Apa yang membuat kami kupas topik ini apabila menonton sebuah cerita mengisarkan kisah hidup seorang kanak-kanak yang dilahirkan Albino di negara kulit hitam.
Tapi apa yang buatkan aku pelik bila ada satu babak tu ada tunjuk ada orang jahat cuba menetak kaki kanak-kanak Albino ni. Kenapa mereka sanggup buat macam tu?
Rupanya dekat negara Tanzania mereka yang albino jadi mangsa pemburuan macam haiwan untuk ambil bahagian tangan atau kaki sebab bomoh kata sana percaya bahagian tubuh albino ni sangat mujarab dijadikan bahan jampi atau tangkal.
Kami juga ada buat perangan secara ringkas menerusi akaun TikTok kami, anda boleh dengar dan bagi Like sekali okay?
Malah, stigma masyarakat di sana percaya kononnya albino ni penyakit berjangkit, ada juga kata albino ni akibat hukuman dosa dan paling pelik aku baca darah albino boleh sembuhkan penyakit.
Tengoklah dokumentari yang dibuat oleh pihak ABC News, memang sedih bila melihat nasib albino di sana.
Lebih buruk lagi, ibu bapa di negara Tanzania sana yang mempunyai anak albino sanggup menjual anak mereka pada harga yang tinggi sampai ratusan ribu.
Nasib baik dekat Malaysia, tak ada kepercayaan karut ni, malah mereka menyanyangi anak yang mengalami masalah albino ni.
Jadi, apa yang menjadi persoalan kami adalah salah siapa bila anak mengalami penyakit albino? Disebabkan pembawakan sperma atau faktor kesihatan si ibu?
Apa yang kami dapati daripada facebook Public Health, sebenarnya ini adalah penyakit keturunan dari genetik lemah dari kedua ibu ayah.
Maksudnya, sesiapa je pasangan boleh bawa genetik ini tanpa diketahui. Basically its depend on luck.
0 comments:
Post a Comment