loading...

Friday, 23 December 2016

amar baharin bukan suami kuat cemburu

15403466_388145691523739_401901294140260

Sering mengekori isteri ke acara hiburan bukan bermakna Amar Baharin seorang suami yang kuat cemburu. Namun bagi Amyra Rosli, beliau tidak kisah jika ramai yang menganggap suaminya begitu kerana Amar sememangnya seorang suami yang sentiasa menyokongnya.

BACA: Amyra Rosli Tak Kekok Timang Anak Di Usia Muda

Saya tidak peduli jika ada pihak menuduh Amar kuat cemburu. Lagipun dia bukan setiap masa bersama saya. Jika ada kelapangan Amar memang akan ke mana-mana bersama saya. Begitu juga saya yang akan ikut Amar menghadiri mana-mana majlis jika ada masa terluang

Saya anggap tindakan Amar sebagai suami yang menyokong isteri dan sentiasa bersama isteri dalam apa juga keadaan. Saya akui Amar seorang yang sangat supportive dan saya selesa jika dia menemani saya walau dalam masa sama ibu turut menemani saya, katanya kepada Harian Metro.

Bercakap pula mengenai perancangan kerjayanya, Amyra tidak berharap untuk bergandingan dengan suaminya dalam lakonan walaupun ramai yang ingin melihat mereka bersama. Selain ingin mengelak dituduh suka berkepit dengan suami, Amyra juga bimbang peminat akan bosan.

adv.php?sid=332179965797

Walau apapun, bukankah lebih baik jika suami mengikut isteri ke mana sahaja. Selain dapat menjaga keselamatan Amyra, peluang itu juga membolehkan mereka meluangkan lebih masa bersama. Pada masa yang sama, boleh mengelakkan sebarang fitnah yang tidak patut. (rkty/w)



SUMBER
Harian Metro

Sumber: Rotikaya

–> Klik jika rasa post ini patut dibuang

Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih

0 comments:

Post a Comment

loading...