Isu & Kontroversi
Baru-baru ini Kecik atau nama sebenarnya Mohamad Fauzi Kamarudin khabarnya ditamatkan kontrak sebagai penyanyi utama kumpulan Hyper Act. Entah dimana silapnya, selepas Ronnie disingkirkan, kini tiba pula giliran Kecik.
Mesti ramai yang tertanya-tanya apa yang sudah berlaku? Nah baca penjelasan daripada Kecik sendiri.
Jodoh kita bersama hanyalah sampai di sini sahaja
Setelah selama lebih setahun Kecik berkarya bersama Hyper Act, jodoh kita bersama hanyalah sampai di sini sahaja. Kecik ingin mengucapkan terima kasih atas sokongan yang telah banyak diberi oleh semua. Perjalanan dunia seni Kecik tak akan berhenti di sini kerana ianya hanya baru bermula. Kecik harap semua akan terus menyokong dan doakan kejayaan Kecik demi mencari rezeki di dunia seni yang amat Kecik sayangi.
Kekuatan Hyper Act bukan terletak di tangan penyanyi
Kekuatan Hyper Act bukan nya terletak di tangan penyanyi. Tak kisah siapa yg menyanyi. Cuba semua pikir. RONNIE start karier dgn SUNDAY kan? pastu bergerak solo, lepastu join kumpulan SLAM tapi RONNIE dikenali dgn band mana? Hyper Act kan? Yes. Sebab apa? Sebab ciptaan lagu. Tapi sekarang pun RONNIE masih lagi berjaya mengibarkan sayapnya sebab apa? Sebab rezeki itu datangnya dari Tuhan bukan dari manusia. Tahniah RONNIE. Jujur saya cakap Hyper Act ini salah satu band di malaysia yg banyak menghasilkan lagu2 yg berkualiti. Antara lagu2 HYPER ACT yg famous HANYA AKU HARAPAN KUTIBALAGI PASTI SEMPURNA dan banyak lagi. Tak macam sesetengah lagu yg biasa kita dgr dia radio setiap hari tapi hanya famous sehari dua sahaja lepas tu tenggelam terus. Saya berjaya tempa nama di dalam industri pun disebabkan ciptaan lagu daripada FROZEN. TAKKANPERGI merupakan hasil karya FROZEN (komposer) yg sgt berjaya membuka mata pendengar2 di malaysia untuk membuktikan tanpa RONNIE EX VOKALIS pun HYPER ACT mampu untuk terus berkarya dan bertahan sampai ke hari ini.
Masalah ini berpunca daripada hal peribadi saya dengan FROZEN
Di dalam hal ini saya rasa semua org salah faham dgn apa yg berlaku. HYPER ACT langsung tidak bersalah. Mereka lah yg memberi peluang untuk saya menggalas tanggungjawab sebagai VOKALIS. HYPER ACT byk membantu saya, dari segi nyanyian, penguasaan pentas, cara bercakap dan mcm2 lagi. Walaupun tugas ini terlalu berat buat saya tapi alhamdulillah saya berjaya memikul tugas ini selama lebih setahun. Jodoh,takdir dan pertemuan ini ketentuan ilahi. Kita hanya merancang tuhan menentukan. Ahli ahli HYPER ACT semua tidak bersalah. Masalah ini berpunca daripada hal peribadi saya dgn FROZEN. Saya bergaduh mulut dgn dia masa bulan september. Selepas itu saya diharamkan masuk ke studio daripada bulan SEPTEMBER sampai lah tarikh saya umumkan keluar dari HYPER ACT. Show2 dari bulan SEPTEMBER hingga DISEMBER semuanya saya praktis sendiri tanpa HYPER ACT. Walaupun agak susah tapi saya kena hadap. Sbb ini jalan yg saya pilih. FROZEN tetap dgn ego dia xnak memaafkan saya. Saya cuba untuk berjumpa minta maaf tapi dia xnak sbb dia berpegang dgn jati diri dia Sudah diludah xkan dijilat balik . Tak salahkan dia. Maafkan saya.
sumber : instagram kecik_ogiee
- Bio
- Latest Posts
Arini Saleh
Content Champion at Rev Asia Berhad
Latest posts by Arini Saleh (see all)
- Disingkirkan Dari Hyper Act? Kecik Dedah Perkara Sebenar & Ini Yang Berlaku – 30/12/2016
- Apa Salah Jadi Anak Nelayan? Diejek & Ditertawa Kerana Ayah Seorang Nelayan, Wanita Ini Luah Rasa Pilu – 29/12/2016
- Tak Yakin Nak Kahwin Sebab Takut Tak Mampu Wanita Ini Kongsi Rezeki Melimpah Selepas Kahwin – 28/12/2016
- Anak Suka Sorok Handphone, Bila Ditanya Kenapa Jawapan Kanak-Kanak Ini Buat Kami Tersentak – 24/12/2016
- Wanita Ini Tegur Seorang Artis Lelaki Untuk Berselfie & Respon Diterima Sangat Tak Disangka! – 24/12/2016
Leave a Reply Cancel reply
Your email address will not be published. Required fields are marked *
Comment
Email *
Website
2016 OHBULAN!. All Rights Reserved.
Sumber: Ohbulan
–> Klik jika rasa post ini patut dibuang
Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih
0 comments:
Post a Comment