Mencari hotel terbaik di Langkawi dengan kepelbagaian taraf penginapan? Semuanya ada kami rangkumkan!
Langkawi merupakan sebuah pulau bebas cukai yang terkenal di Kedah. Bukan itu sahaja, malah turut menyimpan pelbagai lagenda yang menarik.
Asal usulnya tercetus daripada kombinasi perkataan “Helang” dan “Kawi” menjadi “Helangkawi” sehinggalah tersebutnya “Langkawi”.
Di mana kawasan ini menjadi habitat spesies burung helang yang bulunya berwarna kawi iaitu merah hati. Kawi juga merujuk kepada sebuah batu bernama kawi yang menjadi kapur untuk menanda barang.
Senarai hotel di Langkawi
Di mana ada tarikan pelancongan menarik di situ terletaknya hotel berdekatan untuk anda bermalam.
Setelah selesai memilih hotel terbaik Langkawi yang anda impikan, maka bolehlah melakukan aktiviti yang menyeronokkan di tempat menarik Langkawi.
Antaranya snorkeling, scuba diving, hiking, menaiki kereta kabel dan banyak lagi. Oleh itu, kami senaraikan 16 hotel terbaik Langkawi bermula dari bajet rendah ke mewah mengikut pilihan anda.
Untuk mengetahui harga semasa setiap penginapan di Langkawi ini, anda boleh menyemak di laman web Agoda.
Geopark Hotel Langkawi
Hotel bajet Langkawi
Alamat: 07100 Langkawi, Kedah
Telefon: 04-959 2300
Bagi anda yang mencari hotel berdekatan yang bajet di Dataran Lang dan Pekan Kuah, di sinilah tempatnya.
Bermula harga RM 69, Geopark Hotel Langkawi menawarkan pengunaan wifi secara percuma.
Selain itu, biliknya dilengkapi dengan katil yang selesa, penyaman udara dan zon bebas rokok.
The Smith House
Hotel Langkawi untuk kursus
Alamat: Lot. 297, (HSM. 772), Bandar Padang Matsirat, Bandar Padang Matsirat, 07100 Kampung Padang Masirat
Telefon: 04-952 3777
Mencari hotel berdekatan Langkawi atau hotel di Pulau Langkawi untuk kursus. The Smith House antara senarai hotel di Langkawi yang sesuai.
Hotel ini memiliki pusat perniagaan yang lengkap dengan 4 bilik mesyuarat yang disediakan.
Selain itu, terdapat perpustakaan kecil dan kolam renang yang ditawarkan di rooftop hotel.
Langkawi Seaview Hotel
Hotel Langkawi tampak mewah dengan harga bajet
Alamat: Jalan Penarak, Kampung Kuah, 07000 Langkawi, Kedah
Telefon: 04-966 0600
Kelihatan serba mewah tetapi harganya cukup mampu milik serendah RM 137 untuk satu malam.
Langkawi Seaview Hotel memiliki bilik-bilik luas yang disarankan oleh pengguna Agoda.
Iaitu superior double room / twin dan premier deluxe room dengan view laut, gunung dan bandar.
Greenish Hotel Langkawi
Hotel Langkawi dengan sarapan pagi
Alamat: Mukim Kuah, Jalan Ayer Hangat, 07000 Langkawi, Kedah
Telefon: 04-961 1616
Mencari penginapan di Langkawi dengan pakej sarapan pagi? Greenish Hotel Langkawi adalah lokasi yang sesuai.
Hotel di Pulau Langkawi ini membawa tema warna hijau yang mampu memberi ketenangan.
Mempunyai 39 bilik dengan harga permulaan hanya RM 93, ia menawarkan pemandangan kolam renang.
We Hotel Langkawi
Hotel Langkawi 3 star
Alamat: Lot 2G Mahacity Business Centre Jalan Mahawangsa 1 Kuah, 07000 Langkawi, Kedah
Telefon: 04-961 0966
We Hotel Langkawi tergolong di dalam senarai hotel di Langkawi yang berhampiran pelbagai kawasan pelancongan.
Antaranya ialah Taman Alam Semulajadi Sungai Kilim, Langkawi Bird Paradise, Jeti Kuah dan Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi.
Ia turut menawarkan bilik bersama pemandangan bandar, taman, laut dan gunung-ganang.
Bagi anda yang inginkan bilik yang ada bathtub, bolehlah memilih suite with hot tub.
Bayview Hotel Langkawi
Hotel Langkawi untuk family
Alamat: Jalan Pandak Mayah 1, Pusat Bandar Kuah, 07000 Langkawi, Kedah
Telefon: 04-966 1818
Inginkan bilik penginapan di Langkawi yang luas untuk seisi keluarga?
Bayview Hotel Langkawi menyediakan bilik jenis deluxe family suite untuk anda sekeluarga menginap dengan harga RM 180.
Lain-lain kemudahan yang disediakan iaitu kolam renang dengan jakuzi, gimnasium dan spa.
Adya Hotel Langkawi
Hotel Langkawi mesra muslim
Alamat: No 1 PT 4001 Mukim Darul Aman Persiaran Mutiara 2 Mukim Kuah, 07000 Langkawi, Kedah
Telefon: 04-960 8000
Mencari hotel mesra muslim dengan kelengkapan dan ruangan solat?
Adya Hotel Langkawi merupakan satu-satunya hotel di Pulau Langkawi yang islamik.
Bukan itu sahaja, kolam mandi khas untuk para wanita juga ada tau!
Selain itu, spa, restoran 24 jam dan pusat kecergasan turut ditawarkan oleh pihak hotel.
Goldsands Hotel Langkawi
Hotel Langkawi berkonsepkan Eropah klasik
Alamat: Lot 557 & 559, Bandar Pusat Kuah, 07000 Langkawi, Kedah
Telefon: 04-966 6666
Terletak 20 minit sahaja dari airport, anda dapat lihat warna kilauan emas bangunan hotel yang menyinari pandangan anda.
Goldsands Hotel Langkawi mempunyai 162 bilik paling cantik dan suite menarik.
Bertemakan Eropah klasik ini, ia menawarkan bathtub di setiap bilik.
Tambahan pula, kolam renang juga tersedia di bahagian bumbung hotel yang menghadap laut.
Dash Resort Langkawi
Hotel Langkawi tepi pantai
Alamat: Jalan Teluk Baru, Jalan Pantai Tengah, Mukim, 07000 Langkawi, Kedah
Telefon: 04-955 7171
Berkonsepkan boutique hotel, Dash Resort Langkawi berlokasi di pesisir Pantai Tengah.
Hotel terbaik Langkawi ini menampilkan bilik-bilik paling cantik yang elegan dan moden kontemporari.
Terdapat villa yang dilengkapi 2 bilik tidur bersama ruang tamu yang disediakan di sini.
Selain itu, anda boleh bersantai berenang di kolam renang luaran yang menghadap Laut Andaman.
S’ekar Pinang Langkawi
Hotel Langkawi di atas bukit
Alamat: 16 Kampung Ceruk Linchai, Bukit Lembu Mukim, 07000 Langkawi, Kedah
Telefon: 011-1000 0833
Inginkan privasi yang bebas dari hiruk-pikuk kota? Mungkin S’ekar Pinang Langkawi sesuai sebagai hotel terbaik Langkawi anda?
Hotel cantik di Langkawi ini terletak di atas bukit yang berhampiran Pantai Cenang.
Hotel terbaik di Langkawi ini menerapkan elemen tradisional bersama bilik paling cantik iaitu suite, villa dan chalet.
Bukan itu sahaja, kolam renang outdoor yang tersedia juga besar dan cantik tau!
Ombak Villa Langkawi
Hotel Langkawi berkonsepkan tradisi Melayu lama
Alamat: Lot 78, Jalan Kuala Muda, 07100 Langkawi, Kedah
Telefon: 04-955 8181
Namanya pun “ombak” jadi pastinya aktiviti yang disediakan juga berkaitan dengan sukan air kan?
Hotel cantik di Langkawi ini mengetengahkan gabungan konsep tradisi Melayu lama berserta moden kontemporari.
Bilik-bilik yang disediakan menawarkan pemandangan cukup indah dari Laut Andaman dan Gunung Mat Chinchang.
Jika aktiviti outdoor sukan air tidak dapat dijalankan, anda boleh juga bermain indoor game seperti congkak dan board game.
Ambong-Ambong Langkawi Rainforest Retreat
Hotel Langkawi yang dikelilingi hutan
Alamat: Jalan Pantai Tengah, 07000 Langkawi, Kedah
Telefon: 04-955 8428
Selain S’ekar Pinang Langkawi, hotel cantik di Langkawi ini turut menjanjikan privasi.
Dikelilingi kawasan hutan, Ambong-Ambong Langkawi Rainforest Retreat semestinya menenangkan.
Kedudukannya yang agak dalam dari kawasan pelancongan, hotel mewah di Langkawi ini ditemani dengan bunyi semulajadi.
Ia turut menawarkan fasiliti rawatan spa, bilik permainan, taman herba dan kolam renang.
The Westin Langkawi Resort & Spa
Hotel Langkawi 5 star
Alamat: Jalan Pantai, Jalan Dato Syed Omar, 07000 Langkawi, Kedah
Telefon: 04-960 8888
The Westin Langkawi Resort & Spa adalah antara hotel mewah di Langkawi berkelas 5 bintang.
Kemewahannya terserlah apabila memiliki private beach untuk diakses para tetamu serta 4 buah kolam renang.
Jika anda berpeluang menginap di premium ocean view room, anda dapat merasai tinggal di villa dengan pondok cabana peribadi bersama infinity pool.
Antara aktiviti yang disediakan iaitu mencanting batik, nature walk dan memerhati burung.
The St. Regis Langkawi
Hotel Langkawi untuk honeymoon
Alamat: Jalan Pantai Beringin, 07000 Langkawi, Kedah
Telefon: 04-960 6666
Mencari penginapan di Langkawi untuk destinasi honeymoon? The St. Regis Langkawi merupakan lokasi yang cukup menenangkan.
Anda boleh mencuba aktiviti menarik seperti mencanting batik bersama-sama di tepi pantai.
Selain itu, hotel terbaik di Langkawi ini turut menyediakan rawatan spa, kolam renang, gimnasium.
The Danna Langkawi
Hotel Langkawi dengan infinity pool terbesar
Alamat: Pantai Kok, 07000 Langkawi, Kedah
Telefon: 04-959 3288
Tahukah anda, terdapat sebuah hotel yang memiliki infinity pool terbesar di Pulau Langkawi?
Ya, anda boleh menemuinya di The Danna Langkawi. Hotel mewah di Langkawi ini juga mempunyai private beach.
Nak lebih seronok lagi, bolehlah menaiki hammock yang tergantung di pokok untuk anda melihat pemandangan sunset.
Selain spa, Kids’ Club, Game Room dan perpustakaan turut memenuhi ruangan kosong di hotel terbaik di Langkawi ini.
The Ritz-Carlton
Hotel Langkawi yang unik
Alamat: Jalan Pantai Kok, Teluk Nibung, 07000 Langkawi, Kedah
Telefon: 04-952 4888
Lagi hotel mewah di Langkawi yang cukup unik anda patut pergi ialah di The Ritz-Carlton. Ia menampilkan kombinasi elemen moden kontemporari dan tradisional.
Pemandangan Laut Andaman dan hutan hujan dapat dilihat dengan jelas di ruangan balkoni yang disediakan.
Lain daripada itu, infinity pool, taman permainan indoor dan outdoor juga didapati di sini.
0 comments:
Post a Comment