaat – Ahad (10 pagi – 12 pagi)

JB City Square

Shopping mall di Johor Bahru

Alamat: 106, 108, Jalan Wong Ah Fook, Bandar Johor Bahru, 80000 Johor Bahru, Johor

Telefon: 07-226 3668

tempat menarik johor bahru: JB City Square
Sumber gambar: Instagram @visitjohor, Weng Leong Cheah, Imran Arip, Timchu1996

Tak puas shopping di mall yang ada sekitar JB? Jangan risau, anda confirm puas punya lah shopping di JB City Square ini.

14.1
Sumber gambar: Instagram @zishanali888

Mana tidaknya, sebanyak 200 outlet di dalam mall 7 tingkat ini tau!

14.2
Sumber gambar: Instagram @azizahhy_

Untuk makluman anda, mall ini dimiliki oleh Singapore. Jadi, segala barangan yang dijual di negara jiran ini juga terdapat di mall ini.

Waktu operasi: Setiap hari (10 pagi – 10 malam)

Dataran Bandaraya Johor Bahru

Dataran di Johor Bahru

Alamat: Dataran Bandaraya Johor Bahru, 80100, Johor Bahru, Johor

Telefon: –

Dataran Bandaraya Johor Bahru
Sumber gambar: Instagram @mhdnajmii, @mbjb_rugby, @_aienainie_, @topek_nr

Jika di KL ada Dataran Merdeka, di JB pula ada Dataran Bandaraya Johor Bahru.

15.1
Sumber gambar: Instagram @loreytadanis

Tempat best di Johor Bahru ini seringkali menjadi lokasi aktiviti kemasyarakatan.

15.2
Sumber gambar: Instagram @mussariffin

Anda boleh kunjungi warung-warung pada waktu malam, pertunjukan badut, aksi bola sepak dan menonton layar gergasi aksi perlawanan JDT di sini.

Lost in JB

Aktiviti mencabar minda di Johor Bahru

Alamat: 01-33, Blk A, Pusat Perdagangan Ekoflora, Jln Ekoflora 7/3, Taman Ekoflora, 81100 Johor Bahru, Johor

Telefon: 018-363 4862

Lost in JB
Sumber gambar: Instagram @aidi_isham, @nxrxhs_, @thinkpeishanlee, @lostinjb

Anda cukup berani dan bijak dalam menyelesaikan masalah?

Apa kata anda cuba bermain di Lost In JB?

16.1
Sumber gambar: Instagram @kumiko03407

Permainan ini terbahagi kepada 3 tema iaitu pembunuhan, seram dan siasatan kes.

16.2
Sumber gambar: Instagram @vinnyvamp

Setelah memilih tema, anda perlu melepaskan diri di dalam bilik kurungan dalam masa 60 minit dengan menyelesaikan teka-teki yang disediakan.

Kolam Air Dinasours Alive

Taman tema air dinasour di Johor Bahru

Alamat: 33, Jalan Seladang, Taman Abad, 80250 Johor Bahru, Johor

Telefon: 07-288 2999

Kolam Air Dinasours Alive
Sumber gambar: Instagram @yarndnordin, Wilson Wijaya

Kalau anda menginap di hotel KSL, anda boleh mengakses ke Kolam Air Dinasour Alive secara percuma.

17.1
Sumber gambar: Instagram @naza.naufal

Taman tema ini dimeriahkan lagi dengan patung-patung dinasour yang bakal menambahkan keriangan hati anak-anak anda.

17.2
Sumber gambar: Instagram @yarndnordin

Bagi anda yang tidak menginap di hotel KSL juga boleh ke sini, tetapi harga tiketnya agak mahal. 

Waktu operasi: Setiap hari (9 pagi – 6 petang)

Blue Ice Skating Rink

Aktiviti luncur ais di Johor Bahru

Alamat: 3F-30 Paradigm Mall Johor, Skudai Lbh, 81200, Johor

Telefon: –

Blue Ice Skating Rink
Sumber gambar: Instagram @zoulchong, @candice218, @norhidayatitahir, @jemma.josh

Selain taman rekreasi, pusat beli-belah juga sesak dengan kehadiran pengunjung di hujung minggu.

18.1
Sumber gambar: Instagram @frznaaynii

Terletak di dalam Paradigm Mall, anda boleh bermain ice skating rink di sini!

18.2
Sumber gambar: Instagram @jemma.josh

Selain itu, jika anda tidak membawa bersama stokin dan sarung tangan, anda boleh menyewa peralatan tersebut di sini.

Waktu operasi: Setiap hari (10 pagi – 10 malam)

Puteri Harbour

Tempat ootd di Johor Bahru

Alamat: Puteri Harbour, 79100, Iskandar Puteri Johor

Telefon: –

Puteri Harbour
Sumber gambar: Instagram @_alantomarcello, @albert_tey, @hajar.helmi, @mklose

Selain bersantai di tepi laut, anda juga boleh mengambil gambar Johor berlatar belakangkan kapal-kapal mahal ini.

19.1
Sumber gambar: Instagram @shafiqizzudin_

Selain bersantai, tempat bergambar di Johor Bahru ini turut mempunyai pusat beli-belah dan kafe di kawasan sekitarnya.

19.2
Sumber gambar: Instagram @aliffaisyh

Anda boleh singgah ke kafe DC Comics Superheroes untuk menikmati pizza sambil membeli t-shirt bertemakan superhero ini.

0 comments:

Post a Comment

loading...