Tangkis Peluru Berpandu Politik Menjelang PRU14
Published on Dec 11, 2016 in Politik/Terkini
KAJANG Semua parti komponen Barisan Nasional (BN) diminta tangkas menangkis peluru berpandu politik yang dilancarkan pembangkang khususnya menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata semakin banyak fitnah dilemparkan bagaikan peluru berpandu yang ditembak dari dekat dan jauh terhadap kerajaan dan BN serta individu dalam kepimpinan BN.
Dalam keadaan demikian, kepimpinan dalam parti komponen BN, parti-parti yang bersahabat dengan BN serta badan bukan kerajaan (NGO) haruslah menghadapi semua fitnah itu dan bukannya hanya berdiam diri, katanya.
Ahmad Zahid, yang juga Naib Presiden UMNO menjalankan tugas Timbalan Presiden parti, berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan penutupan Perhimpunan Agung Parti Barisan Kemajuan India Se-Malaysia (IPF) Ke-24 di sini, hari ini.
Katanya keakraban dalam kalangan kepimpinan dan parti-parti komponen BN mampu menangkis tembakan peluru politik.
Sebagai contoh, katanya, tohmahan kononnya kerajaan membawa masuk 700,000 pekerja asing ke negara untuk diberi taraf kewarganegaraan, adalah tidak benar.
Sehubungan itu, kita perlu tolak apa yang dibalingkan mereka. Keakraban yang terjalin antara pemimpin adalah asas untuk menongkah tohmahan yang datang kepada kita.
Saya yakin masyarakat tidak mudah percaya tohmahan yang dilemparkan, katanya.
Terdahulu, dalam ucapannya, Ahmad Zahid menyeru semua pemimpin parti politik dan NGO yang mewakili masyarakat India supaya tampil berbincang dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan dirinya bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi mereka.
Beliau berkata walaupun pelbagai usaha telah dilakukan namun, banyak lagi yang perlu dilakukan termasuk tentang pendidikan dan sosioekonomi demi kesejahteraan masyarakat India di negara ini.
Perdana menteri ikhlas membantu masyarakat India mengatasi semua masalah ini. Saya juga komited untuk membantu beliau (berbuat demikian), katanya.
Pada masa sama, Ahmad Zahid meminta IPF supaya terus membantu BN mendapatkan sokongan masyarakat India dalam usaha membentuk sebuah kerajaan yang kukuh. BERNAMA
Tags: Ahmad Zahid HamidiPRU14
Anda Juga Mungkin Berminat
Dec 17, 2016
Zahid Minta KPN Beri Perincian 20 NGO Terima Dana Asing
TELUK INTAN Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar akan diminta memberi perincian mengenai
Dec 17, 2016
KDN Diminta Kaji Semula Undang-Undang Lapuk
TELUK INTAN Kementerian Dalam Negeri (KDN) diminta supaya mengkaji semula undang-undang lapuk bagi membolehkan hukuman
Dec 16, 2016
Gerakan Tak Bimbang Kjasama Pbangkang Hadapi PRU-14
PETALING JAYA Presiden Gerakan Datuk Seri Mah Siew Keong berkata parti itu tidak bimbang dengan
Post navigation
Previous Story Previous post: Tuanku Abdul Halim Berangkat Balik Ke Kedah EsokNext Story Next post: Perak Menang Pavilion Terbaik MAHA 2016
Terkini dari Politik
Dec 17, 2016
Anwar Tetap Calon PM, Bukan Muhyiddin! Kit Siang
KUALA LUMPUR Pakatan Harapan akan tetap memilih Ketua Umum Parti Keadilan Dec 17, 2016
BN Kedah Tidak Gentar Dengan PPBM Ahmad Bashah
ALOR SETAR Barisan Nasional (BN) Kedah tidak gentar dengan Parti Pribumi Dec 16, 2016
Persempadanan Semula: Selangor Dibenarkan Tangguh
KUALA LUMPUR Mahkamah Tinggi di sini hari ini membenarkan permohonan Kerajaan Dec 16, 2016
Rusia Dituduh Godam Keputusan Pilihan Raya AS
SUMBER perisikan Amerika Syarikat (AS) mendakwa mempunyai bukti bahawa kumpulan pengodam dari Dec 16, 2016
Gerakan Tak Bimbang Kjasama Pbangkang Hadapi PRU-14
PETALING JAYA Presiden Gerakan Datuk Seri Mah Siew Keong berkata parti
Advertisement
We are offering exclusive and effective positioning in addition to traditional placements and a chance to be part of the most authentic representation of today’s outlook on lifestyle. [emailprotected]
Kategori
- Alhijrah Frenz
- Artis
- Gadjet
- Gaya Hidup
- Hangat
- Jenayah
- myVideo
- Politik
- Resepi
- Slider
- Sukan
- Terkini
- Uncategorized
- Utama & Sensasi
- Video Viral
Tags
1MDBAmerika SyarikatAnwar IbrahimArtisBanjirbayibola sepakBombaChinaDAPGSThollywoodIndonesiaJenayahkanak-kanakkebakarankemalangankemalangan mautkes bunuhKhairy JamaluddinlelakimahkamahMalaysiamautMayatMH17myArtisNajib Tun RazakPASpelajarpelakonpelikpenyanyiPKRpolisSabahsarawakselebritiSingapuraSPRMUMNOvideovideo viralWanitaZahid Hamidi
Subscribe in a reader
Powered by Extra Media Network
Sumber: mynewshub
–> Klik jika rasa post ini patut dibuang
Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih
0 comments:
Post a Comment