loading...

Thursday, 29 December 2016

3 kereta rosak terlanggar batu mangsa dakwa pihak lebuh raya enggan bertanggungjawab

2iIqJig

SHAH ALAM, SELANGOR – Tiga buah kenderaan mengalami kerosakan teruk akibat terlanggar batu besar (saiz kepala) dalam kejadian hari ini berhampiran Plaza Tol Seri Muda.

Nursyafiqah Sazaril yang memandu kereta Perodua Kancil terjejas teruk sehingga tangki minyak keretanya mengalami kebocoran.

Difahamkan, sebelum kejadian itu, seorang pemandu kereta Peugeot telah melanggar batu tersebut menyebabkan keretanya mengalami kerosakan pada rim dan tayar. Mangsa melaporkan kejadian itu kepada pihak tol melalui talian hotline. Namun tiada sebarang tindakan yang diambil untuk mengalihkan batu besar tersebut sehingga menyebabkan Nursyafiqah menjadi mangsa kedua.

Beberapa minit kemudian, kereta ketiga Proton Satria Neo pula menjadi mangsa yang ketiga sehingga menyebabkan tangki minyak hitam kenderaan mereka bocor dan tidak dapat meneruskan perjalanan.

Mangsa pertama dah lapor, namun tiada tindakan

2iIs5JW

Mangsa kedua pula terlanggar sehingga bocor tangki minyak

2ibpdbn

Mangsa ketiga, bocor tangki minyak hitam

2iIn0Bj

Tak boleh claim insurance highway atas alasan batu tersebut bukan datang dari highway

2ibua41

Enggan beri gambar batu untuk mangsa buat laporan polis

2iIgs5I

2ibtU5l

2iIelij

Menurut Nursyafiqah, mereka dimaklumkan bahawa mereka tidak boleh menuntut sebarang tuntutan ganti rugi dari pihak lebuh raya atas alasan batu tersebut bukan datang dari lebuh raya.

“Kami tak boleh claim insurance highway. Mereka kata batu itu bukan datang dari highway, batu itu jatuh dari kenderaan lain.

2iIlJKr
Kesan kebocoran akibat kejadian tersebut| Foto – Nursyafiqah
2iIrNTq
Lubang di tangki minyak kereta mangsa kedua | Foto – Nursyafiqah
2iIloI3
Tangki minyak hitam kereta mangsa ketiga bocor | Foto – Nursyafiqah

“Pemilik Satria buat laporan polis tetapi polis minta gambar batu sebagai bukti kukuh. Bila minta gambar itu dari pihak tol, mereka enggan beri kerjasama,” katanya.

Kesal dengan tindakan pihak lebuh raya, Nursyafiqah memuat naik luahan ketidakpuasan hatinya itu di laman Facebook kerana berang pihak tol berkenaan enggan bertanggungjawab. – The Reporter

LAYARI citeheboh1.png
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh

Sumber: citeheboh

–> Klik jika rasa post ini patut dibuang

Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih

Related Posts:

0 comments:

Post a Comment

loading...