loading...

Thursday, 7 September 2023

16 Aktiviti Outdoor Di Selangor Untuk Semua & Wajib Pergi

Bagi warga Selangor dan KL yang mencari ‘outdoor activities’, anda berada di halaman yang tepat.

Selangor memang tempat yang menarik dengan pelbagai pilihan aktiviti termasuk aktiviti lasak, aktiviti indoor dewasa, ‘team building activities in selangor’ dan juga ‘water activities Selangor’.

Apabila matahari terbenam, bandar ini meriah dengan pelbagai aktiviti malam di Selangor.

Sama ada anda merancang untuk datang seorang diri, bersama keluarga, atau rakan-rakan, pasti terdapat nama aktiviti yang menarik yang sesuai dengan minat.

Jadi, jom terus menjelajahi destinasi menyeronokkan ini!

Senarai outdoor activities in Selangor

Mudtrekkerz Paintball Park

Aktiviti bermain paintball di Selangor

Alamat: Jalan Hijau Serindit U9/68, Seksyen U9, Cahaya SPK, 40150 Shah Alam, Selangor

Telefon: 0163231144

paintball di selangor

Selain sesuai dijadikan aktiviti team building di Selangor, golongan remaja dan orang dewasa pasti akan bergembira merasai pengalaman seolah-olah menjadi seorang tentera komando.

Antara tiga aktiviti utama yang disediakan ialah paintball, ride ATV dan electric mini scooter.

Jadi, jom ajak rakan ramai-ramai ke Mudtrekkerz Paintball Park!

Kelip-Kelip Kampung Kuantan Kuala Selangor

Melihat kelip-kelip di Selangor

Alamat: Kampung Kuantan, 45000 Bestari Jaya, Selangor

Telefon: 0332891439

kelip-kelip kampung kuantan

Terletak hanya 9 km dari Kuala Selangor, Pusat Santuari Keli-kelip ini menjadi tumpuan pelancong tempatan dan luar negara. 

Kampung Kuantan ini popular kerana menjadi habitat kelip-kelip yang begitu banyak.

Menurut Majlis Daerah Kuala Selangor (MKDS), tempat ini menerima pelancong dari pelbagai negara seperti Jepun, Korea, United Kingdom, China, Amerika Syarikat, Arab Saudi, dan Asia Tenggara. 

Pastikan anda memakai pakaian yang sesuai untuk menaiki sampan dan nikmatilah keindahan cahaya kelip-kelip di sepanjang sungai.

Waktu operasi: Dibuka dari 7:30 malam – 10:30 malam

Kuala Kubu Bharu

Aktiviti water rafting 

Alamat: Water Rafting, Kuala Kubu Bharu, Selangor

Telefon: 0195134193

Adakah anda peminat aktiviti air? Jika jawapannya ya, cuba aktiviti water rafting ni!

Anda akan menerima latihan ‘water confidence’ yang membantu anda bersedia sebelum mula bermain.

Jangan risau, para jurulatih semuanya berpengalaman dan mereka akan memberi tunjuk ajar untuk memastikan anda rasa selamat dan tidak panik ketika berada dalam air. 

Pakej yang ditawarkan di sini termasuk gambar dan video, jadi anda boleh membawa pulang kenangan tersebut.

Sunway Lagoon Theme Park

Tempat menarik untuk keluarga di Selangor

Alamat: 3, Jalan PJS 11/11, Bandar Sunway, 47500 Subang Jaya, Selangor

Telefon: 0356390000

Sebut sahaja Sunway Lagoon, semua orang pasti kenal. Tapi, apa ‘fun activities in Kl and Selangor’ yang anda boleh buat di sini? 

Taman tema air di Selangor ini menawarkan pelbagai aktiviti air yang basah / kering yang sesuai untuk kanak-kanak, remaja dan orang dewasa. 

Jadi, tiada masalah untuk ibu bapa mengajak anak-anak mereka ke tempat menarik di Selangor ini terutama pada hujung minggu dan hari cuti.

Tarikan utama: Water Park, Amusement Park, Wildlife Park, Scream Park, Lost Lagoon & Extreme Park

Pengunjung bolehlah menginap di Sunway Pyramid Hotel atau Sunway Resort Hotel kerana sehari di sini memang tak cukup, tau!

Tadom Hill Resort, Banting

Aktiviti air dan merakit

Alamat: 2, Jalan Bukit Tadom, Kampung Orang Asli, Kampung Labohan Dagang, 42700 Banting, Selangor

Telefon: 0125225908

Tadom Hill, Banting – Tempat hebat untuk aktiviti air! Siapa tak suka bermain air, betul tak? Boleh datang dengan rakan atau keluarga, pasti seronok! 

Pelbagai aktiviti menarik disediakan, termasuk rakit, water confidence, dan water slides. 

Kalau suka cabaran lasak, cuba ATV, flying fox, go kart, mendaki bukit, memanah dan banyak lagi dengan cas tambahan.

Tambah lagi, pengunjung berpeluang menginap di penginapan berasaskan kayu buluh. 

Atv Adventure Park Kemensah

Aktiviti atv riding 

Alamat: Atv Adventure, Kampung Kemensah, 68000, Selangor

Telefon: 019-244 8544

Sudahkah anda mencuba aktiviti ATV di ATV Adventure Park Kemensah? 

Terletak di Kampung Kemensah, tempat ini menawarkan pengalaman mencabar di dalam hutan sambil melihat pemandangan menghijau.

Terdapat pelbagai pilihan laluan yang sesuai untuk semua peringkat umur. Anda boleh memilih laluan yang pendek atau panjang, bergantung pada tahap keberanian anda.

Zipline, Shah Alam

Aktiviti flying fox

Alamat: Zipline Shah Alam, Persiaran Tasik, Seksyen 14, Shah Alam, Selangor, Malaysia

Telefon: +60183666272

Tahukah anda bahawa Zipline Shah Alam adalah zipline awam pertama di Malaysia? 

Ia adalah tarikan yang menawarkan pengalaman meluncur di udara sepanjang 240 meter merentasi tasik. 

Anda akan rasa seperti ‘superhero’ melintasi hutan dan sungai dengan kelajuan yang pantas. Seronok kan? 

Lebih menariknya, mereka menggunakan sistem brek tercanggih dari USA untuk memastikan keselamatan pengunjung.

Cuba aktiviti yang menarik ini bersama rakan-rakan atau keluarga anda!

Skytrex Adventure, Sungai Congkak

Forest adventure di Selangor

Alamat: SKYTREX Adventure Sg Congkak, Jalan Sungai Congkak, Kampung Padang, Hulu Langat, Selangor, Malaysia

Telefon: +60132769841

Skytrex Adventure Sg Congkak membawa pengalaman ‘eko-rekreasi’ yang benar-benar unik.

Anda akan melalui halangan udara di atas ketinggian 5 hingga 22 meter! Ia adalah pengalaman trekking hutan kanopi yang pertama di Malaysia. 

Apa yang lebih menarik, Skytrex Adventure Sg Congkak mempunyai Flying Fox Park pertama oleh Skytrex, dengan laluan yang lebih panjang daripada cawangan lain. 

Anda juga dapat menikmati pemandangan yang indah dari Chongkak Park & Resort dan sungai Congkak yang mengalir di bawah laluan aktiviti.

Dan jangan lupa, terdapat lokasi Skytrex Adventure yang menarik di tempat lain juga:

  • Skytrex Langkawi dengan Surf Board dan X-bridge.
  • Skytrex Melaka yang menawarkan Tarzan Swing pertama dan Malaysia Skybike, basikal-kabel pertama di Malaysia.

Paragliding, Bukit Jugra

Aktiviti paragliding 

Alamat: Bukit Jugra, Jugra, Banting, Selangor, Malaysia

Telefon: +60331872825

Tahu tak, di Bukit Jugra ada aktiviti menarik yang boleh kita cuba? Ia dipanggil Paragliding!  

Aktiviti ini semakin popular di kalangan tempatan dan pelancong. Terletak di Jugra, sebuah bandar bersejarah di Kuala Langat. 

Bukit Jugra juga tempat yang bagus untuk aktiviti luar seperti mendaki, paragliding, dan trike menuruni bukit. 

Adakah anda berminat untuk mencuba? Pastikan untuk datang pada bulan Mac hingga September. Masa penerbangan adalah pagi dan petang selama 5-10 minit.

Pakej termasuk insurans, foto/video GoPro, pemindahan, bayaran tapak, bayaran terbang, dan hidangan ringan.

Gua Damai Xtreme Park

Rock climbing di Selangor

Alamat: No 15 blok 2, Kampung Melayu Wira Damai, 68100 Batu Caves, Selangor

Telefon: 0124812005

Gua Damai Xtreme Park merupakan destinasi pilihan untuk peminat aktiviti lasak memanjat dinding. Sesuai untuk ‘beginner’ dan pakar.

Pengunjung juga boleh melakukan aktiviti lasak lain seperti caving, flying fox, abseiling, dan banyak lagi.

Di sini, terdapat lebih daripada 70 ruang memanjat dan peralatan memanjat juga disediakan kepada pengunjung yang berminat.  

Untuk yang baru mula, ada baiknya belajar kemahiran memanjat terlebih dahulu sebelum mencuba!

Gunung Nuang

Tempat hiking di Hulu Langat

Alamat: Gunung Nuang, Hulu Langat, Selangor

Telefon: N/A

Gunung setinggi 1493 meter ini menawarkan cabaran laluan berbatu, turun naik, dan tanah licin ketika hujan. 

Nikmati keindahan alam dan udara segar di Gunung Nuang, Hulu Langat. Tapi, ia tidak sesuai untuk pendaki pemula.

Jika anda ingin lebih lama berada di sini, bolehlah berkhemah, tetapi jangan lupa menjaga kebersihan kawasan hutan. 

Pastikan juga maklumkan aktiviti pendakian kepada pihak keselamatan untuk keselamatan anda. 

Bukit Broga

Tempat hiking di Selangor

Alamat: Jln Broga, 43500, Semenyih Selangor

Telefon: N/A

Sudah pernah ke Bukit Broga? Ia mungkin tidak setinggi gunung lain, tapi ia adalah tempat menarik untuk dijadikan destinasi riadah dan mendapatkan udara segar. 

Terkenal di kalangan pendaki Selangor, pendakian di sini hanya mengambil masa sekitar 20 hingga 25 minit bergantung kekuatan anda.

Apa yang menarik, pemandangan dari puncaknya sangat memukau! 

City Karting Shah Alam

City karting di Selangor

Alamat: Litar Go Kart, Tempat Letak Kereta Stadium, Western 5, Seksyen 13, 40000 Shah Alam, Selangor

Telefon: 0355125868

Jom tinggalkan permainan GTA dan alami keseronokan memandu kart sebenar di City Karting! Ini salah satu trek terbaik di KL. Sesuai untuk kanak-kanak, remaja, dan orang dewasa.

Bagi ibu bapa dengan anak kecil, anda boleh membawa mereka di dalam kart 2 tempat duduk.

Pilihan tempat duduk yang berbeza boleh dipilih, sama ada kart 2 lejang atau kart 4 lejang. 

Pastikan untuk memulakan dengan kart 4 lejang sebelum mencuba yang lebih pantas, iaitu kart 2 lejang. 

Jadi, bila lagi anda mahu bermain karting sebenar?

Waktu operasi: 10 pagi – 10 malam (Selasa – Ahad), 10 pagi – 7 malam (Isnin)

Hulu Langat Fishing Resort

Tempat memancing di Selangor

Alamat:  Jalan Sentosa 11/A, Taman Desa Sentosa, 43100 Hulu Langat, Selangor

Telefon: 0146373979

Cari tempat untuk berehat, melepak dan meluangkan masa bersama keluarga atau rakan-rakan?  

Datanglah ke Hulu Langat Fishing Resort, tempat memancing terbaik di Selangor! Di sini, anda akan menemui kolam pancing yang luas dan penginapan yang selesa. 

Jika anda tidak memiliki peralatan memancing, jangan risau, semuanya boleh disewa. Mari memancing dari platform peribadi yang selesa! 

Air Terjun Kanching

Mandi air terjun

Alamat: Kanching Eco Forest, Rawang, Selangor

Telefon: N/A

Satu lagi tempat mandi di Selangor yang sangat menarik ialah Air Terjun Kanching. Air Terjun Kanching ini terletak di antara Kuala Lumpur dan Rawang.

Menarik lagi, air terjun Kanching ini bertingkat tujuh tingkat. Pengunjung boleh berkelah dan mandi manda sambil dikelilingi alam semula jadi.

Antara air terjun di Selangor lain yang menarik: Air Terjun Chiling, Air Terjun Sungai Pisang, Sungai Gabai Waterfall, Air Terjun Bukit Saga & Serendah Air Terjun

Jangan lupa ajak keluarga datang ke sini!

Farm In The City

Melihat haiwan di Selangor

Alamat: Lot 40187-40188, Jalan Prima Tropika Barat 1, Pusat Bandar Putra Permai, 43300 Seri Kembangan, Selangor

Telefon: 0107627612

Anda peminat haiwan haiwan comel? Datanglah ke Seri Kembangan untuk mengunjungi Farm In The City!

Anda boleh melihat dan memberi makan haiwan-haiwan comel yang berkeliaran bebas di dalam zoo ini. 

Terdapat 11 habitat yang berbeza, termasuk Pets Village, Bird Aviary, Turtle & Tortoise Farm, Rabbit Farm dan sebagainya. 

Jadi, bila lagi anda mahu berinteraksi dengan haiwan-haiwan yang comel ini? Mari kunjungi zoo ini sekarang!

0 comments:

Post a Comment

loading...