Pemimpin Perlu Utamakan Perjuangan, Ikhlas Berkhidmat
Published on Dec 28, 2016 in Politik/Utama & Sensasi
TAWAU Pembantu Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat Sabah Datuk Hamisa Samat mengingatkan pemimpin akar umbi supaya tidak membelakangkan prinsip membela nasib rakyat hanya kerana tergoda dengan imbuhan yang ditawarkan pihak lain.
Beliau berkata mereka sepatutnya ikhlas dan yakin dengan ganjaran yang akan diperoleh daripada Allah ketika berkhidmat kepada rakyat.
Jangan mudah tergoda hanya kerana ringgit, jangan kita jadi tali barut, jangan kita jadi talam dua muka, jangan kita jadi gergaji dua mata, kerana anda semua adalah pemimpin. Jangan gadaikan tanah air kita.
Jangan jadi pemimpin yang menganiaya rakyat untuk kepentingan peribadi sebaliknya berjuang dengan ikhlas dan berpegang teguh kepada prinsip perjuangan, katanya katanya ketika berucap pada Himpunan Tahunan Pemimpin-Pemimpin Masyarakat Bersama Datuk Hamisa Samat di sini, malam tadi.
Menurutnya pemimpin akar umbi adalah harapan rakyat dan menjadi jambatan utama penghubung antara kerajaan dengan rakyat yang berperanan besar membantu menyelesai pelbagai isu dihadapi rakyat.
Dalam pada itu, Hamisa yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Tanjong Batu, menasihatkan pemimpin dan masyarakat supaya tidak terpengaruh dengan janji pihak tertentu yang menabur pelbagai janji. BERNAMA
Tags: Kerajaanpemimpin
Anda Juga Mungkin Berminat
Dec 28, 2016
BR1M Bukti Tanggungjawab Kerajaan Bantu Rakyat Abu Zahar
KUALA LUMPUR Pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) membuktikan kerajaan berpegang kepada prinsip bertanggungjawab membantu rakyat
Dec 28, 2016
UTC Melaka Bukti Kerajaan Komited, Prihatin Bantu Rakyat
MELAKA Pusat Transformasi Bandar (UTC) Melaka, yang berfungsi sebagai pusat perkhidmatan sehenti sejak empat tahun
Dec 22, 2016
Petronas Kurang Pengeluaran Beri Kesan Minimum
KUALA LUMPUR Menteri Kewangan Kedua, Datuk Johari Abd. Ghani berkata rancangan Petroliam Nasional Bhd. (Petronas)
Post navigation
Previous Story Previous post: Pandangan Tun Mahathir Tidak Lagi RelevanNext Story Next post: NGO Minta Jakim Jelas Status Halal Coklat Daim, Toblerone
Terkini dari Politik
Dec 28, 2016
Pandangan Tun Mahathir Tidak Lagi Relevan
TUARAN Pandangan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tidak lagi Dec 28, 2016
Amanah Tunjuk Sikap Sebenar Mereka PAS
KUALA LUMPUR Hasrat Parti Amanah Negara (Amanah) untuk bertanding 40 kerusi Dec 28, 2016
Jangan Samakan BR1M Dengan Rasuah MCA
PETALING JAYA MCA membidas pihak yang menyamakan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) Dec 28, 2016
Romania Tolak PM Wanita, Islam Pertama
BUCHAREST Presiden Romania semalam menolak cadangan parti berhaluan kiri yang menang Dec 26, 2016
PAN: Raja Berperlembagaan Tak Langgar Undang-Undang
KUALA LUMPUR Parti Amanah Negara (PAN) mendakwa Presiden Pelindung Khazanah Alam
Kategori
- Alhijrah Frenz
- Artis
- Gadjet
- Gaya Hidup
- Hangat
- Jenayah
- myVideo
- Politik
- Resepi
- Slider
- Sukan
- Terkini
- Uncategorized
- Utama & Sensasi
- Video Viral
Tags
1MDBAmerika SyarikatAnwar IbrahimArtisBanjirbayibola sepakBombaChinaDAPGSThollywoodIndonesiaJenayahkanak-kanakkebakarankemalangankemalangan mautkes bunuhKhairy JamaluddinlelakimahkamahMalaysiamautMayatMH17myArtisNajib Tun RazakPASpelajarpelakonpelikpenyanyiPKRpolisSabahsarawakselebritiSingapuraSPRMUMNOvideovideo viralWanitaZahid Hamidi
Subscribe in a reader
Powered by Extra Media Network
Sumber: mynewshub
–> Klik jika rasa post ini patut dibuang
Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih
0 comments:
Post a Comment