Teknologi dan media berkembang dengan begitu pesat hinggakan banyak syarikat menjadi lebih kreatif dalam menggunakan teknologi untuk memenuhi pertambahan kehendak setiap pengguna.
Begitulah yang dilakukan oleh syarikat perniagaan air gas Coca-Cola apabila menggabungkan kreativiti antara manusia dan artificial intelligence (AI) untuk mencipta resipi baru.
Resipi yang dikatakan perisa baru dari Coca-Cola ini adalah Y3000 Zero Sugar yang mana kononnya korang dapat rasa air Coke tu seperti masa hadapan (Futuristik Flavoured).
Macam mana rasa masa hadapan tu? Korang boleh tengok video Tiktok kami untuk tengok macam mana rasa air Coke yang dihasilkan oleh Artificial Intelligence (AI) ni.
Tujuan gandingan resipi dengan Ai ni adalah untuk memastikan Coke kekal relevan walaupun pada tahu 3000 akan datang.
Untuk pengetahuan anda terdapat dua jenis air Coke keluaran terbaru ini iaitu Zero Sugar dan Original.
Bukan saja rasa berbeza tapi pembungkusan juga lain dimana kali ini terdapat warna biru muda dan merah jambu serta sedikit ungu dan merah.
Apa yang pasti, logo New Creation Coke Co-Created Ai ni adalah “hubungan antara manusia dan masa depan planet kita.”
Korang dah cuba ke belum resipi Coke dari Ai ni?
0 comments:
Post a Comment