Hari ini kami dapat berita yang mengejutkan ketika sedang scroll aplikasi X, kami terbaca satu tweet dari milik akaun @redzuanNewsMPB.
Tweet tersebut berbunyi, disebabkan perbuatan buruk suaminya yang gagal bayar hutang, si isteri terpaksa menanggung akibatnya.
Lebih menyedihkan lagi apabila terdapat 14 suspek. Bayangkan seorang wanita ‘berlawan’ dengan 14 orang.
Gambar Mangsa
Dalam pada masa sama, @redzuanNewsMPB turut memaparkan beberapa kepingan gambar yang berjaya diambil ketika wanita tersebut berjaya dijumpai. Memang dalam keadaan teruk!
Mangsa berusia 36 tahun itu diikat dengan rantai besi selain dicucuh dengan puntung rokok, jarum serta disebat dengan paip getah hingga mengalami kecederaan pada anggota badan.
Kami turut difahamkan wanita tersebut adalah warga Indonesia diculik dan dikurung selama 10 hari selepas suaminya yang juga warganegara sama didakwa gagal membayar hutang kepada lelaki tempatan berjumlah RM540,000.
Dan sebenarnya, bukan wanita itu saja yang menjadi mangsa culik kerana turut diselamatkan seorang lelaki warga Indonesia berusia 27 tahun yang dikurung dan di rumah sama.
0 comments:
Post a Comment