loading...

Wednesday, 6 September 2023

10 Tempat Menarik Untuk Team Building Di Port Dickson Terbaik

Dalam kesibukan kerja harian, apa kata kalau kita ‘plan’ buat aktiviti team building di Port Dickson pada hujung bulan ni? Sebab apa Port Dickson?

Sebabnya, Port Dickson atau singkatannya ‘PD’, mempunyai pantai yang cantik dan pelbagai pilihan ‘team building venue’ yang menarik. 

Selain itu, anda juga boleh merancang pelbagai game untuk team building seperti permainan pantai, indoor game, sukaneka, berkayak, treasure hunt, ice breaking dan banyak lagi.

Senarai tempat menarik untuk team building di Port Dickson

Kalau anda sedang mencari tempat yang sesuai untuk team building, di bawah ini terdapat beberapa pilihan terbaik untuk ‘team building venue’ dan pakej team building Port Dickson yang boleh anda pilih.

Eagle Ranch Resort Port Dickson

Eagle Ranch Team Building Packages

Alamat: Lot 544, Batu 14, Jalan Pantai, 71250 Port Dickson, Negeri Sembilan, Malaysia

Telefon: +606 6610 495

Hanya setengah jam perjalanan dari KL, resort ini menawarkan aktiviti outdoor & indoor yang menarik untuk semua, dari percutian keluarga hingga pasukan korporat.

Eagle Ranch Resort juga memiliki penginapan unik seperti kabin kayu, chalet paddock, rumah kampung di atas kolam memancing, dan khemah tepee. 

Setiap penginapan ini dilengkapi dengan kemudahan moden seperti katil, peti sejuk, tv dan banyak lagi. 

Bukan itu sahaja, penginapan ini dikelilingi alam semula jadi dan udara sejuk yang menyegarkan, mencipta suasana ideal untuk outdoor activity.

Terdapat 3 pakej team building: day trip, 2d 1n team building dan 3d 2n team building.

Antara aktiviti pembinaan pasukan yang tersedia termasuk go-kart, night jungle walk, flying fox, treasure hunt, berakit, futsal, cabaran survival, aktiviti malam dan banyak lagi.

Jadi, jika anda mencari tempat dikelilingi alam semulajadi untuk berehat atau mengeratkan hubungan pasukan anda, Eagle Ranch Resort adalah pilihannya!

Villea Port Dickson

Ilham Resort Team Building Packages

Alamat: Batu 10 Tanjung Biru, 71050, Port Dickson, Malaysia

Telefon: +60 66626800

Terdahulu dikenali sebagai PNB Ilham Resort Port Dickson, kini ia telah dijenamakan semula sebagai Villea Port Dickson.

Terletak berhampiran Pantai Sri Purnama dan Taman Eko Rimba Tanjung Tuan, ia menawarkan penginapan keluarga yang menarik dengan ‘view’ laut dan alam semula jadi yang indah.

Salah satu tarikan utama hotel ini adalah Taman Eko Rimba Tanjung Tuan, destinasi eko pelancongan yang membolehkan pengunjung melakukan aktiviti mendaki dan beriadah.

Hotel 4 bintang ini sangat popular dalam kalangan keluarga untuk percutian hujung minggu dan juga menjadi pilihan syarikat yang ingin mengadakan aktiviti team building atau ‘meeting’.

Kadar bilik: Bermula dari RM 265

Ulasan pengunjung:

"Ruang besar untuk keluarga saya dan sangat selesa..anak-anak saya sangat suka kolam kanak-kanak..makanan sarapan pagi juga sangat lazat dan mempunyai banyak pilihan..."

Avillion Port Dickson Spa & Beach Resort

Avillion Port Dickson Team Building

Alamat: Batu ke-3, 71000, Port Dickson, Malaysia

Telefon: +6066476688

Jom adakan team building 3 hari 2 malam di resort Avillion Port Dickson!

Apa yang menarik, resort pantai ini pernah memenangi anugerah di Malaysia  dan menempatkan 258 bilik, chalet dan vila yang direka berkonsepkan seni bina perkampungan nelayan.

Di samping bilik yang luas dan bersih, pengunjung juga boleh menikmati pemandangan pantai yang indah.

Ini tempat yang bagus untuk pembinaan pasukan korporat kerana terdapat ‘Tough Nation’, aktiviti memanah, aktiviti pantai, ruang seni, avillion cruises, sukan air, bilik permainan, dan banyak lagi.

Kadar bilik: Dari RM 273

Ulasan pengunjung:

“Hotel ini akan sentiasa menjadi kegemaran kami apabila di PD. Kanak-kanak boleh berseronok di kolam renang dan juga di pantai. terdapat banyak aktiviti seperti spa, memancing, membelai haiwan, nature walk dan lain-lain…”

Corus Paradise Resort Port Dickson

Pakej bina pasukan di Corus Paradise Resort

Alamat: h-l-1-5, 3.5km, Jalan Pantai, 71000, Port Dickson, Malaysia

Telefon: 606-647 7600

Sedia untuk mengisi semangat pasukan anda? Jom sertai pakej pembinaan pasukan di resort yang menarik, Corus Paradise Port Dickson! 

Selain pakej team building dan family day, Resort Corus Paradise turut menawarkan pakej mesyuarat, majlis perkahwinan, ulang tahun / sambutan hari lahir dan pakej penjagaan kesihatan.

Resort di Port Dickson ini menawarkan pelbagai aktiviti menarik untuk memperkukuhkan semangat berpasukan.

Selain itu, nikmatilah pemandangan tepi pantai dan ‘sunset’ yang menakjubkan sambil memupuk potensi penuh pasukan anda.

Kadar bilik: Bermula dari RM 184

Ulasan pengunjung:

“Salah satu hotel terbaik dengan pemandangan laut. lokasi baik, agak dekat dengan bandar…”


Thistle Port Dickson Resort

Thistle Hotel Port Dickson team building

Alamat: KM 16, Teluk Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan

Telefon: +606 6482892

Tidak jauh dari Pantai Biru dan Tanjung Tuan, Thistle Hotel Port Dickson ini antara pilihan terbaik untuk percutian keluarga, percutian romantik atau team-building.

Selain itu, pusat peranginan ini mempunyai 251 bilik, spa, gym, ruang kerja, kolam renang yang luas serta kem SWAT yang sesuai untuk aktiviti team-building.

Antara aktiviti membina pasukan yang tersedia termasuk high & low rope course, thistle explore race, ultimate challenge, crusoe’s rafting, mencari harta karun, aktiviti pantai, sesi pengenalan dan sukaneka.

Kadar bilik: Bermula dari RM 307 semalam

Ulasan pengunjung:

“Kakitangan sangat membantu dan sentiasa dengan senyuman. Terima kasih kerana menjadikan penginapan kami sebagai salah satu percutian terbaik..”

Hotel Lexis Port Dickson

Resort Port Dickson ala Bali untuk team buiding

Alamat: Batu 2, Jalan Seremban, 71000 Port Dickson, Negeri Sembilan

Telefon: 06-653 2200

Terletak hanya 2 km dari tengah-tengah Port Dickson, resort Lexis menawarkan pengalaman percutian yang unik berinspirasikan Bali.

Malah, setiap unit chalet dihiasi batu bali dan mempunyai balkoni peribadi yang menawarkan pemandangan sekitar yang indah. 

Bagi yang menginap di chalet atas air, anda juga akan menikmati panel lantai kaca lutsinar yang membolehkan anda melihat keindahan air laut.

Lexis Port Dickson juga menawarkan banyak aktiviti yang sesuai untuk team building seperti memancing, memanah, berbasikal, bermain bola sepak pantai, bola tampar, dan berlayar.

Kadar bilik: Bermula dari RM 280

Ulasan pengunjung:

“Hotel yang hebat untuk menginap. Bilik besar dengan kolam renang peribadi. Sangat mesra kanak-kanak. Ada permainan dalaman, kolam besar, kolam renang kanak-kanak dan lain-lain..”

X Park Port Dickson

Go kart Port Dickson

Alamat: Jalan Pantai Batu 13 KM 21, Mukim Pasir Panjang, Negeri Sembilan, 71250 Port Dickson

Hubungi: 012-762 2913

x park port dicskon (1)

Anda pengemar aktiviti lasak? Jom kunjungi X Park Port Dickson!

Ia adalah tempat terbaik untuk program pembinaan pasukan, aktiviti harian bersama rakan-rakan, atau percutian keluarga.

Tempat menarik di Port Dickson ini menawarkan pelbagai aktiviti termasuk go-kart, ATV, memanah, dan permainan paintball.

Dikelilingi alam semulajadi, tempat menarik PD ini sesuai untuk semua peringkat umur, baik orang dewasa mahupun kanak-kanak berumur 12 tahun ke atas. 

Segar Recreation Eco Park

Taman rekreasi untuk team building di Port Dickson

Alamat: 64, Jalan DS 2/1, Bandar Dataran Segar, 71010 Port Dickson, Negeri Sembilan

Hubungi: 012-611 7379

segar city port dickson

Di ‘Segar City’, terdapat sebuah taman rekreasi yang sesuai untuk aktiviti team building atau lepak bersama rakan sekerja.

Tempat menarik di Port Dickson ini menawarkan aktiviti termasuk low rope, obstacle challenges, flying fox, high rope, junior rope, rock climbing dan abseiling.

Lebih menarik, terdapat kemudahan taman berbasikal, fire camping site, drift-car track, BBQ camping, dan tempat memanah.

Selepas seharian beraktiviti, tempahlah penginapan berkonsepkan semula jadi sama ada Farm House atau Country House.

Uncle Wong Happy Farm

Aktiviti atv Port Dickson untuk team building

Alamat: Lot 11886, Bukit Permata, 71010 Lukut, Negeri Sembilan

Telefon: 011-54191343

Kalau anda dan pasukan suka aktiviti outdoor serta sukan lasak, Uncle Wong Happy Farm adalah tempat yang sesuai untuk aktiviti team building di Port Dickson. 

‘Team building venue’ ini menawarkan pelbagai aktiviti best seperti berkayak, menaiki ATV dan pedal boat.

Malah, kawasannya sangat luas dengan beberapa laluan ATV yang berbeza dan terdapat juga tasik di dalam taman untuk aktiviti air.

Untuk aktiviti team building yang lebih bermakna, Uncle Wong Happy Farm turut menyediakan kemudahan tapak camping dan BBQ.

Inilah peluang terbaik untuk bersantai, menghabiskan masa bersama, makan dan bercerita di unggun api.

Ancasa Residence

Apartment menarik untuk team building

Alamat: 8 1/2, Jalan Pantai Teluk Kemang, Tanjung Tanah Merah, 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan

Telefon: +606-662 7288

Dengan pakej serendah RM 850 (20-39 pax) untuk 2 hari 1 malam, anda dan pasukan boleh menginap dengan selesa dan melakukan pelbagai aktiviti team building menarik.

Senang sahaja, anda boleh booking pakej team building Port Dickson dengan pihak Radiant Retreat dan mereka akan menguruskan semuanya.

Selain itu, pakej ini termasuk twin sharing dalam apartmen 2 bilik tidur dan apartmen 3 bilik tidur, sewaan dewan, makanan hotel, program sepanjang penginapan dan juga hadiah untuk peserta.

Kadar bilik: Dari RM 172 semalam

Ulasan pengunjung:

"Sesuai untuk aktiviti keluarga/berkumpulan. pangsapuri bersih & kemas. Bilik sangat luas, tilam selesa, bantal lembut. Pool best, paling penting ada acess ke Pantai Teluk Kemang.."

0 comments:

Post a Comment

loading...