Selain Putrajaya dan Kuala Lumpur, mana lagi kawasan best di Selangor nak holiday? Jawapannya ialah Klang. Tetapi sebelum itu adakah anda tahu tempat menarik di Klang?
Klang terletak dalam negeri Selangor Darul Ehsan. Klang juga salah satu daerah terbesar dan terpadat serta pelbagai bangsa anda boleh jumpa disini.
Baca: 17 Theme Park Hotel Terbaik Malaysia 2022 (Taman Air Popular)
Daerah ini juga boleh dikatakan daerah terpenting di Selangor kerana sektor perkapalan yang aktif dijalankan.
Terletak sekitar 32 km dari Kuala Lumpur, Klang atau Kelang mempunyai keunikan tersendiri serta pelbagai tempat-tempat menarik Klang untuk diterokai.
Senarai tempat menarik di Klang
Untuk pengetahuan anda, Klang mempunyai sejarah yang lebih lama berbanding Melaka. Dahulunya, kawasan ini merupakan jajahan kerajan Majapahit menjadikan ianya kawasan tertua di Selangor.
Asal usul nama Klang pula bermaksud jalan air atau terusan kerana banyak anak-anak sungai yang mengalir di kawasan ini seperti Sungai Bertek, Pinang, Klang, Agas dan banyak lagi. Sebelum Kuala Lumpur, Klang juga pernah menjadi ibu kota Selangor.
Daerah bersejarah ini mempunyai banyak cerita, kawasan menarik serta kepelbagaian budaya. Jom kita jelajah serba sedikit tempat menarik di Klang yang wajib anda kunjungi.
Tanjung Harapan
Pantai di Klang
Alamat: Kawasan Perindustrian Selat Klang Utara, 42000 Pelabuhan Klang, Selangor
Telefon: 03-3176 6929

Anda nak cari tempat tengok sunset terbaik di Klang? Datanglah ke Tanjung Harapan.

Kawasan rekreasi ini terkenal sebagai port untuk lepak dan bersantai di petang hari. Anda juga boleh melihat bot-bot dagang melintasi kawasan pantai area Klang ini.

Yang bestnya lagi, Tanjung Harapan juga popular dengan tempat makan makanan laut yang segar dan sedap.

Jadi kalau bingung nak lepak mana dekat Klang nanti, bolehlah lepak Tanjung Harapan dengan kawan-kawan.
Nak bermalam? Menginaplah di hotel di Klang terdekat yang selesa dengan harga berpatutan.
Taman Pengkalan Batu
Taman tepi sungai Klang
Alamat: Taman Awam Pangkalan Batu, Kawasan 1, 41100 Klang, Selangor
Telefon: –

Taman Pangkalan Batu yang seluas 5.2 ekar antara taman yang cantik di Klang.

Taman yang lengkap dengan gazebo, kolam kecil, laluan pejalan kaki yang selesa serta landskap hijau sememangnya lokasi sesuai untuk menenangkan jiwa. Pengantin juga boleh bergambar untuk wedding mereka.

Tempat best di Klang ini juga sesuai untuk kaki pancing kerana bersebelahan dengan sungai Klang dan turut disediakan dek memancing.
Dari taman ini anda boleh melihat keindahan masjid Klang yang terletak di sebelah taman sahaja.
Pulau Ketam
Pulau di Selangor
Alamat: Pulau Ketam, Selangor
Telefon: –

Pulau Ketam mungkin jarang anda dengari tapi pulau ini merupakan antara hidden gems di Klang.

Telah wujud sejak tahun 1880 lagi, penduduk di pulau yang dilitupi hutan bukau ini dihuni oleh penduduk bermajoriti cina muslim.
Anda boleh menyewa basikal dan bersiar-siar di kawasan kampung yang unik ini.

Tarikan lain yang ada di Pulau Ketam Selangor ini adalah rumah pelangi yang sangat cantik jika anda nak buat sesi fotografi.
Laguna Park Pulau Indah
Port mancing Klang
Alamat: Laguna Park, Pulau Indah, Selangor
Telefon: –

Kalau anda kaki pancing memang wajiblah untuk datang ke Laguna Park di Pulau Indah sebab tempatnya memang mesra pemancing.
Di kawasan tempat menarik Klang ini disediakan jeti dan pondok kecil jadi kalau hujan bolehlah berteduh.

Tempat menarik di Pulau Indah ini juga sesuai untuk berjoging, riadah petang dengan keluarga atau lepak dengan kawan-kawan sambil layan angin pantai.

Tambahan lagi, Laguna Park ni pun salah satu tempat untuk tengok sunrise dan sunset yang cun.
Anda juga boleh bergambar di rumah rakit Pulau Indah, mengunjungi Pantai Acheh di Pulau Indah atau menginap di resort Pulau Indah.
Port Klang Cruise
Cruise from Port Klang
Alamat: Cruise Terminal, 42009 Pelabuhan Klang, Selangor
Telefon: 03-3161 7000

Port Klang Cruise Center merupakan antara tempat menarik di Klang.
Juga dikenali sebagai Glenn Cruise Terminal, disinilah tempat berlabuh kapal-kapal mewah, besar dan canggih seperti kapal persiaran.

Pelabuhan ini mempunyai terminal berlepas yang menggunakan teknologi tinggi dan berhubung terus ke cruise.

Kalau nak cuci mata tengok kapal-kapal besar bolehlah singgah ke sini.
Little India Klang
Masyarakat india di Klang
Alamat: Little India, No.28-A, 1st Floor, Jalan Tengku Kelana, Kawasan 1, 41000 Klang, Selangor
Telefon: –

Little India sudah semestinya wujud di kawasan berbilang kaum. Little India Klang tidak kurang meriahnya seperti di Kuala Lumpur.

Tahukah anda? Little India di Klang adalah pusat beli-belah barangan kebudayaan India terbesar di Malaysia.

Seperti biasa jika anda ingin mencari barangan atau cenderahati budaya India seperti kalung bunga, sari, dan sebagainya memang inilah lokasinya.
Kawasan ini juga banyak restoran india muslim yang terkenal dengan karinya yang sedap.
Taman Rakyat
Taman di Klang
Alamat: Taman Rakyat, Taman Sri Andalas, 41100 Klang, Selangor
Telefon: –

Taman Rakyat antara taman menarik di Klang yang sesuai untuk aktiviti keluarga.

Berkonsepkan “Taman Untuk Semua”, pelbagai aktiviti yang dapat dilakukan seperti berjoging, jungle trekking, dan terdapat tapak refleksologi.
Bahkan anda juga boleh berkhemah di Taman Rakyat Klang ini.

Kemudahan seperti tempat parking, tandas awam, bahkan dewan terbuka juga disediakan. Semestinya taman yang “mesra pengunjung”.
Pasar Jawa Klang
Kedai kerepek di Klang
Alamat: Kawasan 18, 41300 Klang, Selangor
Telefon: –

Pasar Jawa Klang boleh dikatakan syurga keropok-keropok, kerepek dan pelbagai makanan tradisional serta biskut raya.
Selain itu, pasar ini juga menjual barangan kelengkapan solat seperti tudung, sejadah, buku-buku agama, telekung dan lain-lain.
Kalau anda merancang untuk berkelah atau berjalan jauh, lebih baik singgah dulu ke sini untuk beli makanan ringan buat kudapan.
Galeri Diraja Sultan Abdul Aziz
Museum di Klang
Alamat: Jalan Stesen, kawasan 1, 41000 Klang, Selangor
Telefon: 03-3373 6500

Galeri Diraja Sultan Abdul Aziz pula adalah galeri yang mempamerkan pelbagai koleksi barangan kesultanan Selangor baju persalinan diraja, replika pedang negeri, keris dan mahkota berlian.

Galeri yang unik ini berlokasi di sebuah bangunan colonial bernama Bangunan Sultan Suleimna.

Juga dikenali sebagai muzium kenangan, dalam galeri ini anda boleh menghayati Riwayat hidup Sultan Salahuddin Abdul Aziz yang memerintah Selangor selama lebih 3 dekad.
Waktu operasi: Selasa – Ahad (10 pagi – 5 petang)
GM Klang Wholesale City
Pusat pemborong terbesar di Malaysia
Alamat: Jalan Kasuarina 1, Bandar Botanik, 41200 Klang, Selangor
Telefon: 03-3385 2300

Lokasi borong 1 hentian yang paling kerap dikunjungi di Selangor! Kalau orang Klang mestilah tahu tentang Wisma GM Klang Wholesale City yang menjual barangan dengan harga borong dan murah.

Selalunya lokasi ini terkenal dalam kalangan peniaga kecil untuk mencari produk atau barangan untuk dijual sebab kalau beli barang secara pukal disini memang murah.
Lebih daripada 2,500 kedai ditempatkan di GM Klang Wholesale City.

Antara barangan yang boleh dibeli adalah pakaian, makanan, produk kecantikan, barangan bayi, barangan IT dan lain-lain.
Di sini juga disediakan tempat untuk berehat sambil membeli-belah, dan tempat makan yang menawarkan makanan jalanan yang lazat.
Waktu operasi: Setiap hari (10 pagi – 7 malam)
AEON Bukit Tinggi Klang
Shopping mall in Klang Valley
Alamat: AEON Bukit Tinggi Shopping Centre, Bandar Bukit Tinggi 2, 41200 Klang, Selangor
Telefon: 03-3326 2370

Terletak di Bandar Bukit Tinggi, AEON Bukit Tinggi Shopping Centre adalah kompleks beli-belah utama di Klang.

Berkeluasan 26 ekar, memang sangat luas, besar dan pelbagai jenis barangan serta servis yang tersedia.
Terdapat juga cinema, tempat makan menarik serta ruang permainan untuk remaja dan kanak-kanak.

Pasar raya ini juga dikenali sebagai Jusco Bukit Tinggi dan berlokasi sangat strategik kerana terletak di tengah kawasan bandar.

Selain membeli keperluan harian dan runcit, mall ini juga menjadi tempat orang awam terutama pasangan kekasih atau suami isteri berdating di mall ini.
Waktu operasi: Setiap hari (10 pagi – 10 malam)
Taman Bandar Diraja
Tugu Keris di Klang
Alamat: Jalan Istana, 41200 Klang, Selangor
Telefon: –

Taman seluas 16 ekar ini adalah mercu tanda atau simbolik Klang Bandar Diraja.

Taman Bandar Diraja dibina berdekatan dengan Istana Alam Shah. Taman ini dilengkapi dengan taman permainan kanak-kanak, kawasan parkir luas serta dilitupi pokok-pokok untuk anda berteduh.

Dalam taman tempat best di Klang ini ada dataran keris dimana anda akan melihat sebilah tugu keris yang berdiri tinggi dan memukau.
Gedung Raja Abdullah
Tempat bersejarah di Selangor
Alamat: Gedung Raja Abdullah, Kelang, Selangor
Telefon: –

Bangunan bersejarah ini dahulunya merupakan gudang milik Raja Abdullah pada zaman pemerintahan British.
Kini, ianya merupakan lokasi bersejarah Klang dan dijadikan muzium bijih timah. Bangunan ini dibina berkonsepkan Anglo-Indian dengan kombinasi seni bina tempatan.
Pastikan singgah ke sini jika berkunjung ke Klang terutama anda yang minat tentang sejarah.
Riverine Splash Pulau Carey
Tempat menarik untuk keluarga di Selangor
Alamat: Amverton Riverine Splash, 42700 Carey Island, Selangor
Telefon: 03-3123 3888

Riverine Water Theme Park & Hotel adalah tarikan baru di Klang yang dibuka pada tahun ini.
Tempat menarik Klang ini yang juga dikenali sebagai Riverine Splash Amverton Cove ini terletak di resort Pulau Carey.

Menariknya lagi terdapat 12 gelongsor air serta kolam yang berbagai saiz dari yang besar sehingga paling kecil untuk kanak-kanak.

Pastikan anda mencuba gelongsor Anaconda yang berbentuk seakan Anakonda membelit mangsanya.
Banyak lagi tarikan lain yang menyeronokkan untuk anda sekeluarga meluangkan masa bersama bergembira di taman tema Pulau Carey ini.

Kalau nak ceriakan wajah dan hati anak-anak, bawa saja mereka ke sini. Harga pun berpatutan hanya RM 58 untuk dewasa dan RM 38 untuk kanak-kanak.
Penat bermain di tempat percutian menarik di Selangor ini? Booking hotel Amverton Cove di Agoda dengan tawaran diskaun menarik!
0 comments:
Post a Comment