Budiman Perkenal Salam 2 Jari, Gunting Rambut RM2
Published on Dec 22, 2016 in Politik/Utama & Sensasi
PRIHATIN Ahli Parlimen Sungai Besar, Budiman Mohd. Zohdi bakal mengeluarkan kupon Salam 2 Jari, Gunting Rambut RM2 kepada murid sekolah di kawasannyamenjelang pembukaan sekolah.
Tawaran istimewa itu dibuka kepada semua pelajar malah mereka hanya perlu mendapatkan kupon tersebut di beberapa tempat untuk perkhidmatan potongan rambut di kedai gunting rambut yang akan ditentukan kemudian.
Kupon boleh digunakan bermula 28 Disember hingga 2 Januari di kedai gunting rambut biasa. Bukan di salun kecantikan. Kedai biasa mengenakan harga RM8 tetapi dengan kupon ini, mereka hanya bayar RM2, katanya.
Lebih menarik lagi, Budiman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Panjang dijangka memotong rambutnya sendiri supaya beliau dapat tampil lebih kemas bersama-sama dengan murid-murid terlibat.
Tan Sri Shahrir Samad banyak kali tanya bila saya akan potong rambut, maka saya akan potong bersama-sama mereka nanti, Tan Sri, katanya sambil berseloroh kepada Pengerusi Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional itu.
Beliau menyatakan demikian dalam ucapan perasmiannya ketika Majlis Sinar Harapan Yayasan Sime Darby (YSD) Back To School di Bangunan UMNO Bahagian Sungai Besar, Selangor pada Khamis yang turut dihadiriShahrir.
Budiman, 44, yang dilantik sebagai pengerusi baharu Institut Terjemahan dan Buku Malaysia bulan lalu memang terkenal dengan fesyen rambut tebal sehingga menjadi identiti dirinya dalam kalangan penduduk tempatan sendiri.
Dalam pada itu Ketua Pegawai Eksekutif YSD, Yatela Zainal Abidin ketika ditemui pemberita berkata, ia program biasa dilakukan pihaknya melibatkan aktiviti tanggungjawab sosial seperti alam sekitar, kesihatan dan sebagainya.
Untuk program hari ini, jumlah setiap pelajar terima adalah dalam RM122 setiap keluarga terdiri daripada beg sekolah, baju sekolah, stoking dan alat tulis bagi isirumah yang berpendapatan kurang daripada RM3,000.
Kita melakukan aktiviti ini setiap tahun sehingga ke Sabah dan Sarawak, katanya.Pada program itu, seramai 200 murid dari pelbagai sekolah rendah di Parlimen Sungai Besar dipilih oleh YSD. Agensi/Mynewshub.cc/HAA
Tags: Budiman Mohd Zohdi
Anda Juga Mungkin Berminat
Nov 24, 2016
Kerajaan Selangor Jangan Ketepi Titah Sultan Kerana Anwar
KUALA LUMPUR Ahli Parlimen Sungai Besar, Budiman Mohd. Zohdi menyambut baik penegasan Majlis Agama Islam
Nov 11, 2016
Budiman Mohd Zohdi Dilantik Pengerusi Baharu ITBM
KUALA LUMPUR Anggota Parlimen Sungai Besar, Budiman Mohd Zohdi dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah Institut
Oct 17, 2016
Budiman, Mastura Angkat Sumpah Anggota Parlimen
KUALA LUMPUR Budiman Mohd Zohdi dan Datin Mastura Mohd Yazid masing-masing mengangkat sumpah sebagai Anggota
Post navigation
Previous Story Previous post: Anak Maut Digilis Bapa Sendiri Di PontianNext Story Next post: Anda Kini Boleh Tambah Warna Di Latar Belakang Status
Terkini dari Politik
Dec 22, 2016
Lawak DAP Atasi Isu Nelayan Terjejas Tambak Di P.Pinang
GEORGE TOWN Bayangkanlah jika langkah ini dijalankan pihak kerajaan Persekutuan untuk Dec 22, 2016
Nelayan P.Pinang Jadi Mangsa Ekoran Sikap Kerajaan DAP
GEORGE TOWN Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Datuk Seri Dr. Dec 20, 2016
PAN Memalukan Azmin, Enggan Bergabung Sertai PKR
IBARAT retak menanti belah, PAN sebuah parti serpihan daripada PAS, bertegas membuat Dec 19, 2016
Perjanjian Kerjasama PH-PPBM Sukar Jadi Kenyataan
NIBONG TEBAL UMNO Pulau Pinang menyifatkan perjanjian kerjasama antara Parti Pribumi Dec 19, 2016
Pengagihan Kerusi Dilakukan Ikut Faktor Kemenangan
SHAH ALAM Pengagihan kerusi dalam kalangan parti Pakatan Harapan dan Parti
Kategori
- Alhijrah Frenz
- Artis
- Gadjet
- Gaya Hidup
- Hangat
- Jenayah
- myVideo
- Politik
- Resepi
- Slider
- Sukan
- Terkini
- Uncategorized
- Utama & Sensasi
- Video Viral
Tags
1MDBAmerika SyarikatAnwar IbrahimArtisBanjirbayibola sepakBombaChinaDAPGSThollywoodIndonesiaJenayahkanak-kanakkebakarankemalangankemalangan mautkes bunuhKhairy JamaluddinlelakimahkamahMalaysiamautMayatMH17myArtisNajib Tun RazakPASpelajarpelakonpelikpenyanyiPKRpolisSabahsarawakselebritiSingapuraSPRMUMNOvideovideo viralWanitaZahid Hamidi
Subscribe in a reader
Powered by Extra Media Network
Sumber: mynewshub
–> Klik jika rasa post ini patut dibuang
Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih
0 comments:
Post a Comment