loading...

Monday, 5 December 2016

Sayu Jururawat Mengandung 8 Bulan dan Anak Maut Kemalangan 7 GAMBAR

Seorang jururawat yang mengandung lapan bulan dan anak lelakinya yang berusia empat tahun maut selepas kereta mereka berlanggar dengan sebuah kereta lain di Jalan Kalumpang-Tanjung Malim pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira 7.45 pagi itu, Husnadia Abd Razif, 30, dan anaknya Muhammad Qhalif Fayyadh Mohd Faizul meninggal akibat tersepit di dalam Perodua Kancil yang dipandu Husnadia.

Sementara itu pemandu Perodua Viva yang turut terbabit dalam nahas itu Muhammad Zikrul Fahmi Musa, 21, dilaporkan cedera parah manakala rakannya Syarifah Nadia Mohd Abdul, 21, cedera ringan.

Kedua-duanya merupakan pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris di Tanjung Malim, Perak.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu, Kamil Hamadan berkata pihak bomba dan penyelamat mengeluarkan ibu dan anaknya yang tersepit itu.

“Setelah dikeluarkan, pegawai perubatan mengesahkan dua beranak itu telah meninggal dunia,” katanya kepada Bernama.

Keadaan kandungan Husnadia tidak dapat ditentukan.

Mayatnya dan anaknya dibawa ke Hospital Kuala Kubu Bharu.

Difahamkan Husnadia bertugas di Klinik Kesihatan Kalumpang, Hulu Selangor. Bernama

Abang%2BTerlajak%2BLaris%2B1.jpg

Abang%2BTerlajak%2BLaris%2B2.jpg

Abang%2BTerlajak%2BLaris%2B3.jpg

Abang%2BTerlajak%2BLaris%2B4.jpg

Abang%2BTerlajak%2BLaris%2B5.jpg

Sumber: informasidbt

–> Klik jika rasa post ini patut dibuang

Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih

Related Posts:

0 comments:

Post a Comment

loading...