“Rembau Most Wanted” demikianlah tajuk lagu yang didendangkan oleh penyanyi Waris yang memperkenalkan tempat-tempat menarik di Rembau Negeri Sembilan dalam lagunya.
Menurut penceritaan sejarah Rembau dipetik daripada nama spesies pokok yang dikenali sebagai Pokok Merbau.
Ketika itu, sekumpulan orang Asli yang diketuai oleh Tok Batik ingin mendirikan penempatan di kaki Gunung Datuk.
Baca: 15 Hotel Tepi Pantai PD Yang Terbaik Untuk Bercuti
Malangnya, pokok Merbau yang besar menghalang dan tidak boleh ditebang. Setelah itu, di atas pertolongan bomoh, mereka perlu meminta izin penunggu gunung.
Kemudian, pokok Merbau berjaya ditebang dan dijadikan penempatan. Lama-kelamaan perkataan ‘Merbau’ menjadi ‘Rembau’.
Senarai tempat menarik di Rembau
Rembau Negeri Sembilan terletak berhampiran dengan daerah Port Dickson dan Seremban. Berbagai tempat yang dekat dengan alam semulajadi untuk anda nikmati dan bersejarah.
Oleh itu, terdapat 16 tempat percutian menarik di Rembau termasuklah daerah berdekatan seperti Port DIckson untuk dilawati.
Hutan Lipur Gunung Datuk
Gunung tertinggi di Negeri Sembilan
Alamat: Gunung Datuk, 71350 Kota, Negeri Sembilan
Telefon: –
Hutan Lipur Gunung Datuk yang jauh lebih best dari tempat menarik di Pahang untuk dilawati ini menawarkan aktiviti hiking di Gunung Datuk.
Cuaca yang agak lembap menjadikan laluan untuk menuju ke puncak amat sukar dengan 2 ke 3 jam pendakian diperlukan.
Selain itu, anda juga boleh bermandi-manda di air terjun dan bersantai menenangkan fikiran dengan berkhemah berdekatan alam semulajadi ini.
Kemudahan khemah dan chalet turut disediakan untuk pengunjung,
Waktu operasi: Setiap hari (8 pagi – 4 petang)
Kelip Kelip Sungai Timun
Tempat menarik waktu malam di Rembau
Alamat: Pangkalan Nelayan Kg Sg Timun, Kampung Sungai Timun, 71150 Linggi, Negeri Sembilan
Telefon: 011-1925 4269
Kelip-Kelip Sungai Timun menawarkan keindahan cahaya kelip-kelip yang jauh lebih cantik pada waktu malam berbanding Pantai Hiburan.
Pada waktu siang pula, ia menjadi lokasi bagi nelayan untuk mendapatkan hasil tangkapan udang galah yang segar sekali.
Pada setiap hujung minggu, kawasan ini akan meriah dengan kehadiran pengunjng dengan 1 jam perjalanan menyusuri sungai untuk melihat cahaya kelip-kelip.
Di samping itu, Sungai Timun juga menjadi habitat bagi buaya dan bangau.
Wet World Resort Air Panas Pedas
Kolam air panas di Rembau
Alamat: Lot 603, Jalan Tampin, Mukim Pedas, 71400, Pedas, Negeri Sembilan, 71400
Telefon: 06-685 7199
Alami keseronokan bercuti ke tempat menarik di Rembau ini bersama keluarga mahupun rakan taulan.
Wet World Resort Air Panas Pedas telah lama beroperasi sejak tahun 1999 lagi.
Selain kolam mandi-manda, ia turut menyediakan kolam refleksologi untuk tujuan perubatan.
Dalam pada itu, kemudahan yang terdapat di sini ialah parkir yang luas, tandas dan tempat simpanan barang.
D’bukit Homestay Rembau
Homestay di Rembau
Alamat: Lot 1997, Jalan Tok Nara, Kampung Kundur Hulu, 71400 Pedas, Negeri Sembilan
Telefon: 019-428 8922
Mencari tempat penginapan yang boleh menghilangkan stres seketika dengan kehijauan alam?
Anda boleh menuju ke D’bukit Homestay Rembau. Untuk menuju ke sini, anda perlu melalui jalan kampung sejauh 2 km.
Homestay menarik di Rembau ini juga terdapat kolam yang di mana sumber airnya dari air bukit. Wah! Segar bukan?
Selain bilik penginapan, ia turut menyediakan tempat memasak, memancing, surau, tandas dan banyak lagi.
Replika Istana Raja Melewar
Muzium di Rembau
Alamat: Replika Istana Raja Melewar, 71350 Kota, Negeri Sembilan
Telefon: –
Muzium Replika Istana Raja Melewar telah didirikan di atas tapak asal Istana Raja Melewar. Ia mula beroperasi pada tahun 2004.
Untuk makluman anda, Raja Melewar atau namanya Raja Mahmud merupakan Yang Dipertuan Besar pertama di Negeri Sembilan.
Beliau merupakan seorang anak raja Minangkabau dari kerajaan Pagar Ruyung.
Muzium ini memaparkan pelbagai artifak, sejarah dan budaya Rembau serta peninggalan sejarah yang lain
Masjid Pekan Rembau
Masjid di Rembau
Alamat: Masjid Jamek Annur, 71300 Rembau, Negeri Sembilan
Telefon: –
Turut dikenali sebagai Masjid Jamek An-Nur Pekan Rembau pasti mempunyai keunikan yang tersendiri.
Ia diperkenalkan oleh Allahyarham Haji Talib. Pada awalnya, masjid ini dibina hanya menggunakan peralatan kayu.
Kemudian tahun berganti tahun, masjid ini dinaik taraf menggunakan batu konkrit hasil daripada derma orang ramai dan sumbangan kerajaan negeri.
Di sini dapat dilihat kapasiti jemaah yang dahulu hanya memuatkan 200 orang kini bertambah kepada 1000 orang jemaah.
Buana Kita Glamping
Aktiviti glamping di Rembau
Alamat: Lot 64, Kampung Gaing, 71400 Pedas, Negeri Sembilan
Telefon: 012-261 9145
Berminat untuk tinggal di luar bangunan yang berdekatan alam semulajadi yang mendamaikan? Jom ke Buana Kita Glamping!
Penginapan ini menyediakan khemah dengan keselesaan setaraf hotel seperti tilam empuk yang selesa dengan memuatkan 4 orang dewasa.
Pelbagai kemudahan yang lengkap disediakan berserta aktiviti menarik untuk anda cuba.
Pengunjung boleh memanah, berenang, bermain bola tampar, campfire, berbasikal dan banyak lagi.
Hutan Rekreasi Kg Bintongan
Hutan rekreasi di Rembau
Alamat: Jeram Rekreasi Sungai Talan, 71300 Rembau, Negeri Sembilan
Telefon: 06-685 1225
Tidak jauh dari Buana Kita Glamping, dalam anggaran 15 minit perjalanan anda boleh menemui Hutan Rekreasi Kg. Bintongan.
Ia memiliki sungai yang jernih untuk anda bermandi-manda. Selain itu, kawasan hutan ini sesuai untuk kunjungan seisi keluarga.
Di mana, aliran sungai juga tidak terlalu deras membolehkan aktiviti berkelah dilakukan di sini.
Temuan Hills PIZZA & ATV Rembau
Tempat menarik di Rembau yang cukup unik
Alamat: Temuan hills Jalan jeram peti kampung senama hulu
Telefon: 010-242 2201
Pernah makan di kedai makan dalam hutan? Lagi-lagi pizza panas yang baru keluar dari ketuhar?
Mari alami kelainannya yang cukup terbaik daripada Pantai Hiburan untuk anda nikmati.
Menurut pemiliknya, idea untuk membuka restoran ini tercetus ketika beliau bekerja di Australia.
Selain pizza berbagai jenis, anda boleh meredah hutan atau di sekitar banjaran mahupun air terjun dengan menaiki atv.
Waktu operasi: Rabu – Isnin (4 petang – 11 malam)
Produk IKS Kundur
Kudap-kudapan di Rembau
Alamat: Lot 2454, Jalan Pedas-linggi Kampung Kundur Hulu,71400 Pedas, Negeri Sembilan Pedas, 71400 Rembau, Negeri Sembilan
Telefon: 019-651 1200
Berkunjung ke negeri orang, tidak lengkap rasanya pulang tanpa buah tangan dari negeri tersebut bukan?
JIka anda ingin membawa pulang kudap-kudapan dari Rembau Negeri Sembilan, bolehlah berkunjung ke Produk IKS Kundur.
Ia menjual beraneka kuih dan kerepek. Antaranya dodol panas, bahulu tradisional, denderam, sirat, peria goreng dan pegaga crispy.
Waktu operasi: Selasa – Ahad (10 pagi – 5 petang)
NKA Frozen Food
Rumah salji di Rembau
Alamat: Lot 1701 Kedai Kampung Batu Nunggul, 71300 Rembau, Negeri Sembilan
Telefon: 012- 646 4156
Kalau anda nak tahu salji pun ada di Rembau tau! Anda boleh berkunjung ke NKA Frozen Food.
Terletak bersebelahan dengan NKA Coffee House, ia bukan sahaja menjual barangan sejuk beku malah terdapat rumah salji.
Selain itu, antara produk sejuk beku yang dijual di sini ialah king crab, udang galah, lobster dan salmon.
Waktu operasi: Setiap hari (9 pagi – 7 malam)
Grobok Salai
Masakan nogori di Rembau
Alamat: N9, Kampung Dato Abdul Samad, 71400 Pedas, Negeri Sembilan
Telefon: –
Kalau singgah di Negeri Sembilan, tak lengkap rasanya kalau tak singgah makan masakan “oghang nogori” kan?
Jika di Rembau Negeri Sembilan, anda boleh berkunjung ke Grobok Salai yang terletak bersebelahan dengan Produk IKS Kundur.
Menu yang dihidangkan ialah masak lemak cili api yang terdiri daripada daging salai, itik salai dan ikan sembilang salai.
Perlu diingatkan bahawa, “masakan nogori” sememangnya pedas berapi.
Bagi anda yang tidak biasa dengan makanan pedas boleh standby air putih dengan banyak ya!
Waktu operasi: Selasa – Jumaat (10 pagi – 5 petang) , Sabtu (10 pagi – 8 malam) , Ahad (10 pagi – 6:30 petang)
PD Ostrich Show Farm
Taman burung unta di Port Dickson
Alamat: Lot 1419, Jalan Perdana 4, Batu 9, 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan
Telefon: 018-207 8682
Dari Rembau, berkunjung pula ke Port Dickson. PD Ostrich Show Farm hanya terletak berhadapan dengan Ocean View Resort.
Ia menempatkan burung unta sebagai tarikan utama dan haiwan-haiwan lain seperti keldai, burung merak dan ayam belanda.
Pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan selain memberi makan kepada burung unta.
Antaranya ialah atv, paintball dan membeli produk seperti wallet dan handbag yang diperbuat daripada kulit atau bulu burung unta.
Waktu operasi: Setiap hari (9:30 pagi – 6 petang)
Muzium Tentera Darat Port Dickson
Muzium di Port Dickson
Alamat: Muzium Tentera Darat, Kem, 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan
Telefon: 06-646 4263
Nak pelajari dan mengenal erti peritnya pejuang terdahulu dalam mencapai kemerdekaan tanah air kita?
Anda boleh melawati Muzium Tentera Darat Port Dickson. Ia mempamerkan pelbagai koleksi ketenteraan mengikut peredaran zaman.
Antara barangan pameran yang anda boleh lihat ialah kereta kebal, meriam, jet pejuang, keretapi dan jeep tentera.
Waktu operasi: Setiap hari (9 pagi – 5 petang)
Bukit Batu Putih
Aktiviti hiking di Port Dickson
Alamat: Puncak Bukit Batu Putih, Tanjung Tuan
Telefon: 011-3929 2993
Bukit Batu Putih merupakan kawasan yang menawarkan panorama indah setanding Pantai Hiburan.
Ia menjadi lokasi wajib bagi pengunjung yang bertandang ke Port Dickson dalam anggaran 15 ke 20 minit pendakian.
Bukit ini terletak di Rumah Api Tanjung Tuan. Ia juga berdekatan dengan hotel PNB Ilham Resort dan Casa Rachado Beach Resort Port Dickson.
Waktu operasi: Setiap hari (8 pagi – 6 petang)
Extreme Park PD
Aktiviti ekstrem di Port Dickson
Alamat: Palm Spring Resort, Jalan Pantai Batu 13 KM 21, Mukim Pasir Panjang, Negeri Sembilan, 71250 Port Dickson
Telefon: 013-341 5812
Mahukan aktiviti mencabar fizikal dan mental? Apa tunggu lagi, mari melakukan cabaran di Extreme Park PD.
Terletak betul-betul berhadapan dengan Palm Spring Resort, ia dikelilingi oleh hutan yang menghijau.
Selain itu, aktiviti-aktiviti ekstrem seperti paintball, go-kart, atv dan memanah menjadi tarikan di sini.
Waktu operasi: Rabu – Isnin (10 pagi – 6 petang)
0 comments:
Post a Comment