Mat Sabu Mahu Pakatan Diikat Dengan Perjanjian
Published on Dec 10, 2016 in Politik/Utama & Sensasi
KUALA LUMPUR Parti Amanah Negara (PAN) mahu Pakatan Harapan yang diketuai DAP dan turut dianggotai Parti Keadilan Rakyat (PKR) bersama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) diikat dengan satu perjanjian persefahaman yang kuat.
Presidennya, Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu berkata, beliau percaya bahawa DAP, PKR, PAN dan PPBM yang diasaskan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad telah bersedia untuk mewujudkan ikatan perjanjian tersebut.
Semangat politik semata-mata untuk mengalahkan UMNO tanpa disertai komitmen untuk membina kerjasama politik yang padu, tidak mampu melakukan reformasi total.
PAN bersama Pakatan Harapan dan PPBM komited untuk menubuhkan sebuah kesatuan pembangkang bagi mengadapi UMNO pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) dengan satu logo, katanya seperti terkandung dalam teks ucapan beliau bersempena Konvensyen PAN 2016 hari ini.
Gabungan parti pembangkang sejak era Barisan Alternatif pernah mewujudkan beberapa perjanjian, malangnya tidak pernah dipenuhi malah menyaksikan banyak peristiwa `tikam-menikam sesama mereka.
Pakatan Rakyat yang dibubarkan pada tahun lalu oleh DAP dan PKR pernah mewujudkan Dasar Bersama Pakatan Rakyat tetapi lebur tidak lama kemudian kerana percanggahan ideologi dalam kalangan mereka.
Kemudian diwujudkan pula Perjanjian Pakatan Harapan di Shah Alam, Selangor selepas Pakatan Rakyat dibubarkan, tetapi sehingga kini pelbagai percanggahan diantara parti-parti pembangkang tidak dapat elakkan.
Mat Sabu dalam pada itu meningatkan seluruh ahli PAN bahawa terdapat pihak tertentu dalam negara yang berpegang kepada fahaman ekstrem agama.
Kata beliau, kumpulan ekstremis tersebut dengan begitu mudah melabelkan individu atau kumpulan lain sebagai kafir dan bertindak secara keras dan radikal bagi mencapai matlamat mereka.
Malangnya kerana retorik yang dibawa, mereka dapat mempengaruhi ramai orang. Islam diselewengkan maksudnya bagi menepati pemikiran dan fahaman sempit mereka,
Sehingga `pembunuhan terhadap sesiapa sahaja yang tidak mengikut konsep dan idealisme mereka dianggap sebagai satu jihad, katanya yang dipercayai merujuk kepada PAS. MYNEWSHUB.CC
Tags: Mat Sabupakatan harapan
Anda Juga Mungkin Berminat
Jul 1, 2016
Pakatan Kesal Guan Eng Ditahan Sewaktu Ramadan
KUALA LUMPUR Parti Amanah Negara (PAN) yang menganggotai Pakatan Harapan kesal kerana Setiausaha Agung DAP,
Mar 16, 2016
Pakatan Umum Dewan Himpunan Cina Kuala Lumpur Lokasi Bersejarah?
KUALA LUMPUR Pakatan Harapan mengumumkan bangunan Dewan Himpunan Cina Kuala Lumpur sebagai lokasi bersejarah Pakatan
Dec 8, 2016
Penyokong Pakatan Harapan Telah Dimindsetkan
KUALA LUMPUR Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dikecam oleh penyokong Pakatan Harapan kerana
Post navigation
Previous Story Previous post: Waspada Budaya Pemberian Hadiah RazaliNext Story Next post: MAHA 2016 Capai Sasaran Tiga Juta Pengunjung
Terkini dari Politik
Dec 17, 2016
Anwar Tetap Calon PM, Bukan Muhyiddin! Kit Siang
KUALA LUMPUR Pakatan Harapan akan tetap memilih Ketua Umum Parti Keadilan Dec 17, 2016
BN Kedah Tidak Gentar Dengan PPBM Ahmad Bashah
ALOR SETAR Barisan Nasional (BN) Kedah tidak gentar dengan Parti Pribumi Dec 16, 2016
Persempadanan Semula: Selangor Dibenarkan Tangguh
KUALA LUMPUR Mahkamah Tinggi di sini hari ini membenarkan permohonan Kerajaan Dec 16, 2016
Rusia Dituduh Godam Keputusan Pilihan Raya AS
SUMBER perisikan Amerika Syarikat (AS) mendakwa mempunyai bukti bahawa kumpulan pengodam dari Dec 16, 2016
Gerakan Tak Bimbang Kjasama Pbangkang Hadapi PRU-14
PETALING JAYA Presiden Gerakan Datuk Seri Mah Siew Keong berkata parti
Advertisement
We are offering exclusive and effective positioning in addition to traditional placements and a chance to be part of the most authentic representation of today’s outlook on lifestyle. [emailprotected]
Kategori
- Alhijrah Frenz
- Artis
- Gadjet
- Gaya Hidup
- Hangat
- Jenayah
- myVideo
- Politik
- Resepi
- Slider
- Sukan
- Terkini
- Uncategorized
- Utama & Sensasi
- Video Viral
Tags
1MDBAmerika SyarikatAnwar IbrahimArtisBanjirbayibola sepakBombaChinaDAPGSThollywoodIndonesiaJenayahkanak-kanakkebakarankemalangankemalangan mautkes bunuhKhairy JamaluddinlelakimahkamahMalaysiamautMayatMH17myArtisNajib Tun RazakPASpelajarpelakonpelikpenyanyiPKRpolisSabahsarawakselebritiSingapuraSPRMUMNOvideovideo viralWanitaZahid Hamidi
Subscribe in a reader
Powered by Extra Media Network
Sumber: mynewshub
–> Klik jika rasa post ini patut dibuang
Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih
0 comments:
Post a Comment