loading...

Friday 23 December 2016

Anak Terpaksa Pakai Seluar Koyak Ke Sekolah

PERINGATAN: Perkongsian ini bukan mahu memburukkan mana-mana pihak. Namun sekadar perkongsian penulisan saudara Ir Meor Shamshir untuk bacaan umum.

2hhmVa2
Gambar hiasan sahaja | Google Images

GUNTING DALAM SELUAR

Su, penjual kek datang rumah petang tadi. Su tinggal di Pengkalan Chepa. Menjadi rutin Su, setiap Jumaat dia akan datang ke rumah kami menjual kek. Kalau bisness dia tak menjadi, kami akan borong kek dia dan bagi jiran-jiran merasa.

Su adalah seorang ibu yang menanggung 7 orang anak. 5 bersekolah. Yang sulung anak lelaki. Tahun depan naik Tingkatan 5. Petang tadi, dia memohon bantuan untuk membeli sepasang seluar panjang untuk anak lelaki sulungnya.

Isteri saya tanya berkenaan anak-anaknya yang lain, sama ada nak pakaian sekolah yang baru atau tidak? Su kata, anak-anak yang lain tak kisah pakai yang lama. Lagi pun masih elok katanya. Dia hanya nak mohon bantuan untuk belikan seluar panjang untuk anak lelaki sulungnya saja.

Su cerita, seluar yang anak lelakinya pakai tu dah 2 tahun dipakainya. Ditakdirkan, bulan September lepas, cikgu buat spot check. Akibat kelihatan ketat, cikgu menggunting seluar anaknya di celah kangkang. Su kata, masa tu, duit nak makan dan wang saku sekolah pun tak cukup, apatah lagi nak belikan seluar yang baru. Masa ni, air mata Su dah mengalir.

Selama beberapa hari, anak sulungnya ke sekolah dengan memakai seluar yang terkoyak di celah kangkang. Semasa di sekolah, akibat seluarnya koyak, Su kata, cikgu bagi anaknya pakai kain pelikat semasa belajar.

Selepas beberapa hari, Su ikhtiar mencari seluar terpakai untuk anaknya. Mujur ada hamba Allah yang sudi sedekahkan. Itu pun ketat juga.

Seperkenalan kami, jarang Su meminta-minta. Dia akan ikhtiarkan mencari rezeki sendiri selagi dia mampu. Mungkin kali ini dia dah ‘pushed to the corner’. Anak sulungnya itu pula, baik budaknya. Walaupun miskin, dia hormat ibunya. Belum pernah saya dengar Su merungut pasal anak-anaknya.

2i1qSyd

Saya merayu kepada guru-guru di sekolah supaya melihat anak-anak asuhan anda dengan mata hati. Bukan semuanya pemakai seluar yang ketat itu berfesyen dan sengaja mahu menonjolkan diri mereka. Pasanglah telinga. Bukalah mata. Ziarahlah anak-anak yang bermasalah ini sebelum menghukum mereka.

Menggunting seluar kerana ketat dan memakaikan kain pelikat kepada mereka apabila seluar yang digunting itu dipakai lagi ke sekolah bukanlah cara mendidik. Itu menghukum dan mengaib namanya.

Bersyukurlah cikgu, seluar cikgu lega sebab poket cikgu lega. Air mata orang miskin jangan dimain cikgu, yang lega boleh jadi ketat dibuatnya nanti. – Ir Meor Shamshir

LAYARI citeheboh1.png
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh

Sumber: citeheboh

–> Klik jika rasa post ini patut dibuang

Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih

1 comment:

  1. RAJA SAKTI Web Game Terbaru!!
    Dengan design classic dan tampilan game table yang soft serta user friendly.!!

    BONUS PROMO MEMBER BARU DEPOSIT MINIMAL 50.000 BONUS 20%

    Minimal deposit Rp. 10.000
    Minimal Withdraw Rp. 25.000
    Dengan JACKPOT yang sering "PECAH"
    Raih Ratusan Hadiah Jackpot setiap harinya

    Games RAJA SAKTI :
    Texas Poker, Bandar Ceme, Capsa Susun, Capsa Banting, Remi, Qiu-Qiu

    Sistem player versus player 100%, dan bisa menjadi bandar dalam permainan dengan sistem game tercepat dan terbaik.

    contact us at :
    WA: +855889908908
    SMS: +855889908908
    Line: CS_RAJA
    Wechat: CS_RAJA
    BBM: CS_RAJA
    Facebook : RAJA SAKTI
    Twitter : CSRAJASAKTI
    Instagram : CSRAJASAKTI

    info lebih lanjut contact ke kami. ditunggu ya bos-bos sekalian.

    www.rajasakti.com

    ReplyDelete

loading...