loading...

Saturday, 24 December 2016

Doa Menghindar Dari Kebakaran Dan Kecelakaan

Dalam keadaan musim kering yang berpanjangan ini, cukup menjadikan kita bimbang akan bahaya kebakaran.Doa menghindar dari kebakaran dan kecelakaanpatut dijadikan amalan kita setiap hari. Umat Islam amat digalakkan beristiqamah dalam berdoa supaya mendapat perlindungan Allah daripada sebarang bahaya kebakaran, kecelakaan dan musibah lain yang tidak diingini.

Dalam situasi sekarang ia memerlukan masa yang agak lama untuk menantikan keadaan pulih seperti sediakala, maka marilah kita juga melakukanSolat Sunat Istisqadan membacadoa mohon hujan(klik sini).

.

.

Doa Keselamatan Dari Abu Darda

Doa mengelak dan menghindar dari kebakaranyang biasa diwiridkan oleh Abi Darda adalah:

Doa Hindar Kecelakaan dan Kebakaran

.

.

Kelebihan & Khasiat Doa Abu Darda

Khasiat doa ini adalah ia mampumengelakkan kecelakaan terutama kebakaranyang datang tanpa disangka kepada kita sama ada siang atau malam. Bacalah doa ini setiap kali selesai solat Subuh dan solat Maghrib. Apabila dibacakan selepas solat Subuh, InsyaAllah akan diselamatkan dari kecelakaan sehingga tiba Maghrib dan jika dibaca selepas solat Maghrib InsyaAllah diselamatkan sehingga waktu Subuh keesokan harinya.

Menurut riwayat dari Thalaq bin Habib dan dari riwayat at-Tabaraniy dalam Kitab al-Dua dari Abdullah bin Ahmad bin Hanbal bahawa seseorang sahabat pernah menemui dan memberitahu Abu Darda` r.a bahawa kebakaran sedang berlaku pada kawasan rumahnya dengan berkata,Wahai Abu Ad-Darda, rumahmu terbakar!

Mendengar berita itu, dengan penuh yakin Abu Darda menafikannya. Kemudian datang lagi seorang mengadu hal yang sama lalu ditolak olehnya lagi sehinggalah orang yang ketiga tetapi tetap dinafikannya.

Diriwayatkan dari Thalaq bin Habib, Abu Darda menjawab,Rumahku tidak terbakar, Allah tidak akan melakukan itu. Kerana kudengar dari Rasulullah,Sesiapa yang membaca kalimah (doa) di pagi hari, maka ia tidak akan ditimpa musibah hingga petang. Dan sesiapa membacanya di petang hari, maka ia tidak akan tertimpa musibah hingga pagi.

Dalam riwayat at-Tabaraniy pula, Abu Darda r.a telah menjelaskan bahawa dia mendengar Rasulullahbersabda:Sesiapa yang mengamalkan doa ini dibacakan pada waktu pagi dan petang, dia tidak akan melihat sebarang perkara yang tidak disenanginya menimpa diri, anak-anak, pasangan dan rumahnya.

Kemudian datanglah orang yang ke empat memberitahu bahawa apabila api yang marak itu menghampiri rumah Abu Darda, ia telah terpadam dengan sendirinya. Dan selepas mereka tiba di sana, ternyata di kawasan itu memang terjadi kebakaran, tetapi rumah Abu Darda terselamat.

.

.

Yakin

Yakinilah doa di atas sangat bermanafat untuk kita semua dan dapatlah kiranya diwiridkan doa ini pada waktu pagi dan petang, InsyaAllah keluarga kita bolehdihindar daripada musibah kebakaranyang tidak kita inginkan. Semua kebaikan dan keburukan datang dari Allah dan hanya dengan izinNya sahajalah yang dapat menghindarkan segala musibah daripada menimpa kita.

.

Dari Abu Musa al-Asyari ra, katanya:Ada rumah yang terbakar di Madinah mengenai keluarga dalam rumah itu di waktu malam. Setelah Rasulullahdiberitahu akan hal ehwal mereka yang rumahnya terbakar tadi, lalu Bagindabersabda:Sesungguhnya api itu adalah musuh kamu semua, maka dari itu jika kamu semua hendak tidur, padamkanlah api itu dahulu.(Muttafaq alaih)

.

.

Wallahu Alam Bish Shawab

(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

via Bin Usrah
sumber : www.gengviral.com

Sumber: 1citemalaya

–> Klik jika rasa post ini patut dibuang

Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih

Related Posts:

0 comments:

Post a Comment

loading...