PAN Tunjuk Sikap Sebenar Mereka Hadapi PRU PAS
Published on Dec 28, 2016 in Politik/Utama & Sensasi
KUALA LUMPUR Hasrat Parti Amanah Negara (PAN) untuk bertanding 40 kerusi tradisi milik PKR dan PAS dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang menunjukkan sikap sebenar mereka, kata PAS.
Mereka (PAN), tetap mahu curi kerusi walaupun daripada sekutu mereka, PKR, kata Naib Presiden PAS, Datuk Iskandar Samad pada sidang media di sini, Rabu.
Pada Selasa, Ketua Komunikasi PAN, Khalid Samad berkata parti itu sedang mengintai kerusi yang secara tradisinya ditandingi oleh PKR dan PAS.
Bagaimanapun, parti itu bersedia untuk membenarkan PAS mengetuai kempen di Kelantan dan Terengganu jika mereka kembali ke pangkuan gabungan parti pembangkang.
Tetapi Iskandar menegaskan bahawa situasi seperti itu tidak akan berlaku.
Ini kerana PAS telah memutuskan bahawa kerjasama politik tidak akan diwujudkan dengan bekas sekutunya DAP dan parti serpihan mereka, PAN, yang merupakan sebahagian daripada gabungan baharu itu.
Iskandar berkata ini juga tidak bermakna PAS akan bekerjasama dengan Umno.
Majlis Syura telah memutuskan bahawa kita tidak akan bekerjasama dengan Umno. Ini jelas. Tiada kerjasama politik akan ditubuhkan dengan Umno, katanya.
Ditanya sama ada PAS terpaksa memilih antara Umno atau Pakatan Harapan jika mereka mendapat cukup kerusi di Selangor selepas pilihan raya umum, ahli Dewan Undangan Negeri Chempaka ini berkata perkara itu tidak sepatutnya dibangkitkan.
Kita tunggu dan lihat. Pada tahun 2008, kita mempunyai peluang untuk bekerjasama dengan Umno tetapi kami pergi (ketika itu) kepada Pakatan Rakyat, katanya.
DAP dan PAS telah memenangi 15 kerusi pada Pilihan Raya Umum 2013, dengan PKR mendapat 13 kerusi dan Umno 12 kerusi.
Terdahulu, PAS mengumumkan pelancaran kempen PAS Pilihanku untuk menarik lebih ramai ahli baharu.
Iskandar berkata kempen itu akan bermula pada 1 Januari, tetapi Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan membuat pelancaran secara rasmi pada 21 Januari ini di Shah Alam.
Kempen ini bertujuan untuk meningkatkan 15 peratus keahlian di setiap negeri menjelang pilihan raya umum akan datang.
Iskandar bagaimanapun menafikan kempen itu dilancarkan disebabkan oleh pengaruh penubuhan Amanah dan Parti Bersatu Pribumi Malaysia.
Tidak, kami tidak berada di bawah ancaman sama sekali. Ramai yang berminat untuk menyertai parti kita terutama apabila kita mengamalkan dasar baharu politik matang.
Pengundi atas pagar adalah sasaran kami, katanya. mStar Online
Tags: PANPAS
Anda Juga Mungkin Berminat
Dec 12, 2016
Cybertrooper Pakatan Miliki Banyak Akaun FB!
KUALA LUMPUR PAS memandang berat kewujudan `cybertrooper yang ditugaskan oleh musuh-musuh parti itu untuk melempar
Dec 8, 2016
Raja Bahrin Ibarat Ayam Bergelumang Tahi PAS
KUALA LUMPUR Ayam berkokok berderai derai, ekor sendiri bergelumang tahi, kata Pegawai Pusat Penyelidikan PAS,
Dec 7, 2016
PAS Terengganu Anggap PAN Tak Wujud Di Alam Nyata
KUALA LUMPUR Parti Amanah Negara (PAN) tak wujud di alam nyata, Parti Keadilan Rakyat (PKR)
Post navigation
Previous Story Previous post: Daesh: Penghantar Surat Didakwa Bagi 2 TuduhanNext Story Next post: Polis Sabah & Labuan Cemerlang Jaga Keselamatan
Terkini dari Politik
Dec 28, 2016
Pemimpin Perlu Utamakan Perjuangan, Ikhlas Berkhidmat
TAWAU Pembantu Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat Sabah Datuk Dec 28, 2016
Pandangan Tun Mahathir Tidak Lagi Relevan
TUARAN Pandangan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tidak lagi Dec 28, 2016
Jangan Samakan BR1M Dengan Rasuah MCA
PETALING JAYA MCA membidas pihak yang menyamakan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) Dec 28, 2016
Romania Tolak PM Wanita, Islam Pertama
BUCHAREST Presiden Romania semalam menolak cadangan parti berhaluan kiri yang menang Dec 26, 2016
PAN: Raja Berperlembagaan Tak Langgar Undang-Undang
KUALA LUMPUR Parti Amanah Negara (PAN) mendakwa Presiden Pelindung Khazanah Alam
Kategori
- Alhijrah Frenz
- Artis
- Gadjet
- Gaya Hidup
- Hangat
- Jenayah
- myVideo
- Politik
- Resepi
- Slider
- Sukan
- Terkini
- Uncategorized
- Utama & Sensasi
- Video Viral
Tags
1MDBAmerika SyarikatAnwar IbrahimArtisBanjirbayibola sepakBombaChinaDAPGSThollywoodIndonesiaJenayahkanak-kanakkebakarankemalangankemalangan mautkes bunuhKhairy JamaluddinlelakimahkamahMalaysiamautMayatMH17myArtisNajib Tun RazakPASpelajarpelakonpelikpenyanyiPKRpolisSabahsarawakselebritiSingapuraSPRMUMNOvideovideo viralWanitaZahid Hamidi
Subscribe in a reader
Powered by Extra Media Network
Sumber: mynewshub
–> Klik jika rasa post ini patut dibuang
Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih
0 comments:
Post a Comment