loading...

Wednesday, 16 November 2022

15 Tempat Menarik Di Ampang Untuk Dikunjungi

Mungkin anda pernah dengar tentang Ampang, Selangor tapi kurang mengenali tentang tempat menarik Ampang. Orang kata tak kenal maka tak cinta.

Ampang merupakan kawasan bandar yang diasaskan pada 1 Julai 1992 dan merupakan mukim terkecil dalam daerah Hulu Langat dengan keluasan 3859 hektar.

Walaupun kecil, Ampang juga mempunyai tempat menarik untuk dikunjungi atau tempat untuk lepak dan santai dengan kawan-kawan.

Senarai Tempat Menarik di Ampang, Selangor

Sebelum kita masuk lebih lanjut tentang topik, seeloknya kita tahu serba sedikit sejarah tentang Ampang.

Asal-usul nama Ampang berkait dengan “empangan”. Disebabkan kepelatan orang cina yang menyebut empangan menjadi Ampang. Tambahan lagi, kawasan Ampang dahulunya giat menjalankan aktiviti perlombongan bijih timah.

Jadi, artikel kali ini akan memberi sedikit info tentang tempat menarik di Ampang yang diharap akan berguna dan memberi manfaat untuk para pembaca.

Bukit Ampang

Tempat menarik di Ampang waktu malam

Alamat: Persiaran Saujana, Taman Mulia Jaya, 68000 Ampang, Selangor

Telefon: –

Bukit di Ampang
Kredit gambar: pspj.org.my, hamydy.wordpress.com

Kita mulakan dengan tempat paling cun untuk melihat pemandangan Kuala Lumpur waktu tengah malam iaitu di Bukit Ampang. 

Pemandangan Bukit Ampang juga sangat cantik dan boleh dijadikan status whatsapp anda!

pemandangan malam menarik di bukit ampang selangor
Kredit gambar: Instagram @eymanhaziq

Terletak hanya 25 km dari bandar Kuala Lumpur, bukit ini terkenal sebagai tempat untuk melihat bunga api saat perayaan atau hari kemerdekaan.

Disebabkan itu, banyak gerai-gerai makanan dibuka jadi bolehlah anda isi perut sambil layan panorama KL.

ootd menarik di bukit ampang selangor
Kredit gambar: Instagram @helmieyy_

Memang sesuai kalau nak lepak sini sebab view memang sangat cantik dan tempat dating menarik antara suami isteri.

Kemensah Valley

Tempat camping menarik di Selangor

Alamat: Jalan Kampung Orang Asli, Kampung Kemensah, 68000 Ampang, Selangor

Telefon: 012-327 0679

kemensah valley di selangor
Kredit gambar: Instagram @aki_kv & azza_ahmadzaki

Adakah anda nak camping di Selangor pada hujung minggu ini? Jomlah datang ke Kemensah Valley.

camping di selangor
Kredit gambar: Instagram @joshjuing

Selain camping dan bbq, anda juga boleh mandi-manda serta menyewa di chalet terdekat.

camping di selangor
Kredit gambar: Instagram @joshjuing

Kalau anda nak rasai pengalaman yang unik dan berbeza, datang sahaja ke Kemensah Valley.

Zoo Negara Malaysia

Zoo negara di Selangor

Alamat: Jalan Taman Zooview, Taman Zooview, 68000 Ampang, Selangor

Telefon: 03-4108 3422

Zoo Negara
Kredit gambar: malaysiapost.com.my, Selangor.travel, zoonegaramalaysia.my, tempatmenarik.my

Tahukah anda? Zoo Negara Malaysia merupakan zoo pertama sekali dibuka di Malaysia iaitu pada 14 November 1963.

Terdapat sebanyak 5000 haiwan daripada 476 spesis mamalia, burung, amfibia, reptilia dan ikan dalam zoo ini.

Kredit gambar: zoonegara_malaysia

Anda juga berpeluang untuk melihat spesis terancam seperti harimau malaya, orang utan, atau haiwan dari benua lain seperti girafah atau gajah afrika.

Pergi dating dekat café dah terlalu biasa, apa kata cuba bawak pasangan anda melawat Zoo Negara dapatlah tengok gelagat haiwan yang bermacam ragam.

Taman Tasik Ampang Hilir

Taman rekreasi Ampang

Alamat: 115, Jalan Ampang Hilir, Desa Pahlawan, 55000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Telefon: 03-2617 6289

Taman Tasik Hilir di Ampang
Kredit gambar: tripadvisor.com, dbkl.gov.my, wikimapia.org, petitgo.com

Taman Tasik Ampang Hilir adalah kawasan hijau yang terletak di Ampang.

Taman ini lengkap dengan laluan pejalan kaki di sepanjang tepian tasik untuk anda berjoging atau hanya jalan-jalan di sekitar kawasan taman. Kawasan taman sentiasa bersih dan terjaga dibawah jagaan DBKL.

Ketika hujung minggu pula ada beberapa gerai makanan dibuka. Memang sesuai kalau nak bawa keluarga anda santai-santai di taman ni.

Taman Rimba Ampang

Hutan lipur Ampang

Alamat: Hulu Kelang, 68000 Ampang, Selangor

Telefon: –

Taman Rimba Ampang
Kredit gambar: mdfaiez84.com, dreamstime.com, dexxy.net, Loo Soo Hwa (junelsh)

Anda ingin keluar dari kesibukan kota di Ampang? Bawalah teman atau keluarga anda ke Taman Rimba Ampang.

Juga dikenali sebagai Hutan Lipur Ampang, tempat picnic di KL ini hanya sekitar 8 KM dari bandaraya Ampang.

taman tasik ampang di selangor
Kredit gambar: nadhirahomar

Apa yang best dalam hutan lipur ni? Sudah tentu udaranya yang segar dan ada air terjun untuk mandi-manda.

Kalau anda jungle trekking atau hiking dalam Taman Rimba Ampang ni pun boleh.

Bukit Saga

Bukit di Ampang

Alamat: 86a, Jalan Saga 28, Taman Saga, 68000 Ampang, Selangor

Telefon: –

Kredit gambar: Ethan Lim, Nina Amir, Irina Radzi & Ding Jiayi

Kalau anda penggemar jungle trekking dan kaki hiking, anda wajib cuba menawan Bukit Saga.

Bukit ini mempunyai dua trek iaitu trek landai dan trek pacak. Kalau anda mempunyai stamina tinggi bolehlah mendaki ikut laluan pacak.

Kredit gambar: JEW WOON LIEW
Kredit gambar: JEW WOON LIEW

Anda perlu mendaki selama lebih kurang 40 minit sehingga sejam untuk sampai ke puncak.

Apabila sampai sahaja, anda akan menyaksikan keindahan alam semula jadi dari puncak Bukit Saga.

mandi air terjun di bukit saga ampang
Kredit gambar: hxzim_z

Yang bestnya lagi, Bukit Saga juga ada air terjun. Kalau lepas hiking, rehatkan dulu badan anda dengan berendam dalam air terjun.

Bukit Batu Chondong

Tempat hiking di Selangor

Alamat: Jalan Taman Zooview, Kampung Kemensah, 68000 Ampang, Selangor

Telefon: –

bukit condong di selangor
Kredit gambar: Keith Loh, Sunny Law (sunnysardine), luvfeelin 乐飞翎 (乐飞翎) & Tan Zhi Yong

Berlokasi di kawasan pedalaman Kampung Kemensah, Bukit Batu Chondong berbaloi untuk tawan kerana penuh dengan cabaran.

Pendakian memakan masa 30 hingga 40 minit sahaja tetapi denai Bukit Batu Chondong agak sedikit mencabar.

hiking di selangor
Sumber gambar: Fadeli Opong

Dalam pendakian, anda akan melalui trek yang curam dan perlu melintasi hutan buluh. Untuk sampai ke puncak pula, anda perlu menggunakan tali.

hiking di bukit condong selangor
Kredit gambar: miera_17

Tetapi sampai di puncak memang berbaloi sebab permandangannya sangat cantik.

Jika anda seorang yang suka akan cabaran. Anda wajib cuba mendaki Bukit Batu Chondong.

Bukit Kembara

Tempat menarik untuk dating di Selangor

Alamat: Hulu Kelang, 68000 Ampang, Selangor

Telefon: –

Bukit Kembara
Kredit gambar: says.com, tripifyapp.com, Malaysia-traveller.com, fr.wikiloc.com

Kalau anda baru berminat untuk mendaki atau nak mendaki santai-santai cubalah mendaki di Bukit Kembara yang cuma berketinggian 244 meter dari paras laut.

Apa yang menariknya di Bukit Kembara adalah sebuah tasik yang dipanggil Tasik Hijau yang merupakan bekas kawasan takungan air.

tasik cantik di selangor
Kredit gambar: azhar_yahya

Dekat tasik ni pula ada sebuah pondok yang sesuai untuk buat photoshoot atau nak lepak. Ini juga tempat menarik untuk anda dating di Selangor.

Bukit Kembara popular pada hujung minggu. Tunggu apa lagi, ajak kawan-kawan anda hiking disini.

Dagang Avenue

Tempat lepak di Ampang

Alamat: Jalan Taman, Jalan Dagang, Taman Nirwana, 68000 Ampang, Selangor

Telefon: –

dagang avenue di ampang selangor
Kredit gambar: Instagram @ farishaeatsalot, boomentertainmentkl, ahmadnazrie & satayrosviral

Dagang Avenue pula merupakan lubuk makanan di Ampang.

Kredit gambar: Instagram @mawi_transporter

Medan makan yang popular di Ampang ini menghidangkan pelbagai jenis makanan seperti makanan laut, char kue teow, dan banyak lagi dengan harga yang berpatutan.

Hujung minggu pula selalunya akan ada live band.

makan di dagang avenue
Kredit gambar: satayrosviral

Dagang Avenue beroperasi selama 24 jam dan ada Wifi percuma. Memang best kalau lepak dengan member dekat sini.

Air Terjun Sofea Jane

Air terjun Ampang

Alamat: Kemensah Heights, 68000 Ampang Jaya, Selangor

Telefon: –

air terjun di selangor
Kredit gambar: Instagram @cahayasakinah_mua, azrulvienna & hasliza_ali

Sofea Jane bukan ada lagu sahaja bahkan ada air terjun sekali. Nama tempat yang unik ini terletak di Ampang.

Air Terjun Sofea Jane atau juga dikenali Air Terjun Kubang Gajah ini antara tempat picnic di KL yang menarik untuk dikunjungi.

air terjun sofea jane di selangor
Kredit gambar: Instagram @azrulvienna

Anda boleh jungle trekking atau menggunakan ATV untuk sampai ke air terjun ini.

mandi manda di selangor
Kredit gambar: Instagram @cahayasakinah_mua

Sampai sahaja, anda nikmatilah kesejukan dan kesegaran mandi-manda di air terjun ini.

Airnya memang bersih dan tiada tanda-tanda pencemaran berlaku. Sangat berbaloi untuk anda kunjungi.

Victoria Station, Jalan Ampang

Kedai western Ampang

Alamat: 243, Jln Ampang, Taman U Thant, 50450 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Telefon:-

Victoria Station yang menarik di ampang selangor
Kredit gambar: malaysianflavours.com, tripadvisor.com, foodpanda.my

Pening nak bawa keluarga keluar makan? Bawa saja mereka ke Victoria Station Jalan Ampang.

Tempat makan menarik di Ampang ini menyajikan makanan barat seperti steak, BBQ, makanan berasaskan grill bahkan seafood pun ada.

tempat makan menarik di ampang
Kredit gambar: victoriastationcommy

Memang penuh perut anda sekeluarga dan puas hati kalau makan disini.

Tempat makan selesa dan bersih, makanan pula sedap-sedap memang kombinasi terbaik untuk menikmati saat bersama keluarga.

Pick and Pain Art Studio

Tempat menarik untuk kanak-kanak di Selangor

Alamat: B2-5-2, City Garden Commercial Center, Jalan Nirwana, Taman Nirwana, 68000 Ampang, Selangor

Telefon: 016-711 1964

Pick and Paint Art Studio tempat menarik ampang
Kredit gambar: forkualalumpurlovers.com, google map (PICK N PAINT Art Studio)

Anak anda suka melukis? Serlahkan kreativiti mereka di Pick and Paint Art Studio.

Pick and Paint Art Studio juga membuka kelas melukis kepada kanak-kanak seawal usia tiga tahun.

kanak-kanak di tempat menarik ampang
Kredit gambar: pnp_artstudio

Selain kelas mewarna, studio seni ini juga menawarkan kelas memasak.

Memang tempat yang sesuai kalau nak bawa anak luangkan masa berfaedah.

kanak-kanak di tempat menarik ampang
Kredit gambar: pnp_artstudio

Kelas dibuka dari hari Rabu hingga Ahad. Kalau berminat tapi kurang mahir, jangan risau mereka akan dibimbing sampai jadi.

MATIC

Pusat pelancongan di Kuala Lumpur

Alamat: 109, Jln Ampang, Kuala Lumpur, 50450 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Telefon: 03-9235 4800

MATIC
Kredit gambar: twentytwo13.my, dapnyatv.com, tripadvisor.com

Malaysian Tourism Center (MATIC) merupakan pusat pelancongan yang memberi perkhidmatan pelancongan seperti urusan tempat tinggal, tiket, panduan dan lain-lain.

tempat pelancongan di ampang selangor
Kredit gambar: maticmy

Apa yang menarik dalam MATIC ini? Saksikan persembahan budaya, membeli cenderahati, melihat seni di galeri dan banyak lagi.

Tempat menarik di Ampang ini sesuai untuk pelancong dalam dan luar negara.

Safa Restoran

Tempat makan best di Ampang

Alamat: 109, Jln Ampang, Kuala Lumpur, 50450 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Telefon: 03-9235 4800

tempat makan menarik di ampang
Kredit gambar: nikelkhor.com, myopenrice.com, ciklilyputih.com

Safa Restoran antara tempat makan yang berbaloi anda cuba untuk mengisi perut yang lapar.

Kedai makan area Ampang ini terkenal dengan pelbagai hidangan makanan arab yang sedap dan memuaskan. Kalau anda nak buat jamuan, anda boleh tempah awal sebab ada buffet disediakan.

Suasana restorannya yang santai dan bersih menjamin keselesaan anda ketika makan.

BBQ Lamb KL Kemensah

Tempat makan menarik di Ampang

Alamat: Jalan Taman Zooview, Kampung Kemensah, 68000 Ampang, Selangor

Telefon: 012-2114100

makan di restoran terapung menarik ampang
Sumber gambar: Instagram @bbqlambkemensah , malaysiafoodandtravel & salamnihon

Bbq Lamb Kemensah antara tempat makan best di Ampang sebab ianya merupakan satu-satunya restoran yang bertemakan restoran atas air.

tempat makan menarik di ampang
Kredit gambar: Instagram @malaysiafoodtravel

Suasana tempat makan ini sangat tenang. Bahkan, anda yang datang sekali pasti datang berkali-kali.

tempat makan menarik di ampang
Kredit gambar: Instagram @bbqlambklkemensah

Anda juga boleh celeberate birthday kat sini. Pelbagai bbq lamb KL Kemensah menu yang sangat sedap. Harganya juga berpatutan.

Ajak kawan dan keluarga anda makan tengah hari di sini. Baru best makan kat sini sambil tengok alam semula jadi.

0 comments:

Post a Comment

loading...