Pemimpin Pakatan Harapan Mahu PAN Dibubarkan?
Published on Dec 29, 2016 in Politik/Utama & Sensasi
KUALA LUMPUR PAS Selangor mendedahkan terdapat pemimpin Pakatan Harapan mahu Parti Amanah Negara (PAN) dibubarkan dan ahli-ahlinya diserapkan ke dalam parti-parti lain dalam Pakatan Harapan.
Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad yang mendedahkan perkara itu berkata, pemimpin Pakatan Harapan terbabit mahu PAN dibubarkan kerana melihat PAN sebuah parti politik yang mencelarukan.
Jelas beliau, PAN dilihat sebagai sebuah parti politik yang celaru kerana baru-baru ini terdapat pemimpinnya mahu PAN bertanding di kerusi-kerusi parti sekutunya iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Rakyat sekarang menjadi semakin keliru apabila seorang lagi pemimpin tertinggi PAN membuat kenyataan balas iaitu PAN tidak akan bertanding di kerusi-kerusi PKR.
Mungkin ia satu tindakan damage control tetapi terserlah kecelaruan yang wujud dalam kalangan kepimpinan tertinggi PAN. Oleh demikian, tidak hairanlah terdapat pemimpin Pakatan Harapan mahu PAN dibubarkan dan ahlinya diserapkan ke dalam parti-parti lain, katanya dalam satu kenyataan hari ini.
PAN ditubuhkan oleh beberapa bekas pemimpin PAS yang tewas dalam pemilihan parti itu pada tahun lalu kerana pro-DAP dan pro-Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PAN kemudian menyertai Pakatan Harapan yang diketuai DAP kononnya bagi menggantikan PAS sebagai parti Islam dalam pakatan pembangkang.
PAS disingkirkan oleh PKR dan DAP kerana enggan tunduk dalam beberapa isu akidah Islam yang dikhuatiri boleh menjejaskan sokongan bukan Islam ke atas pakatan pembangkang.
Bagaimanapun, PKR masih menjalinkan kerjasama dengan PAS Selangor untuk memastikan negeri itu terus ditadbir oleh PKR. MYNEWSHUB.CC
Tags: Datuk Iskandar Abdul Samadpakatan harapanPANPAS
Anda Juga Mungkin Berminat
May 31, 2016
Wow! Pemimpin PAS Tampil Imej Pendekar Melayu
KOTA BHARU Berbeza muktamar sebelum ini, pemimpin PAS yang menghadiri Muktamar ke-62 di Kelantan Trade
Nov 18, 2015
DAP Pecat Semua Ahli PAS Daripada JKKK Pulau Pinang
GEORGE TOWN Kerajaan Pulau Pinang yang dikuasai DAP mengesahkan sudah pun berjaya memecat semua ahli
Oct 29, 2015
Dewan Rakyat: Pembangkang Diselar Asyik Sensasikan Isu 1MDB
KUALA LUMPUR Tindakan pembangkang yang tidak habis-habis membangkitkan dan mensensasikan isu 1Malaysia Development Bhd (1MDB)
Post navigation
Previous Story Previous post: Annuar Bidas PFAM Banyak Mengarut!
Terkini dari Politik
Dec 28, 2016
Misteri Muhyiddin Bisu Ulas BR1M, Takut Palit Isu Seks?
ALKISAH penulis sempat lepak di Agensi Kaunseling Pengurusan Kredit (AKPK) di ibu Dec 28, 2016
Pemimpin Perlu Utama Perjuangan, Ikhlas Khidmat
TAWAU Pembantu Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat Sabah Datuk Dec 28, 2016
Pandangan Tun Mahathir Tidak Lagi Relevan
TUARAN Pandangan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tidak lagi Dec 28, 2016
PAN Tunjuk Sikap Sebenar Mereka Hadapi PRU PAS
KUALA LUMPUR Hasrat Parti Amanah Negara (PAN) untuk bertanding 40 kerusi Dec 28, 2016
Jangan Samakan BR1M Dengan Rasuah MCA
PETALING JAYA MCA membidas pihak yang menyamakan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M)
Kategori
- Alhijrah Frenz
- Artis
- Gadjet
- Gaya Hidup
- Hangat
- Jenayah
- myVideo
- Politik
- Resepi
- Slider
- Sukan
- Terkini
- Uncategorized
- Utama & Sensasi
- Video Viral
Tags
1MDBAmerika SyarikatAnwar IbrahimArtisBanjirbayibola sepakBombaChinaDAPGSThollywoodIndonesiaJenayahkanak-kanakkebakarankemalangankemalangan mautkes bunuhKhairy JamaluddinlelakimahkamahMalaysiamautMayatMH17myArtisNajib Tun RazakPASpelajarpelakonpelikpenyanyiPKRpolisSabahsarawakselebritiSingapuraSPRMUMNOvideovideo viralWanitaZahid Hamidi
Subscribe in a reader
Powered by Extra Media Network
Sumber: mynewshub
–> Klik jika rasa post ini patut dibuang
Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih
0 comments:
Post a Comment