PRU-14: PH Ketengah Calon Berprofil Tinggi Di Johor
Published on Dec 18, 2016 in Politik/Terkini
JOHOR BAHRU Pakatan Harapan (PH) akan menggunakan taktik gabungan calon berprofil tinggi dengan pemimpin tempatan bagi memenangi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 di negeri Johor.
Timbalan Pengerusi PKR Johor, Jimmy Puah Wee Tse berkata calon berprofil tinggi tersebut akan bertanding di kerusi Parlimen manakala pemimpin tempatan yang aktif pula akan bertanding untuk kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).
Kami akan panggil beberapa pemimpin pusat untuk bertanding di beberapa kawasan Parlimen dan satu kawasan yang kami kenal pasti adalah Parlimen Pasir Gudang manakala bagi kerusi DUN pula, kami akan tempatkan pemimpin tempatan yang benar-benar boleh melaksanakan tugas mereka.
Strategi ini penting kerana kami lihat negeri Johor sebagai negeri utama dalam memastikan kemenangan besar kepada Pakatan Harapan dan untuk mencapai kemenangan tersebut, kami perlu berkorban, katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan Back to School di Pasaraya Sakan Seri Alam, di sini hari ini.
Tambahnya, Pakatan Harapan sentiasa mengalu-alukan mana-mana calon parti komponen pembangkang untuk tampil dan bertanding di negeri Johor.
Sebelum ini, Ketua Wanita PKR Pusat Zuraida Kamaruddin telah menyatakan kesediaan beliau untuk meninggalkan kerusi Parlimen Ampang yang disandang bagi bertanding di mana-mana negeri termasuk Johor sebagai usaha memenangi PRU akan datang. Jadi, kalau kami dapat mengumpulkan dua atau tiga calon berprofil tinggi di Johor, saya lihat kemenangan untuk kita bukan menjadi satu masalah.
Terdapat tujuh kawasan Parlimen dalam negeri Johor yang pembangkang kalah dengan marginal dua peratus, jadi, dengan strategi ini, saya yakin kami akan mampu menawan tujuh kawasan tersebut, kata Jimmy Puah.
Menurutnya lagi, Pakatan Harapan sudah menghantar senarai calon yang bakal bertanding pada PRU akan datang dan sedang menunggu keputusan daripada Jawatankuasa Pilihan Raya Pusat.
Tujuh kawasan Parlimen tersebut adalah Pasir Gudang, Labis, Tebrau, Segamat, Ledang, Pulai dan Muar. BERNAMA
Tags: Jimmy Puah Wee TseJohorpakatan harapanPKR
Anda Juga Mungkin Berminat
Nov 23, 2016
Sedih Mahathir Malu Berkawan Dengan Saya Ibrahim Ali
KUALA LUMPUR Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), Datuk Ibrahim Ali menegaskan tuduhan Tun Dr.
Nov 12, 2016
PKR Minta Pakatan Terima Dasar Islam Agama Rasmi
KUALA LUMPUR Seorang wakil Parti Keadilan Rakyat (PKR) meminta Pakatan Harapan yang diketuai DAP supaya
Jul 12, 2016
Majlis Presiden Akui Pakatan Hilang Sokongan Rakyat
KUALA LUMPUR Pakatan Harapan yang didominasi oleh parti DAP dan dianggotai Parti Keadilan Rakyat (PKR)
Post navigation
Previous Story Previous post: Takde Meja Rendah, Takpelah Gitu Pun Pegawai BankNext Story Next post: Mangsa Kelapan Positif Zika Di Negara Ini KP Kesihatan
Terkini dari Politik
Dec 18, 2016
Kenyataan Kit Siang Hanya Jenaka Politik Mahdzir
ALOR SETAR Kenyataan penasihat DAP Lim Kit Siang yang menyebut bahawa Dec 17, 2016
Iltizam DAP Jadikan Negara Tak Kira Agama, Bangsa
KUALA LUMPUR DAP berpegang teguh kepada komitmen parti itu sejak setengah Dec 17, 2016
DAP Tetapkan PM Seterusnya Wan Azizah Wan Ismail
KETUA Ahli Parlimen DAP, Lim Kit Siang telah menetapkan bahawa Presiden PKR, Dec 17, 2016
Anwar Tetap Calon PM, Bukan Muhyiddin! Kit Siang
KUALA LUMPUR Pakatan Harapan akan tetap memilih Ketua Umum Parti Keadilan Dec 17, 2016
BN Kedah Tidak Gentar Dengan PPBM Ahmad Bashah
ALOR SETAR Barisan Nasional (BN) Kedah tidak gentar dengan Parti Pribumi
Kategori
- Alhijrah Frenz
- Artis
- Gadjet
- Gaya Hidup
- Hangat
- Jenayah
- myVideo
- Politik
- Resepi
- Slider
- Sukan
- Terkini
- Uncategorized
- Utama & Sensasi
- Video Viral
Tags
1MDBAmerika SyarikatAnwar IbrahimArtisBanjirbayibola sepakBombaChinaDAPGSThollywoodIndonesiaJenayahkanak-kanakkebakarankemalangankemalangan mautkes bunuhKhairy JamaluddinlelakimahkamahMalaysiamautMayatMH17myArtisNajib Tun RazakPASpelajarpelakonpelikpenyanyiPKRpolisSabahsarawakselebritiSingapuraSPRMUMNOvideovideo viralWanitaZahid Hamidi
Subscribe in a reader
Powered by Extra Media Network
Sumber: mynewshub
–> Klik jika rasa post ini patut dibuang
Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih
0 comments:
Post a Comment