loading...

Thursday, 14 September 2023

6 Tempat Menarik Di Bagan Datuk Untuk Dikunjungi

Di mana tempat menarik di Bagan Datuk? Sebenarnya, Bagan Datuk terletak di selatan negeri Perak dan bersempadan dengan daerah Manjung, Perak Tengah, dan Sabak Bernam, Selangor. 

Pada asalnya, nama Bagan Datuk dieja sebagai “Bagan Datoh”. Istilah “Bagan” merujuk kepada penempatan Melayu yang dibina di tepi Sungai Perak. 

Manakala, perkataan “Datoh” muncul akibat kesilapan dalam penyebutan oleh orang Inggeris, yang sepatutnya sepatutnya menyebut “Tok Kelah” sebagai “Toh Kelah”. 

Masyarakat di Bagan Datuk terdiri daripada pelbagai etnik seperti Jawa, Banjar dan Kampar, dengan adat dan dialek bahasa tersendiri. 

Selain itu, Pekan Bagan Datuk dibuka pada tahun 1896 dan kawasan daerah Bagan Datuk terkenal dengan penanaman kelapa dan koko.

Senarai Tempat Menarik Di Bagan Datuk

Sunflower Garden

Tempat viral di Bagan Datuk

Alamat: A128, Bagan Sungai Burung Bagan Datuk, Perak

Telefon: N/A

bagan datu

Sunflower Garden Bagan Datuk adalah sebuah taman bunga matahari yang menjadi tempat menarik paling popular di Bagan Datuk, Perak. 

Taman ini menawarkan keindahan lebih dari 2000 pokok bunga matahari yang tumbuh di sana dan suasana yang tenang. 

Pengunjung dapat menikmati keindahan alam sambil berjalan-jalan di sekitar taman. 

Selain itu, taman ini juga menawarkan berbagai spot foto yang instagramable dan aktiviti memberi makan ikan. Memang berbaloi datang, view tempat ini memang cantik!

Harga tiket: Dewasa (RM 13) & kanak-kanak (RM 5 – RM 10)

Waktu operasi: Setiap hari (9 pagi – 5 petang)

Sungai Burong

Sungai di Perak

Alamat: Sungai Burung Bagan Datuk, Perak

Telefon: N/A

Apa yang menarik di Sungai Burong Bagan Datuk? Sungai Burung di Bagan Datuk menawarkan pemandangan yang indah dan tenang.

Ia menjadi destinasi popular untuk aktiviti memancing, menaiki bot, dan menikmati keindahan alam semula jadi, serta mengunjungi perkampungan nelayan tempatan.

Sekiranya bernasib baik, pengunjung berpeluang menyaksikan fenomena air mata biru, di mana fitoplankton mengeluarkan cahaya biru yang memukau.

Kawasan air bercahaya ini dikenali sebagai “Blue Sand” dan menjadi tarikan terbaru di Sungai Burong Bagan Datuk, hanya berjarak kira-kira 20 minit perjalanan bot dari kawasan tersebut.

Masjid Tuminah Hamidi

Masjid terapung Bagan Datuk

Alamat: Masjid Tuminah Hamidi, Bagan Datuk, Perak

Telefon: N/A

Salah satu tempat yang menarik untuk dikunjungi di Bagan Datuk ialah Masjid Tuminah Hamidi. 

Seni bina masjid ini sangat cantik dan pengunjung berpeluang melihat sunset serta jeti dari beranda luar masjid.

Mula dibina pada tahun 2017 dengan kos sekitar RM53 juta melalui dana dari Yayasan Al-Falah yang dimiliki oleh keluarga Ahmad Zahid.

Selain itu, ia mampu menampung 5,000 jemaah pada satu-satu masa dan turut memiliki dewan serbaguna untuk pelbagai acara, dataran terbuka, bilik pameran dan persidangan dua tingkat.  

Masjid ini merupakan masjid terapung keempat yang dibina di negeri Perak, selepas Masjid An-Nur (UTP), Masjid Kampung Telaga Nenas Ayer Tawar dan Masjid Seribu Selawat di Pulau Pangkor. 

Jeti Beting Beras Basah

Jeti di Bagan Datuk

Alamat: 36100 Bagan Datuk, Perak

Telefon: N/A

Jeti Beting Beras Basah adalah destinasi yang menarik untuk dikunjungi. 

Terletak di Kuala Sungai Perak dan menurut sejarah, inilah tempat di mana Sultan Perak yang pertama mula memasuki Negeri Perak. 

Kawasan pantai pasir ini kadang-kala timbul dan kadang-kala tenggelam apabila air pasang berlaku. 

Jeti ini menawarkan pemandangan pantai yang cantik dan air laut yang jernih. Jangan lupa membawa air yang mencukupi kerana cuaca di sana agak panas.

Sungai Burung Aquarium

Akuarium di Bagan Datuk

Alamat: 75, bagan sungai burung 36100,bagan datok, 36100 sungai burung, Perak

Telefon: 010-257 4506

Kredit gambar: tinytanblog

Sungai Burung Aquarium Bagan Datuk adalah tempat yang wajib dikunjungi bagi peminat ikan.

Tempat menarik ini bukan sahaja menawarkan pelbagai jenis ikan yang menarik, tapi juga terdapat pelbagai lukisan dinding yang cantik untuk diambil gambar serta kapal lanun.

Aquarium ini juga menawarkan pengalaman yang menyeronokkan dan mendidik untuk semua usia. 

Jangan lepaskan peluang untuk melihat keindahan alam bawah laut di Sungai Burung Aquarium Bagan Datuk!

Harga tiket: Dewasa (RM 18) & Kanak-kanak (RM15)

Waktu operasi: Setiap hari (10 pagi – 10 malam)

Waterfront Bagan Datuk

Waterfront di Bagan Datuk

Alamat: Waterfront Bagan Datuk, Perak

Telefon: N/A

Kredit gambar: Instagram @ahevaeva

Bagan Datuk Waterfront adalah destinasi terkini yang pasti akan menarik perhatian pengunjung tempatan dengan keindahan bandar yang berwarna-warni. 

Kawasan ini menawarkan pemandangan yang indah, terutamanya semasa matahari terbenam. Anda boleh menikmati keindahan alam semula jadi sambil bersantai di sekitar pantai. 

Di sekitar kawasan ini, terdapat pelbagai tempat makan yang menyediakan hidangan laut segar. Kawasan ini juga menjadi pilihan warga setempat untuk beriadah dan lepak bersama keluarga.

0 comments:

Post a Comment

loading...