Kuala Lumpur dan Selangor bukan sahaja destinasi yang menarik bagi orang dewasa, malah memiliki banyak pilihan tempat menarik untuk kanak-kanak.
Untungnya, bandar ini menawarkan pelbagai tempat permainan di KL yang sesuai untuk semua peringkat umur.
Dan banyak daripadanya adalah tempat menarik untuk kanak-kanak percuma.
Jadi, jika anda mencari tempat best bawa anak bercuti, aktiviti outdoor untuk kanak-kanak atau mencari tempat untuk sambut birthday anak di KL, teruskan membaca!
Senarai Tempat Menarik Untuk Kanak-kanak
Berjaya Times Square Theme Park
Taman tema indoor terbesar di Malaysia
Alamat: Berjaya Times Square, 5th and 7th Floor, 1, Jln Imbi, Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur
Telefon: 0321173118
Salah satu tempat menarik untuk kanak-kanak adalah Berjaya Times Square Theme Park, yang terletak di dalam kompleks membeli-belah Berjaya Times Square yang terkenal.
Taman tema ini menawarkan pelbagai permainan dan tarikan yang sesuai untuk semua peringkat umur, termasuk kanak-kanak berusia 1 tahun hingga dewasa.
Di sini, terdapat dua bahagian utama:
- Galaxy Station – direka untuk orang dewasa dan kanak-kanak berumur lebih 13 tahun. Antara tarikan di sini termasuk Dizzy Izzy, Supersonic Odyssey, Space Attack, Bumper Cars, Pirate’s Revenge, Cosmic Chaos, dan Galaxy Station Arcade.
- Fantasy Garden – kawasan yang sesuai untuk kanak-kanak yang lebih kecil. Beberapa tarikan di sini termasuk Terry’s Carnival Games, Merry-go-round, Crochet Playground, Vengeful Spirits, dan Rough Seas.
Taman 99 Wonderland
Taman menarik pada waktu malam
Alamat: Jalan 13a, Pusat Bandar Utara Selayang, 68100 Batu Caves, Selangor
Telefon: 012-5513099
Uniknya, ini adalah taman rekreasi pertama di KL yang menawarkan tarian air pancut berirama, lampu LED yang cantik serta pelbagai haiwan dalam konsep terbuka.
Selain daripada 34 tarikan dan 99 spesies haiwan, tempat menarik ini juga menyediakan suasana ceria dan pemandangan yang indah pada waktu malam.
Landskap juga indah dan pengunjung boleh membelai serta memberi makan haiwan. Mari luangkan masa bersama keluarga di Taman 99 Wonderland!
Pinkfong Baby Shark Adventure Ville
Taman indoor baby shark
Alamat: Pinkfong Baby Shark Adventure, Setia City Mall, Shah Alam, Selangor
Telefon: N/A
Taman permainan dalaman Baby Shark Adventure kini ada di beberapa pusat membeli-belah popular, seperti United Point Mall, Paradigm Mall, Pavilion Bukit Jalil, dan Quayside Mall.
Tempat ini penuh dengan peralatan permainan dan aktiviti yang seronok untuk budak-budak.
Sesuai untuk kanak-kanak yang berumur di bawah 12 tahun. Jadi, jom bawa anak-anak anda ke sini untuk bermain!
Little Pirates Playland
Taman permainan bertema lanun
Alamat: Little Pirates Playland, Pavilion Bukit Jalil, Kuala Lumpur
Telefon: N/A
Jom ajak anak anda ke Little Pirates Playland seluas 16,000 kaki persegi!
Di sini terdapat lebih daripada 20 aktiviti seronok seperti pulau lanun, memanjat, gim hutan, gelongsor, kolam bola, trampolin, dan banyak lagi!
Sebelum masuk taman permainan ini, digalakkan memakai stokin dan kanak-kanak perlu ditemani orang dewasa.
Dalam ini juga ada tandas, bilik parti dan ruang rehat untuk ibu bapa. Sesuai untuk budak-budak dari umur 1 tahun ke atas.
Sunway Pyramid Ice Skating
Meluncur ais di Kuala Lumpur
Alamat: Sunway Pyramid Mall, Kuala Lumpur
Telefon: N/A
Nak lari dari cuaca panas bandar KL? Cubalah meluncur ais di Sunway Pyramid!
Menarik lagi, gelanggang ais yang besar ini merupakan hiburan sukan ais bertaraf dunia yang pertama di Malaysia.Pengunjung boleh belajar cara meluncur ais dengan jurulatih professional.
Gelanggang ais Sunway Pyramid ini juga pernah jadi tuan rumah kejohanan berprestij terkenal seperti Skate Asia, Skate Malaysia dan World Ice Hockey 5’s.
Semua orang, termasuk kanak-kanak berumur 4 tahun ke atas, boleh join aktiviti ni!
NextGen Theme Park
Taman tema edutainment dalaman terbesar di Malaysia
Alamat: S603-S610, Level 2, 1 Utama E, 1 Utama Shopping Centre, Central Park Avenue, Bandar Utama, 47800 Petaling Jaya, Selangor
Telefon: 016-936 3068
Seterusnya, NextGen Theme Park yang terletak di One Utama. Taman tema indoor seluas 45,000 kaki persegi ini menawarkan taman permainan kanak-kanak dan ‘Play City’.
Apa yang menarik, tempat mesra keluarga ini menampilkan zon trampoline, pusat karaoke, zon arked, bubble bang, rock climbing, party room, enrichment hub, zon gaming dan kafe.
Tidak ketinggalan, terdapat Ninja Challenge Arena dan ‘mini sky playground’ dengan gelongsor pelangi serta bola-bola kecil yang menyeronokkan.
Kanak-kanak juga boleh bermain seolah-olah mereka dalam kedai roti, balai bomba, balai polis, dan pasar raya. Buat ibu bapa pula,terdapat banyak tempat lepak dan menunggu anak-anak bermain.
i-City Shah Alam
Tempat menarik pada waktu malam di Selangor
Alamat: i-city Shah Alam, Selangor
Telefon: N/A
Destinasi popular di Selangor ini menawarkan banyak aktiviti menarik untuk semua peringkat umur, dari kanak-kanak hingga remaja dan dewasa.
Berikut adalah beberapa aktiviti menarik yang boleh dilakukan di i-City Shah Alam:
- Snowalk yang sejuk
- FunWorld yang penuh permainan
- WaterWorld, taman air untuk keluarga
- Trick Art Museum dengan Seni 3D menarik
- City of Digital Lights yang bercahaya dengan lampu LED
- Red Carpet Wax Museum dengan patung lilin selebriti
- Ferris Wheel dengan pemandangan indah dari ketinggian
Jadi, i-City Shah Alam adalah tempat yang sangat sesuai untuk percutian bersama keluarga dan berseronok bersama rakan-rakan.
Taman Burung Kuala Lumpur
Taman burung
Alamat: 920, Jalan Cenderawasih, Tasik Perdana, 50480 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia
Telefon: +60322721010
Tempat menarik di KL ini sesuai untuk kanak-kanak yang meminati haiwan dan alam sekitar.
Mereka boleh melihat pelbagai spesies burung yang cantik dan eksotik di taman ini. Antaranya burung merak biru, merpati Crowned, burung kakak tua dan banyak lagi.
Malah, aktiviti ini dapat meningkatkan kesedaran anak-anak tentang kepelbagaian alam sekitar dan perlindungan haiwan.
Waktu operasi: Isnin – Ahad (9 pagi – 5:30 petang)
Harga tiket: Dewasa (RM 50) | Kanak-kanak 3-11 tahun (RM 32) | Bawah 2 tahun (Percuma)
Petrosains
Muzium sains interaktif
Alamat: Petronas Twin Tower, Level 4, Kuala Lumpur City Centre, 50088 Kuala Lumpur, Malaysia
Telefon: +603-2331 8787
Petrosains adalah destinasi yang sangat sesuai untuk kanak-kanak yang meminati sains dan teknologi.
Di sini, mereka dapat belajar sambil bermain dengan aktiviti interaktif yang mencabar minda.
Pameran sains yang menarik di Petrosains pasti akan memukau anak-anak dan memberikan mereka pengalaman pembelajaran yang unik.
Selain Petrosains, ibu bapa juga perlu bawa anak mereka ke Pusat Sains Negara.
Waktu operasi: Isnin-Jumat (9:30 pagi–5:30 petang) & Sabtu-Ahad (9:30 pagi–6:30 petang)
Tiket: Dewasa RM28 | Kanak-kanak RM18 | Pelajar RM15
Aquaria KLCC
Aquarium terbesar di Malaysia
Alamat: Kuala Lumpur Convention Centre, Jalan Pinang, Kuala Lumpur City Centre, 50088 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Telefon: 0323331888
Aquaria KLCC adalah destinasi yang sangat sesuai untuk kanak-kanak yang sukakan kehidupan bawah laut.
Mereka boleh mengagumi haiwan laut dari dekat dalam akuarium yang besar.
Pengalaman berjalan di bawah terowong bawah laut adalah pengalaman yang pasti akan memukau mereka.
Jom belajar tentang kehidupan marin di Aquaria KLCC!
The Parenthood, Sunway Pyramid
Tempat sambut birthday di Kuala Lumpur
Alamat: SPWF003, First Floor, Green Zone Sunway Pyramid Shopping Mall, 3, Jalan PJS 11/15, Bandar Sunway, 47500 Petaling Jaya, Selangor
Telefon: 0356505122
Jika anda merancang untuk meraikan ‘birthday’ anak anda dengan lagi gempak, The Parenthood di Sunway Pyramid adalah pilihan yang terbaik.
Tempat ini menawarkan pelbagai aktiviti seperti taman permainan dalam ruangan, gelanggang lasertag, dan banyak lagi.
Anda juga boleh mengadakan majlis ulang tahun yang menyeronokkan di sini dengan pelbagai pakej yang disediakan.
SuperPark Avenue K
Tempat bermain indoor dan sambut birthday
Alamat: Unit 4-1, Level 4 Avenue K Shopping Mall, 156, Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur
Telefon: 0123011040
Terletak di pusat bandar, destinasi menarik ini menawarkan pelbagai aktiviti yang sesuai untuk kanak-kanak dan dewasa.
Terdapat tiga zon utama:
- Adventure Area – Sesuai untuk kanak-kanak yang ingin mencabar diri dengan aktiviti luaran yang menyeronokkan seperti panjat tebing dan ziplining.
- Game Area – Di sini, terdapat pelbagai permainan sukan seperti badminton, street basketball, dan bola sepak robotik yang sesuai untuk kanak-kanak yang aktif.
- Freestyle Hall – Zon ini membolehkan kanak-kanak bermain dengan permainan yang menarik seperti trampolin, parkour, dan skateboarding.
Malah, ini tempat yang ideal untuk kanak-kanak beraktiviti, bersosial, dan menjalani pengalaman sukan yang menyeronokkan bersama keluarga.
Di samping itu, Avenue K SuperPark juga menawarkan pelbagai pakej menarik untuk pengunjung seperti pakej ulang tahun, pakej keluarga, sekolah dan korporat.
Zoo Negara
Zoo terbesar di Malaysia
Alamat: Jalan Taman Zooview, Taman Zooview, 68000 Ampang, Kuala Lumpur, Selangor, Malaysia
Telefon: 0341083422
Zoo Negara merupakan salah satu tempat menarik untuk kanak-kanak dan juga tempat best untuk bawa anak bercuti.
Terletak di Ampang, Selangor, zoo ini menempatkan lebih daripada 4,000 haiwan dari 400 spesies yang berbeza.
Anda boleh melihat binatang-binatang seperti gajah, harimau, dan orangutan dalam persekitaran yang semulajadi.
Terdapat juga aktiviti menarik seperti pertunjukan burung, pertunjukan singa laut, program pendidikan dan banyak lagi.
Waktu operasi: Setiap hari (9 pagi – 5 petang)
Harga tiket: Dewasa (RM50) & Kanak-kanak 3-12 tahun (RM25)
KidZania Kuala Lumpur
Tempat belajar sambil bermain
Alamat: Curve Nx, 18, Jalan PJU 7/5, Mutiara Damansara, 47810 Petaling Jaya, Kuala Lumpur Selangor, Malaysia
Telefon: N/A
KidZania Kuala Lumpur, adalah destinasi yang sempurna untuk kanak-kanak yang ingin belajar sambil bermain. Konsep di sini juga unik dan menarik.
Di sini, anak-anak dapat merasai pengalaman menjadi seorang doktor, jururawat, pemadam kebakaran, atau pelbagai watak lain dalam suasana yang selamat dan terkawal.
Terdapat lebih daripada 60 aktiviti peranan yang disediakan untuk kanak-kanak berumur 4 hingga 14 tahun, tapi kanak-kanak berumur 2-3 tahun juga boleh mengunjungi KidZania
Aktiviti di KidZania juga membantu kanak-kanak memahami dunia dewasa dengan cara yang menyeronokkan dan mendidik.
Tambahan pula, terdapat pakej ulang tahun untuk kanak-kanak.
Taman Tasik Metropolitan
Berjoging, berkelah atau main layang-layang
Alamat: Jalan Lingkaran Tengah 2, 7, Pavement, Taman Metropolitan Kepong, 52100 Kepong, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Telefon: N/A
Apa yang menarik di Taman Tasik Metropolitan? Taman ini menawarkan suasana tenang dengan pemandangan alam semula jadi dan sesuai untuk berjoging, berbasikal, atau sekadar bersantai.
Selain itu, terdapat juga aktiviti outdoor untuk kanak-kanak seperti main layang-layang dan bermain di taman permainan kanak-kanak
Keluarga juga boleh mengadakan aktiviti berkumpulan seperti berkelah atau picnic di kawasan persekitaran tasik yang hijau.
Taman Botani Perdana
Taman awam terbesar di Kuala Lumpur
Alamat: Jalan Kebun Bunga, Tasik Perdana, 55100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Telefon: 0322760432
Taman Botani Perdana adalah salah satu tempat menarik percuma di KL yang menawarkan pengalaman alam semula jadi yang menenangkan.
Dengan kawasan taman awam yang luas, ia sangat sesuai untuk aktiviti outdoor bersama keluarga dan kanak-kanak.
Di sini, anda boleh berkelah, berbasikal, berjoging dan berjalan-jalan di sepanjang jalan yang dikelilingi oleh pelbagai jenis pokok dan bunga yang cantik.
Kanak-kanak juga dapat bermain dengan gembira di taman permainan yang dilengkapi dengan permainan luaran yang seronok seperti ayunan, taman pasir, dan banyak lagi.
Selain itu, terdapat juga banyak tarikan menarik di taman ini seperti Taman Orkid, The Hibiscus Park, Lake Gardens, and National Planetarium.
Jungle Gym
Taman permainan indoor
Alamat: 2nd Floor, Atria Shopping Gallery, Jalan SS 22/23, Damansara Jaya, 47400 Petaling Jaya, Selangor
Telefon: 0377317193
Jungle Gym adalah salah satu tempat menarik untuk kanak-kanak pertengahan remaja yang penuh dengan aktiviti yang mendidik dan seronok.
Terletak di tengah-tengah Kuala Lumpur, taman permainan indoor ini menawarkan pelbagai permainan seperti trampolin, papan aktiviti, gelongsor, terowong merangkak, senapang angin, dan banyak lagi.
Taman permainan ini dibahagikan kepada beberapa kawasan, termasuk Babyland untuk kanak-kanak yang lebih kecil dan Funland untuk kanak-kanak berumur 2 tahun ke atas.
Malah, mereka boleh bermain secara bebas, mengasah kemahiran motor halus dan kognitif.
Selain di Petaling Jaya, terdapat juga cawangan Jungle Gym di Bangsar Shopping Centre, KL East Mall dan SkyAvenue Genting Highlands.
Sunway Lagoon
Taman tema air untuk keluarga
Alamat: 3, Jalan PJS 11/11, Bandar Sunway, 47500 Subang Jaya, Selangor
Telefon: 0356390000
Jom ajak keluarga ke destinasi percutian keluarga yang sangat menarik di Malaysia!
Taman tema di Subang Jaya ini menawarkan pelbagai aktiviti yang sesuai untuk semua peringkat umur, jadi sesuai untuk bercuti bersama keluarga.
Di Sunway Lagoon, terdapat 6 taman tema yang berbeza, termasuk Scream Park, Wildlife Park, Extreme Park, Water Park, Amusement Park, dan Nickelodeon Lost Lagoon.
Setiap taman ini menawarkan pengalaman yang unik, dari bermain air, petting zoo, aktiviti ekstrem hingga masuk rumah hantu.
Bagi kanak-kanak, terdapat Kids’ Area yang penuh dengan permainan yang menyeronokkan.
Jumpstreet Asia
Taman trampolin indoor yang menarik untuk kanak-kanak
Alamat: 8A, Jln 13/6, Seksyen 13, 46200 Petaling Jaya, Selangor
Telefon: 0122041448
Jumpstreet Asia merupakan tempat menarik kanak-kanak yang penuh dengan pelbagai aktiviti yang riang gembira.
Aktiviti di Jumpstreet Asia:
- Untuk kanak-kanak berusia 3 hingga 5 tahun, mereka boleh melompat dengan selamat di Mini Jump & Foam Pit.
- Kanak-kanak berusia 6 hingga 12 tahun pula dapat menguji kemahiran mereka di Gelanggang Utama, Big Bang, dan Wall Climbing.
- Bagi remaja dan dewasa, Jumping Mat, Free Fall, dan Low Ropes menjanjikan pengalaman yang mengujakan.
Selain menyeronokkan, Jumpstreet Asia juga fokus kepada kesihatan dan kecergasan. Kalau nak lepak dengan family sambil ‘stay active’, tempat ni memang kena datang.
SplashMania Gamuda Cove
Aktiviti air untuk keluarga
Alamat: Jalan Cove Sentral 4, Bandar Gamuda Cove, 42700 Dengkil, Selangor
Telefon: 0129321811
Salah satu destinasi mandi yang menarik di Selangor adalah SplashMania Gamuda Cove. Tempat menarik kanak-kanak ini menawarkan pelbagai aktiviti air yang seronok.
Terletak berhampiran Dengkil, taman air ini menampilkan 15 tarikan utama dan 24 gelongsor air yang mendebarkan, termasuk gelongsor air, kolam ombak, sungai malas, dan banyak lagi.
Kanak-kanak boleh merasai kegembiraan air dalam suasana yang selamat dan riang gembira.
Dengan kolam renang khas untuk kanak-kanak, ini adalah destinasi terbaik untuk seisi keluarga atau percutian bersama rakan-rakan.
Selain itu, taman air seluas 18 ekar ini juga menyediakan kawasan berkelah dan pelbagai pilihan kedai makanan serta minuman.
0 comments:
Post a Comment