loading...

Monday, 18 September 2023

16 Tempat Camping Best Di Selangor (Back to nature)

Sudah bosan dengan Sunway Lagoon, taman tema, atau pantai? Hujung minggu ini, tak tahu nak buat apa? 

Rasa ingin mencuba aktiviti outdoor yang lain seperti camping di Selangor?

Selangor menawarkan pelbagai tapak camping yang sesuai untuk keluarga, kawan-kawan, dan pasangan. 

Jom ajak kawan atau pasangan anda meluangkan masa dengan aktiviti camping di tempat camping menarik di Selangor! 

Adakah anda lebih suka camping di hutan, pantai, atau di lereng bukit? Mana lagi tapak perkhemahan Selangor yang terbaik? 

Jangan risau, kami akan mengupas beberapa camping site Selangor yang boleh anda pilih untuk healing dengan alam.

Senarai tempat camping best di Selangor

Deruan Rimba Campsite

Camping ground di Hulu Langat 

Alamat: Air Terjun Sungai Gabai, Sungai lui, 43100 Hulu Langat, Selangor

Telefon: 012-376 7093

deruan rimba campsite

Tempat camping menarik di Selangor ini baru dibuka pada Julai 2022, dan ia terletak bersebelahan dengan Air Terjun Sungai Gabai. 

Dikelilingi oleh sungai yang mengalir dan Banjaran Gunung Titiwangsa, tempat ini menawarkan pengalaman perkhemahan yang benar-benar unik. 

Anda akan dapat merasai suasana berkabus pada waktu malam dan pagi.

Jadi, datanglah ke Deruan Rimba untuk mengalami keindahan semulajadi Malaysia!

River Garden Kerling

Camping area berdekatan kolam air panas Selangor

Alamat: Kolam Air Panas Kerling, 40000 Kerling, Selangor

Telefon: 019-504 7896

Kerling campsite ini sangat selesa dan tenang untuk keluarga atau rakan-rakan. 

Terdapat kemudahan seperti tandas, bilik mandi, dewan, gazebo, kawasan BBQ, surau, dan 2 zon kawasan yang boleh anda pilih untuk berkhemah. 

Kebanyakan pengunjung juga berkumpul mandi di Sungai Kerling, memancing, dan makan bersama keluarga mereka. 

Malamnya tenang, sejuk seperti di Cameron Highlands. Tempat yang baik untuk “healing”!

Frim Camping Area

Tapak perkhemahan terkenal di Kepong

Alamat: FRIM Camping Area, Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), 52109 Kepong, Selangor, Malaysia

Telefon: 03-6279 7000

Di Frim Camping Area, Perah campsite salah satu tempat paling popular di FRIM Kepong untuk melakukan aktiviti berkumpulan dan ia boleh memuatkan sehingga 120 orang pada satu masa.

Tapak perkhemahan ini dilengkapi dengan kemudahan seperti dapur, dewan, chalet “A-Hut,” tandas, gazebo, dan pelbagai peralatan yang boleh disewa seperti khemah, slepping bag, teropong, dan kompas.

Dikelilingi oleh pokok-pokok hijau dan disertai dengan bunyi hutan yang menenangkan, tempat ini sesuai untuk mereka yang ingin merasai pengalaman hutan sebenar.

Camping Ground – Resort Eko Rimba Komawel

Outdoor camping Selangor di Rawang

Alamat: Lagong Forest Reserve, KM 23, Jalan Rawang, Compartment 3, 48000 Rawang, Selangor

Telefon: 012-276 1609

Taman Eko Rimba Komanwel Campsite bersebelahan dengan Taman Eko Rimba dan menawarkan pengalaman berkhemah dengan kemudahan yang ‘tip top’.

Dikelilingi oleh hutan lebat dan taman landskap, taman ini mempunyai tasik, trek joging, dan kemudahan lain untuk percutian hujung minggu terbaik.

Anda boleh membawa khemah sendiri, pilih glamping atau chalet. Terdapat juga aktiviti seperti BBQ, kanopi, karaoke, ATV, memancing, berkayak, berbasikal, jungle trekking, dan banyak lagi.

Jangan lupa buat tempahan awal jika ingin berkhemah di tepi tasik yang sangat popular di kalangan pelancong. Tempat ini juga ‘Instagram Worthy’ tau!

Summer Summer Farm

Tapak perkhemahan terbaik di Batang Kali

Alamat: Lot 1768, Kampung Hulu Rening, 44200 Mukim Rasa, Selangor, Malaysia

Telefon: 014 9664 363

Summer Summer Farm – tempat perkhemahan terbaik untuk kumpulan! Tapak perkhemahan tepi sungai ini mempunyai dua bahagian tapak yang boleh memuatkan sehingga 20 orang.

Tambahan pula, terdapat kemudahan lengkap seperti bilik mandi, dapur, dan kawasan unggun api, serta peluang untuk memilih makanan anda sendiri di taman herba.

Apa-apa pun tapak camping ini juga mempunyai suasana ladang, hutan, dan kebun buah yang menjadikan pengalaman camping ini lebih istimewa. 

Nikmati ketenangan malam di sini sambil melihat langit berbintang!

Hammocks By The River

Tapak perkhemahan eksklusif di Selangor

Alamat: Hammocks by the River, 617 Jalan Sungai Makau, Hulu Langat Selangor

Telefon: 011-2810 8190

Hammocks By The River adalah destinasi perkhemahan eksklusif yang hanya untuk dewasa dan mereka berumur 16 tahun ke atas.

Ini adalah peluang untuk mengembalikan kenangan indah bersama pasangan sebelum memiliki anak. Fasiliti seperti tandas, bilik mandi, dan tempat BBQ disediakan. 

Malah, kawasan ini juga pet friendly. Harga pakej bermula dari RM30 seorang semalam, dan pakej lengkap termasuk khemah, bantal, cadar, tilam, peralatan memasak, dan banyak lagi. 

Jadi, datanglah ke Hammocks By The River untuk mengalami pengalaman camping yang santai tepi sungai tanpa bunyi bising!

Kv@Kemensah Valley Recreation And Chalet

Tapak berkhemah yang mesra keluarga 

Alamat: Jalan Kampung Orang Asli, Kampung Kemensah, 68000 Ampang, Selangor

Telefon: 012-327 0679

Camping ground di Selangor ini berdekatan Zoo Negara Malaysia. Nikmati malam yang tenang bersama keluarga atau rakan-rakan dan deruan sungai yang mengalir.

Selain itu, terdapat kemudahan BBQ, Gazebo, dapur, tanda, bilik mandi plug point, dan tempat letak kereta disediakan. 

Harga sewa tapak khemah bermula dari RM20/malam, dan gazebo tersedia dengan harga RM30 hingga RM50/malam.

Jangan risau tempat ini selamat untuk membawa anak kecil.

Gg Retreat, Bukit Tasek Serendah

Tempat camping di Serendah

Alamat: Bukit Tasik, Kampung Orang Asli Serendah, 48200 Serendah, Selangor

Telefon: 011-3311 7455

Terletak di Bukit Tasik Serendah, tapak perkhemahan ini ideal untuk keluarga bersantai dan aktiviti outdoor seperti mendaki, berkelah, jungle tracking, mandi di air terjun, dan ATV.

Tempat camping menarik di Selangor ini dikelilingi oleh pemandangan sungai yang mengalir, menawarkan suasana semulajadi yang indah dan udara segar.

Kemudahan yang lengkap termasuk BBQ pit, gazebo, dapur, kolam, bilik mandi, dan tandas. Namun, perlu berhati-hati kerana kawasan di tepi sungai boleh menjadi licin. 

Jomlah merancang percutian anda ke sini dan pastikan bawa makanan tambahan!

Kamar Aishah Campsite

Campsite peribadi berkonsepkan mesra alam di Selangor

Alamat: Hulu tamu, Kampung Kuantan, Batang Kali, Selangor

Telefon: 019-332 2441

Kamar Aishah Campsite berdekatan dengan sungai yang landai, berkhemah di sini adalah pengalaman yang menenangkan. 

Fasiliti lengkap sesuai untuk perkhemahan keluarga, dengan anak-anak boleh mandi sungai dan menikmati alam semulajadi. 

Bagi yang ingin berkelah, terdapat juga pondok yang boleh disewa. Justeru ini destinasi hujung minggu yang bagus berdekatan dengan KL.

Harganya berpatutan, bermula dari RM50 untuk camping dan RM20 untuk pondok piknik. 

Sesuai untuk keluarga yang mencari ketenangan, bangun awal pagi dan rasakan kesejukan suhu sekeliling.

Teratak Tok Alang

Tempat camping tepi sungai dan makan buah-buahan

Alamat: Teratak Tok Alang, Selangor, Malaysia

Tel: 019-807 4517

Teratak Tok Alang terletak hanya dalam sejam perjalanan dari Kuala Lumpur. Pengunjung juga boleh menikmati mandi-manda di tepi sungai yang jernih dan bersih. 

Malah, anda juga boleh menikmati buah-buahan seperti durian, rambutan, manggis, dan duku dengan harga serendah RM20 seorang ketika musim tiba. 

Fasiliti yang lengkap termasuk tempat letak kereta, liputan telefon yang baik, bilik mandi, dan tandas. 

Pengalaman berkhemah di sini akan membuat anda ingin kembali lagi dan lagi!

Ubi Padi Leisure

Tempat camping persekitaran kampung di Selangor

Alamat: Batu 18, 673, Jalan Sg. Jerang, Kampung Jawa, 43100 Hulu Langat, Selangor

Telefon: 019-777 8590

Tempat camping yang best di Selangor ini terletak dalam suasana kampung yang indah, dikelilingi oleh bukit-bukau yang memukau. 

Paling penting, kawasan ini berpagar sepenuhnya dan menawarkan pelbagai hasil tempatan seperti ayam, ikan, sayur-sayuran dan pokok buah-buahan.

Selain berkhemah, anda boleh berkelah, berbasikal, memancing, menjalankan aktiviti pertanian, menjelajahi hutan, berakit merentasi Sungai Langat, atau mendaki Gunung Nuang. 

Terdapat kemudahan lengkap seperti kolam renang, padang sukan, tandas, bilik solat, bilik mandi, dan dapur. 

Tempat ini juga ideal untuk acara team-building, summer camp, atau hari keluarga. 

Rumah Kebun Camping Ground

Campsite di Hulu Langat dengan hot shower

Alamat: Kampung Sungai Semungkis, 43100 Hulu Langat, Selangor

Telefon: 019-222 4956

Bagi mereka yang baru dalam camping, Rumah Kebun Camping Ground adalah pilihan yang baik. 

Walaupun namanya begitu, tempat ini menawarkan khemah lengkap dengan tilam dan bantal, tandas serta hot shower seperti di hotel. 

Selepas pasang khemah, kami sarankan anda berendam di sungai Semungkis yang hanya beberapa langkah dari tapak perkhemahan.

Selain pemandangan yang indah, ia juga merupakan lokasi ideal untuk berkhemah dengan seisi keluarga dan rakan-rakan. 

Hulu Tamu Eco Resort

Tapak camping dalam dusun durian

Alamat: Hulu Tamu Eco Resort, Jalan Ulu Tamu 44200 Batang Kali, Selangor

Telefon: +6018-3110608

Terletak dalam hutan dusun durian yang hijau, Hulu Tamu Eco Resort menawarkan 12 lot tapak camping yang luas dengan kemudahan tandas, singki dan bilik mandi yang bersih.

Malah, terdapat mesin layan diri yang menjual minuman sejuk dan makanan ringan. Nikmati pengalaman camping santai di alam semula jadi yang kehijauan. 

Malamnya, ditemani lampu-lampu khemah, lampu solar, dan deruan air sungai di campsite Batang Kali.

Jangan risau tentang keperluan elektrik kerana terdapat soket plug yang disediakan.

Willow Tree Campsite

Tempat best camping di Hulu Langat

Alamat: PT 8878 Batu 24 & 25, Jalan Genting Peras, Hulu Langat, Selangor

Telefon: +6016-9839715

Kredit gambar: twitter @syahmihakim13

Tapak camping di Hulu Langat ini menawarkan pemandangan gunung yang menakjubkan.

Dengan kemudahan tandas yang selesa, ia adalah tempat camping Selangor yang bagus untuk mengisi masa bersama keluarga atau rakan-rakan dalam nature.

Jangan lupa saksikan pemandangan dan keindahan matahari terbenam!

Kem The Woods Ulu Yam

Camping site di Ulu Yam Selangor

Alamat: 1, Jalan Sungai Tua Ulu Yam, Selangor

Telefon: +6012-6893297

Kredit gambar: twitter @syahmihakim13

Jom pergi camping di Kem The Woods Ulu Yam @ Ulu Yam, tempat camping terbaik di Selangor! 

Dikelilingi oleh kehijauan hutan, kawasan perkhemahan yang luas ini terletak berhampiran sungai menawarkan pengalaman camping yang unik. 

Anda boleh menikmati aktiviti seperti mendaki hutan, bbq di pit, dan kemudahan tandas serta shower yang selesa. 

Datang dan nikmati keindahan alam yang menyejukkan mata!

Pusat Rekreasi Sungai Congkak

Tempat camping berhampiran Sungai Congkak

Alamat: Batu 20, Jalan Sungai Congkak, Kampung Padang, 43100 Hulu Langat, Selangor

Telefon: 0132254803

Kredit: placesmalaysia

Di sini, anda dapat melakukan pelbagai aktiviti menarik seperti berkhemah, berkelah, jungle trekking, buat BBQ, dan mandi-manda di dalam sungai Congkak yang jernih. 

Paras air sungai juga sesuai untuk kanak-kanak dan dengarkan bunyi aliran sungai mengalir.

Kalau ingin mencuba aktiviti flying fox, bolehlah pilih mana-mana pakej di Skytrex Sungai Congkak.

Tempat camping menarik di Selangor ini sesuai untuk seisi keluarga, rakan-rakan, atau kumpulan besar.

Harga tiket masuk: Dewasa (RM 2) & kanak-kanak (RM 1)

0 comments:

Post a Comment

loading...