Pakatan Perlu Tunjukkan Kabinet Bayangannya Dahulu
Published on Dec 16, 2016 in Politik/Terkini
KUALA LUMPUR Pakatan Harapan perlu menunjukkan kabinet bayangannya terlebih dahulu sebelum bercita-cita menubuhkan sebuah kerajaan, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.
Beliau mempersoalkan jika isu mudah seperti kabinet bayangan, yang merupakan amalan biasa dalam kerajaan yang menggunakan sistem Westminster, tidak boleh diselesaikan, bagaimana pembangkang hendak melaksanakan perkara yang lebih besar.
Rakyat tidak suka untuk terlibat di dalam ketidaktentuan dan dengan Pakatan Harapan inilah yang anda dapat. (Naib Presiden PKR), Rafizi Ramli berkata kalau Pakatan menang dalam pilihan raya umum akan datang, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menjadi Perdana Menteri jika kesemua anggota Pakatan menerima beliau.
Jika Yang di-Pertuan Agong mengampunkan beliau dan jika Anwar dibebaskan daripada penjara dan jika ada pilihan raya kecil dan jika Anwar menang pilihan raya kecil itu dan seterusnya. Terlalu banyak kalau yang terlibat di sini dan tiada yang dapat dijawab pada masa ini, kata beliau di laman blognya http://ift.tt/1iYjenR.
Salleh menjelaskan Rafizi seperti meminta pengundi untuk memberikan kuasa dahulu kepada Pakatan kemudian Pakatan akan menyelesaikan kalau yang banyak itu dan cuba menjadikan Anwar sebagai Perdana Menteri jika ia boleh berlaku.
Selasa lepas, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) mengumumkan masih belum menyertai pakatan pembangkang dan hanya menandatangani perjanjian kerjasama dengan Pakatan Harapan.
Antara kandungan perjanjian itu ialah kedua-dua parti bersetuju untuk meletakkan satu calon bagi mewakili Pakatan Harapan-PPBM di semua peringkat dalam pilihan raya umum.
Salleh yang juga Bendahari UMNO, menekankan banyak lagi soalan yang perlu dijawab seperti siapa yang bakal menjadi timbalan perdana menteri, adakah akan ada lebih daripada satu timbalan perdana menteri dan siapa akan dilantik ke dalam kabinet dan sebagainya.
Pakatan tidak mampu untuk menubuhkan satu kabinet bayangan walaupun sudah lapan tahun kewujudannya dan bagaimana ia akan menubuhkan kabinet kalau mereka menang pilihan raya?, katanya.
Hakikatnya pembangkang telah melahirkan lima gabungan sejak 1990, dan nampaknya sekarang ia masih belum lagi mengubah fikiran terhadap PPBM, menunjukkan selepas lebih dari 26 tahun pembangkang masih lagi tidak stabil kedudukan mereka, katanya. BERNAMA
Tags: Datuk Seri Dr Salleh Said KeruakPKR
Anda Juga Mungkin Berminat
Dec 17, 2016
Saran Usahawan AIM Teroka Manfaat Ekonomi Digital
KOTA BELUD Usahawan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) disaran meneroka manfaat ekonomi digital bagi memperluaskan potensi
Dec 17, 2016
DAP Tetapkan PM Seterusnya Wan Azizah Wan Ismail
KETUA Ahli Parlimen DAP, Lim Kit Siang telah menetapkan bahawa Presiden PKR, Dr. Wan Azizah Wan
Dec 14, 2016
Dia (PAS) Ingat Dia Kuat Suhaizan
KUALA LUMPUR Orang ajak berunding agar sama-sama selamat. Tapi dia ingat dia kuat, kata Setiausaha
Post navigation
Previous Story Previous post: Petani Kerian Minta Bernas Kaji Semula Kadar Potongan PadiNext Story Next post: 1Serve Di UTC Perak Bermula Februari Depan
Terkini dari Politik
Dec 17, 2016
Iltizam DAP Jadikan Msia Negara Tak Kira Agama, Bangsa
KUALA LUMPUR DAP berpegang teguh kepada komitmen parti itu sejak setengah Dec 17, 2016
DAP Tetapkan PM Seterusnya Wan Azizah Wan Ismail
KETUA Ahli Parlimen DAP, Lim Kit Siang telah menetapkan bahawa Presiden PKR, Dec 17, 2016
Anwar Tetap Calon PM, Bukan Muhyiddin! Kit Siang
KUALA LUMPUR Pakatan Harapan akan tetap memilih Ketua Umum Parti Keadilan Dec 17, 2016
BN Kedah Tidak Gentar Dengan PPBM Ahmad Bashah
ALOR SETAR Barisan Nasional (BN) Kedah tidak gentar dengan Parti Pribumi Dec 16, 2016
Persempadanan Semula: Selangor Dibenarkan Tangguh
KUALA LUMPUR Mahkamah Tinggi di sini hari ini membenarkan permohonan Kerajaan
Advertisement
We are offering exclusive and effective positioning in addition to traditional placements and a chance to be part of the most authentic representation of today’s outlook on lifestyle. [emailprotected]
Kategori
- Alhijrah Frenz
- Artis
- Gadjet
- Gaya Hidup
- Hangat
- Jenayah
- myVideo
- Politik
- Resepi
- Slider
- Sukan
- Terkini
- Uncategorized
- Utama & Sensasi
- Video Viral
Tags
1MDBAmerika SyarikatAnwar IbrahimArtisBanjirbayibola sepakBombaChinaDAPGSThollywoodIndonesiaJenayahkanak-kanakkebakarankemalangankemalangan mautkes bunuhKhairy JamaluddinlelakimahkamahMalaysiamautMayatMH17myArtisNajib Tun RazakPASpelajarpelakonpelikpenyanyiPKRpolisSabahsarawakselebritiSingapuraSPRMUMNOvideovideo viralWanitaZahid Hamidi
Subscribe in a reader
Powered by Extra Media Network
Sumber: mynewshub
–> Klik jika rasa post ini patut dibuang
Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih
0 comments:
Post a Comment