loading...

Friday, 4 November 2022

17 Hotel KLIA & KLIA2 Terbaik (Dalam & Luar Airport)

Hotel KLIA KLIA2 terbaik yang berada di dalam atau berhampiran airport memudahkan urusan pelancong sebelum berlepas ke destinasi impian.

Cakap sahaja kriteria hotel berdekatan airport yang anda perlukan. Bajet? Mewah? Mesra keluarga? Pasangan? Solo? Hotel transit KL? Semua ada!

Baca: 15 Hotel Dengan View KLCC Yang Terbaik

Bagi memudahkan urusan anda, kami menyediakan 17 hotel KLIA KLIA2 terbaik. Jadi, tiadalah timbul isu terlepas penerbangan kan?

Hotel di dalam KLIA

KLIA merupakan lapangan terbang utama dan terbesar di Malaysia. Ia terletak di Sepang, Selangor dan dibuka secara rasmi pada 27 Jun 1998.

Turut dikenali sebagai salah satu hub penerbangan terpenting di rantau Asia Tenggara. Berikut merupakan beberapa hotel yang berada di dalam Kuala Lumpur International Airport (KLIA).

Tune Hotel KLIA Aeropolis

Airport hotel KLIA

Alamat: Low Cost Carrier Terminal, Lot PT 29, Jalan Klia S4, Aeropolis, 64000 Sepang, Selangor

Telefon: 03-8787 2759

hotel klia klia2 terbaik: Tune Hotel KLIA Aeropolis
Sumber gambar: agoda.com

Tune Hotel KLIA Aeropolis mempunyai bilik yang agak kecll yakni sesuai untuk penggembara solo. Hal ini kerana, ia terletak di bahagian kargo KLIA Sepang dengan harga serendah RM 147.

1
Sumber gambar: Instagram @tunehotels

Hotel ini dilengkapi dengan bilik mandi suite, perkhidmatan dobi, parking percuma serta menyajikan masakan barat dan tempatan di Glasshouse Cafe.

Selain itu, hotel KLIA KLIA2 terbaik ini menawarkan servis shuttle secara percuma ke KLIA2 yang bertolak setiap 2 jam.

Sama Sama Hotel

Hotel dengan sky bridge ke KLIA

Alamat: Jalan Cta 4b, Kuala Lumpur International Airport, 64000 Sepang, Selangor

Telefon: 03-8787 3333

hotel klia klia2 terbaik: Sama Sama Hotel
Sumber gambar: agoda.com

Sama Sama Hotel bertaraf 5 bintang ini amatlah mudah diakses yang dihubungkan melalui sky bridge ke KLIA.

Restoran di hotel mewah ini menyajikan menu antarabangsa dengan suasana dapur yang terbuka.

2
Sumber gambar: Instagram @kinamohd

Hotel KLIA ini cukup selesa berbanding hotel lain di airport dengan harga serendah RM 474.

Ia juga dilengkapi dengan outdoor pool, gym, gelanggang tennis, sauna dan jakuzi serta perkhidmatan buggy percuma dari KLIA dan ke KLIA.

Hotel di dalam KLIA2

Beroperasi sepenuhnya pada 2 Mei 2014, Kuala Lumpur International Airport 2 (KLIA2) terletak berhampiran dengan KLIA. Ia berperanan untuk menampung penerbangan kos rendah.

KLIA2 direka untuk menampung 45 juta penumpang dalam masa setahun. Berikut merupakan beberapa hotel yang terdapat di dalam KLIA2.

Tune Hotel KLIA-KLIA2

Hotel bersambung ke KLIA dengan laluan berbumbung

Alamat: Lot Pt 13, Jln Klia 2/2, KLIA, 64000 KLIA, Selangor

Telefon: 03-8787 1720

hotel klia klia2 terbaik: Tune Hotel KLIA-KLIA2
Sumber gambar: agoda.com

Pernah menerima anugerah “Asia’s Leading Airport Hotel 2021 – World Travel Awards” sebanyak 2 kali. Bilik hotel ini sangat moden dan dilengkapi peti keselamatan, bilik mandi persendirian dan lain-lain.

Anda juga boleh makan di kafe atau restoran di dalam hotel ini serta membeli kelengkapan di kedai serbaneka atau berehat di ruang lobi yang santai.

3
Sumber gambar: Instagram @tunehotels

Dengan ini, menjadikan Tune Hotel KLIA-KLIA2 menjadi pilihan pengunjung. Bermula dengan harga RM 141, sebanyak 400 bilik ditawarkan.

Selain itu, anda boleh membeli-belah di Gateway KLIA2. 

Capsule Hotel KLIA

Hotel capsule KL

Alamat: Level 1 Lot 1-5, CP1 Gateway Terminal KLIA 2 Jalan KLIA 2/1 LandSide, 64000 Sepang, Selangor

Telefon: 03-7610 2020

hotel klia klia2 terbaik: Capsule Hotel KLIA
Sumber gambar: agoda.com

Kalau nak cuba menginap ala-ala hotel kapsul di Jepun, Capsule Hotel KLIA adalah jawapannya.

4
Sumber gambar: Instagram @ceyiikk

Dengan serendah RM 199, bukan sahaja sesuai untuk solo traveller malah memuatkan 3 orang. Masa untuk booking adalah di antara 6 ke 12 jam.

Aerotel KLIA2

Hotel terbaru di KL

Alamat: Level 2M, gateway@klia2, Terminal klia2, Kuala Lumpur International Airport, 64000 Kuala Lumpur, Selangor

Telefon: 03-8778 0888

hotel klia klia2 terbaik: Aerotel KL
Sumber gambar: agoda.com

Mencari hotel mesra keluarga dalam KLIA2? Aerotel KL kan ada! Bilik mandi pula dilengkapi pengering rambut, peralatan mandian percuma dan pancuran mandian.

5
Sumber gambar: Instagram @elxaher

Ia turut menyediakan bilik untuk solo traveller dengan berkongsi tandas. Masa untuk menginap adalah selama 12 jam sahaja.

Hotel berdekatan KLIA / KLIA2

Nak booking hotel di dalam kawasan KLIA / KLIA2 tetapi dah penuh? Jangan risau! Terdapat banyak hotel berdekatan Lapangan Terbang KLIA / KLIA2 yang boleh anda menginap.

Berikut merupakan beberapa hotel yang terletak berhampiran dengan KLIA/KLIA2 dalam anggaran jarak bawah 20 km.

The YouniQ Hotel

Hotel serendah RM 73 untuk solo traveller

Alamat: Business Park, 42, Jalan 2, Medan 120, Bandar Baru Salak Tinggi, 43900 Sepang, Selangor

Telefon: 019-514 4200

hotel klia klia2 terbaik: The YouniQ Hotel
Sumber gambar: agoda.com

The YouniQ Hotel menyediakan sebanyak 60 bilik dengan harga bermula dari RM 73. Hotel berdekatan airport ini menampilkan gaya moden dan serba ringkas.

6
Sumber gambar: Instagram @kartinisukarno

Kemudahan dobi percuma dan terdapat restoran Tok Wan yang menyajikan hidangan Malaysia di belakang hotel. Ia disarankan untuk penggembara solo dan pasangan.

Jarak ke KLIA/KLIA2: 13 km

Hotel Victory Inn

Hotel murah untuk backpacker

Alamat: 6-1 / 8-1, Jalan Saujana KLIA 1/A, Taman Warisan Bayu, 43900 Sepang, Selangor

Telefon: 019-235 4954

hotel klia klia2 terbaik: Hotel Victory Inn
Sumber gambar: booking.com, agoda.com

Hotel Victory Inn disarankan khas untuk pasangan dan penggembara solo. Terdapat juga kaunter pertukaran wang dan menerima tetamu 24 jam.

Bilik hotel yang selesa dengan bilik mandi peribadi dan almari pakaian.

7
Sumber gambar: Instagram @hotelvictoryinn21

Bagi anda yang ingin mencari hotel yang tersangat murah, bolehlah menginap di sini bermula harga RM 60. Hotel berdekatan airport ini terletak di kawasan Kota Warisan.

Jarak ke KLIA/KLIA2: 14 km

Hotel Double Star KLIA (Sepang)

Budget hotel KL di KLIA

Alamat: Pusat Perniagaan Gemilang, No. 15, Jalan Gemilang 1, 43900 Sepang, Selangor

Telefon: 014-653 5979

hotel klia klia2 terbaik: Hotel Double Star KLIA
Sumber gambar: agoda.com, booking.com

Lagi hotel bajet berdekatan airport yang anda boleh bermalam adalah Hotel Double Star KLIA. Hotel ini menawarkan bilik keluarga dan lounge berkongsi.

8
Sumber gambar: Instagram @hdsklia

Hotel dengan harga RM 67 ini, tidak terletak di pekan utama. Namun begitu, anda tidak perlu risau kerana terdapat gerai makan berhampiran hotel ini.

Jarak ke KLIA/KLIA2: 11 km

S8 Boutique Hotel

Boutique hotel Selangor

Alamat: KIP Sentral, 32, Jalan Warisan Sentral 2, Kota Warisan, 43900 Sepang, Selangor

Telefon: 018-788 3855

hotel klia klia2 terbaik: S8 Boutique
Sumber gambar: S8 Boutique Hotel, agoda.com

Mencari hotel berdekatan lapangan terbang yang murah bersama pakej sarapan? Anda boleh menginap di S8 Boutique dengan harga permulaan RM 82.

9
Sumber gambar: Instagram @fazcarrental_

Bukan itu sahaja malah hotel ini turut menyediakan lif untuk penumpang yang membawa luggage berat dan juga kemudahan untuk OKU berkerusi roda.

Jarak ke KLIA/KLIA2 : 13 km

Eman Cottage @ KIP Sentral

Penginapan jenis hipster di KLIA

Alamat: 110G, Jalan Warisan Sentral 4, KIP Sentral, 43900 Sepang, Selangor

Telefon: 016-582 4215

hotel klia klia2 terbaik: Eman Cottage @ KIP Sentral
Sumber gambar: agoda.com

Memiliki gaya hipster, Eman Cottage semestinya menjadi tarikan golongan muda. Hotel berdekatan lapangan terbang ini menawarkan harga yang murah iaitu RM 81.

10
Sumber gambar: Instagram @emancottage

Tambahan pula, bagi anda yang ingin membeli-belah boleh berjalan kaki ke KipMall.

Jarak ke KLIA/KLIA2: 14 km

Bary Inn KLIA

Hotel near KLIA2 with free shuttle

Alamat: Business Park, No 1, Jalan 4, Bandar Baru Salak Tinggi, 43900 Sepang, Selangor

Telefon: 012-512 8267

Bary Inn KLIA
Sumber gambar: caca talib, Pechmolita Hak (Molita Greeny), Ahmad Munzir

Memiliki bilik yang serba sederhana, Bary Inn KLIA merupakan hotel KLIA KLIA2 terbaik yang berdekatan airport.

11
Sumber gambar: Instagram @hudahalid

Ia menawarkan sarapan pagi ala Bufet untuk anda menjamu selera. Selain itu, kemudahan wifi boleh diakses di ruangan lobi hotel.

Jarak ke KLIA/KLIA2: 13 km

Langit Langi Hotel

Hotel dengan outdoor pool di KLIA

Alamat: No 7a,7b,7c, Jalan Deluxe, Pusat Perdagangan Deluxe, 43800 Dengkil, Selangor

Telefon: 03-8768 0659

Langit Langi Hotel
Sumber gambar: Facebook @Langit- Langi Hotel, booking.com

Langit-Langi Hotel adalah satu-satunya hotel di Dengkil yang berdekatan dengan lapangan terbang yang menawarkan harga RM 78.

12
Sumber gambar: Instagram @arslankairudin

Pihak hotel ini turut menyediakan servis simpanan bagasi dan penghantaran pergi dan balik ke KLIA2. Selain itu, hotel dengan 33 bilik ini turut dilengkapi dengan penyaman udara.

Jarak ke KLIA/KLIA2: 18 km

Sky Star Hotel

Hotel berdekatan gerai makan

Alamat: Sky Star Hotel Sepang KLIA KLIA2 No 58, Jalan 2, Medan 120, Bandar Baru Salak Tinggi, 43900 Sepang, Selangor

Telefon: 013-911 1883

Sky Star Hotel
Sumber gambar: agoda.com

Mempunyai sebanyak 51 bilik, Sky Star Hotel menawarkan harga bermula RM 90. Hotel di Salak Tinggi ini, terletak strategik di gerai-gerai makan dan kedai serbaneka.

13
Sumber gambar: Instagram @skystarhotelkliaklia2

Selain itu, ia turut menyediakan servis simpanan bagasi dan parkir secara percuma.

Jarak ke KLIA/KLIA2: 13 km

Sri Langit Hotel

Hotel dengan tema “dalam penerbangan”

Alamat: Jalan 11, Bandar Baru Salak Tinggi, 43900 Sepang, Selangor

Telefon: 03-8706 0773

Sri Langit Hotel
Sumber gambar: booking.com

Sri Langit Hotel menjanjikan penginapan unik di Malaysia yang lain dari yang lain dengan harga RM 93.

Di mana, dengan rekaan dalam kapal terbang yang dtampilkan pasti membuatkan anda teruja menginap di sini!

14
Sumber gambar: Instagram @raheym_ahmad

Tambahan pula, hotel ini menyediakan kemudahan bilik mesyuarat dan dewan persidangan bagi business traveller.

Jarak ke KLIA/KLIA2: 13 km

Movenpick KLIA

Hotel near KLIA with free shuttle

Alamat: Kompleks TH Sepang, Jalan Masjid Klia, 64000 Sepang, Selangor

Telefon: 03-8661 8661

Movenpick KLIA
Sumber gambar: agoda.com

Mencari hotel yang besar yakni sesuai untuk keluarga? Movenpick KLIA antara hotel tabung haji di KLIA yang paling selesa bersama harga RM 212.

15
Sumber gambar: Instagram @faizallens

Tambahan pula, ia turut menyediakan kolam renang khas untuk wanita dan servis shuttle percuma sebanyak 2 kali.

Jarak ke KLIA/KLIA2: 8 km

Hotel 99 Sepang

Hotel di Sepang Selangor

Alamat: 55g, Jln Warisan Sentral 1, Kota Warisan, 43900 Sepang, Selangor

Telefon: 03-8705 9900

Hotel 99 Sepang
Sumber gambar: agoda.com

Selain Hotel Victory Inn, Hotel 99 Sepang juga anda boleh temui di Kota Warisan. Bermula dengan harga RM 80, ia menawarkan bilik yang serba sederhana namun selesa.

16
Sumber gambar: Instagram @tri_astini

Perkhidmatan lif juga tersedia di hotel ini bagi memudahkan anda yang membawa luggage yang berat.

Jarak ke KLIA/KLIA2: 13 km

Casa Hotel

Hotel murah di KLIA

Alamat: No 2, 2A & 6-2 Jalan PPS 1 Pusat Perniagan Salak, 43900 Sepang

Telefon: 03-8705 1916

Casa Hotel
Sumber gambar: Instagram @casahotel_klia, agoda.com, booking.com

Menawarkan penginapan yang moden dan selesa, penginapan Casa Hotel boleh dicapai sehingga RM 90.

Hotel yang terletak di Pusat Perniagaan Salak Tinggi ini memiliki 33 bilik yang dilengkapi tv dan penyaman udara.

17
Sumber gambar: Instagram @casahotel_klia

Tambahan pula, servis shuttle ke KLIA2 turut disediakan oleh pihak hotel berdekatan Klia ini bersama sedikit cas bayaran.

Jarak ke KLIA/KLIA2: 18 km

0 comments:

Post a Comment

loading...