Ingin melawati atau mempelajari seni budaya warisan Adat Perpatih? Mari lawati tempat-tempat menarik di Kuala Pilah.
Kuala Pilah merupakan tempat menarik di Negeri Sembilan sebagai bandar ke-3 terbesar di negeri ini selepas Jempol dan Jelebu.
Ia digelar sebagai ‘Bandar Diraja Negeri Sembilan’ dengan bertempatnya sebuah istana diraja di sini. Selain itu, itik salai merupakan menu wajib anda cuba kalau dah sampai ke sini.
Senarai tempat menarik Kuala Pilah
Jika di negeri-negeri lain terkenal dengan Adat Temenggung, Adat Perpatih pula merupakan adat popular di sini.
Ia berkonsepkan harta warisan nenek moyang yang bakal diwarisi oleh anak perempuan yakni sebalik daripada Adat Temenggung.
Baca: 15 Hotel Tepi Pantai PD Yang Terbaik Untuk Bercuti
Oleh itu, kami senaraikan 18 tempat menarik Kuala Pilah untuk anda jadikan tempat percutian di Negeri Sembilan yang best.
Ladang Alam Warisan
Seni warisan adat resam orang Melayu
Alamat: Jalan Kampung Juar, Kampung Tanah Datar, 71550 Seri Menanti, Negeri Sembilan
Telefon: 012-346 0709
Nak pelajari kehidupan orang Melayu zaman dahulu? Anda boleh ke Ladang Alam Warisan yang sangat menarik di Negeri Sembilan ini.
Antara aktiviti yang ada iaitu menunggang kuda, memanah, permainan tradisional dan memberi makan kepada haiwan di mini zoo.
Nak lagi epik, anda boleh bergambar ketika melakukan aktiviti-aktiviti ini dengan memakai pakaian tradisional. Baru lah rare kan?
Waktu operasi: Selasa – Khamis & Sabtu – Ahad (9 pagi – 6 petang)
Muzium Diraja Seri Menanti
Muzium bersejarah di Negeri Sembilan
Alamat: Seri Menanti, 71550, Kuala Pilah, Negeri Sembilan
Telefon: 06-497 9653
Muzium Diraja Seri Menanti diwartakan sejak tahun 1922 dan pernah menjadi kediaman istana diraja pada tahun 1900 an.
Muzium di bandar Kuala Pilah ini terdiri daripada Balai Rong Seri, Balai Raja Muda, Bilik Santapan dan Bilik Beradu yang masih sama seperti kedudukan asal istana.
Ia diperbuat hanya pasak tanpa sebarang paku bersama 99 buah tiang batu kayu jenis ‘penak’.
Galeri Teratak Bonda Jeliah
Koleksi barangan antik di Kuala Pilah
Alamat: Kampong Juar, Negeri Sembilan, Malaysia
Telefon: –
Anda penggemar barangan-barangan antik? Bolehlah ke tempat menarik Kuala Pilah yang penuh dengan ribuan lambakan koleksi antik yang berbagai jenis dan saiz.
Apabila anda melihat koleksi-koleksi di Galeri Teratak Bonda ini, pastinya akan mengimbau kembali ke zaman 70 ke 80 an!
NS Dairy Farm
Ladang lembu di Kuala Pilah
Alamat: Rembang Panas, Juasseh, No.3720, Jalan Padang Ragut, 72000 Kuala Pilah, Negeri Sembilan
Telefon: 03-4106 0575
Jika di Kepulauan Borneo ada Kundasang, di semenanjung pula ada Kuala Pilah yang mempunyai ladang lembu ala-ala New Zealand ini.
NS Dairy Farm merupakan ladang lembu dan kambing yang menyertakan aktiviti-aktiviti yang menarik.
Antaranya ialah melawat zoo mini, flying fox, monkey walk dan walk climbing. Pengunjung juga boleh minum susu kambing fresh.
Tempat menarik di Negeri Sembilan ini turut menyediakan farmstay untuk anda yang inginkan pengalaman yang unik tinggal dalam kawasan ladang.
Waktu operasi: Setiap hari (9 pagi – 5 petang)
Teratak Zaaba
Muzium tentang tokoh Za’ba di Kuala Pilah
Alamat: Kampong Bukit Kerdas, 72100 Batu Kikir, Negeri Sembilan
Telefon: 06-498 5193
Zainal Abidin Bin Ahmad atau dikenali sebagai Za’ba merupakan tokoh penulis melayu yang terkenal pada suatu ketika dahulu.
Maka, sebuah rumah kayu tradisional yang merupakan tempat yang cantik diperkenalkan bagi menghargai jasa beliau.
Dikenali sebagai Teratak Zaaba, ia menempatkan segala barangan peribadi milik Za’ba.
Antaranya ialah Al-Quran, mesin taip, kipas lama dan perabot kayu.
Waktu operasi: Setiap hari (10 pagi – 5 petang)
Pilah Kontenastay
Homestay berkonsepkan kontena di Kuala Pilah
Alamat: No 40 1/2 72000, Batu, 23, Jalan Kuala Pilah, Kampung Parit Tengah, 70400 Seremban, Negeri Sembilan
Telefon: 012-275 6862
Bosan dengan penginapan jenis hotel? Inginkan tempat percutian di Negeri Sembilan yang unik? Jom ke Pilah Kontenastay!
Tempat cantik ini pastinya memberikan anda pengalaman menginap di dalam kontena dengan suasana kampung.
Tambahan pula, terdapat dusun buah-buahan berdekatan penginapan ini. Baru lah feel macam di kampung kan?
Kampungstay Laman Ejo
Homestay berkonsepkan banglo di Kuala Pilah
Alamat: Lot 4450, Kampung Tengah, Ulu Panglang, 71550 Seri Menanti, Negeri Sembilan
Telefon: 012-399 8793
Mencari tempat percutian di Negeri Sembilan secara berkumpulan? Anda boleh menginap di Kampungstay Laman Ejo.
Tempat cantik ini terletak berhampiran Taman Rekreasi Ulu Bendul dan Muzium Diraja Seri Menanti.
Ia memiliki 2 rumah banglo yang terletak bersebelahan iaitu Banglo Santalia dan Banglo Fucida.
Tambahan pula, terdapat juga blok dormitory yang mampu memuatkan seramai 24 orang.
Laman Gentam
Laman untuk majlis rasmi di Kuala Pilah
Alamat: 48, 9, Kampung Gentam Tengah, 72000 Kuala Pilah, Negeri Sembilan
Telefon: 013-266 1313
Mencari tempat yang luas untuk meraikan aktiviti keramaian di sekitar Kuala Pilah?
Laman Gentam adalah lokasi yang sesuai. Tempat menarik di Kuala Pilah ini memiliki tempat yang cantik dengan laman yang menghijau.
Antara acara yang sesuai ialah meeting, majlis rasmi dan majlis resepsi perkahwinan.
Waktu operasi: Isnin – Jumaat (9 pagi – 5 petang) & Sabtu (9 pagi – 1 petang)
Gunung Angsi
Gunung di Kuala Pilah
Alamat: Gunung Angsi, Negeri Sembilan
Telefon: –
Para hikers di luar sana, mari tawan Gunung Angsi yang berketinggian 825 m ini!
Tempat menarik Kuala Pilah ini merupakan destinasi awal para hikers kunjungi sebelum mandi-manda di Taman Rekreasi Ulu Bendul.
Terdapat 2 jenis laluan pendakian yang disediakan untuk anda menawan gunung ini.
Iaitu trailhead Ulu Bendul dan Bukit Putus. Beza laluan ini adalah laluan Bukit Putus lebih santai.
Taman Rekreasi Ulu Bendul
Tempat menarik untuk keluarga di Kuala Pilah
Alamat: Tanjung Ipoh, Negeri Sembilan
Telefon: –
Dah puas tawan Gunung Angsi? Mari bersantai ke Taman Rekreasi Ulu Bendul pula!
Tempat ini menjadi tempat yang cantik untuk keluarga beriadah di hujung minggu. Ia juga sesuai sebagai tapak perkhemahan.
Selain air terjun Kuala Pilah, terdapat kolam buatan manusia yang sesuai untuk setiap golongan bermandi-manda.
Antara tarikan lain yang berdekatan lokasi ini ialah Taman Ular Sawa dan Taman Herba.
Jeram Tengkek
Hidden gems di Kuala Pilah
Alamat: 72200 Batu Kikir, Negeri Sembilan
Telefon: –
Selain Ulu Bendul, Jeram Tengkek juga sesuai untuk bermandi-manda. Terdahulu ia merupakan kawasan pendakian bukit yang bertingkat oleh peneroka.
Aliran airnya sangat jernih dek kerana kawasannya yang tidak begitu dikenali seperti tempat mandi-manda yang lain.
Selain itu, anda boleh melawat perkampungan Orang Asli yang terletak di sini.
Wave Rock, Bukit Baginda
Aktiviti hiking di Kuala Pilah
Alamat: Kampung Majau, 72200 Batu Kikir, Negeri Sembilan
Telefon: –
Lagi tempat menarik untuk hiking di Wave Rock, Bukit Baginda. Terletak berhampiran dengan Jeram Tengkek memudahkan bukit di Negeri Sembilan ini diakses.
Bezanya kawasan ini berbanding tempat pendakian yang lain ialah dengan adanya Wave Rock iaitu ‘Batu Berombak’.
Penemuan ini mendapat perhatian daripada hikers di luar negara seperti Jepun dan Perancis.
Bukit Senaling
Bukit awan karpet
Alamat: Unnamed Road, 72000 Kuala Pilah, Negeri Sembilan
Telefon: 017-224 9601
Nak tengok ‘awan karpet’ yang terbentang luas? Anda boleh mendaki ke tempat cantik ini.
Bukit Senaling yang memiliki ketinggian 394 m ini amat sesuai untuk anda yang berjinak-jinak dalam dunia hiking ini.
Sebelum itu, anda perlu mendapatkan kebenaran dari Ulu Senaling Hikers terlebih dahulu kerana perjalanan akan melalui beberapa private property.
ATV Kg Jkin Extreme Park
Aktiviti outdoor di Kuala Pilah
Alamat: 361, 70400 Jalan Bukit Putus Lama Seremban-Kuala Pilah, 70400 Seremban, Negeri Sembilan
Telefon: 011-2089 3883
Anda suka aktiviti outdoor yang ekstrem? Jom cabar diri anda di ATV Kg Jkin Extreme Park!
Antara aktiviti yang disediakan ialah flying fox, hiking, rock climbing, extreme swing, MTB Funride dan aktiviti sukan air. Mencabar bukan?
Bukan itu sahaja, salah satu tempat menarik di Seremban dan Kuala Pilah ini turut menyediakan tempat penginapan serta tapak perkhemahan untuk anda bermalam.
Kodai Makan Ain
Tempat makan menarik di Kuala Pilah
Alamat: Blok A, Perkampungan Budaya, Terachi, 71500 Tanjung Ipoh, Negeri Sembilan
Telefon: 019-682 9253
Nak rasa masakan Negeri Sembilan yang terbaik? Mari menjamu selera di kedai makan Kuala Pilah yang terkenal iaitu Kodai Makan Ain.
Untuk makluman anda, kodai bermaksud kedai di dalam dialek Negeri Sembilan.
Tempat makan best di Kuala Pilah ini menyajikan pelbagai lauk-pauk negeri ini yang menyelerakan di samping saiznya luas.
Antara lauk yang dihidangkan ialah itik/daging salai, telur, gulai ayam dan telur itik yang sedap dimakan bersama nasi panas. Memang sodap aii!
Waktu operasi: Sabtu – Khamis (8 pagi – 5 petang)
Pasar Tani Kuala Pilah
Pasar pagi di Kuala Pilah
Alamat: Taman Pilah Jaya, 72000 Kuala Pilah, Negeri Sembilan
Telefon: –
Anda berada di Kuala Pilah pada hari Sabtu? Kunjungi Pasar Tani Kuala Pilah yang dibuka seawal jam 7 pagi.
Pelbagai barangan keperluan harian yang terbaik dengan harga berpatutan yang terdapat di sini.
Selain barangan asas, produk salai seperti itik salai, ikan salai dan daging salai turut terkenal di sini.
Waktu operasi: Sabtu (7 pagi – 12 tengahari)
Makam Tuan Tulis
Makam ulama di Kuala Pilah
Alamat: Kampung Kuala Talang, 71500 Tanjung Ipoh, Negeri Sembilan
Telefon: –
Kecekalan beliau dalam mencari ilmu wajar dijadikan inspirasi pada anak muda generasi kini.
Sebuah bangunan dibina di makam Tuan Tulis yang dititahkan oleh YDP Besar Negeri Sembilan bagi memperingati kecekalan tokoh ini.
Haji Ismail Bin Hussein merupakan seorang ulama yang sanggup menyalin buku yang dipinjam dari rakan-rakannya dek kerana kemiskinan yang dihadapi.
Ekoran daripada itu, beliau digelar sebagai ‘Ismail Tulis’ ataupun ‘Tuan Tulis’.
Tapak Megalitik
Tapak bersejarah di Kuala Pilah
Alamat: 35, 51, Kampung Baharu Ulu Bendol, 71500 Tanjung Ipoh, Negeri Sembilan
Telefon: –
Megalitik bermaksud zaman tertua sebelum paleolitik dan mesolitik logam. Di sinilah wujudnya Tapak Megalitik.
Terdapat batu hidup yang berupa batu nisan yang terdapat di sini. Di mana saiz batunya makin panjang dan membesar.
Menurut cerita lisan, salah satu batu hidup adalah milik batu nisan kubur ‘Tok Bongkok’ dan berkeramat.
0 comments:
Post a Comment