loading...

Monday, 19 December 2016

Zulin aziz marah digelar bodoh

15305864_1822955867922844_91664716658722

Hanya kerana dianggap salah mengeja pada satu perkataan, Zulin Aziz dikecam hebat oleh peminat yang menuduh beliau sebagai seorang yang bodoh kerana tidak tahu mengeja. Berang dengan pelbagai tuduhan yang dilemparkan termasuk menghina fizikal badannya yang gempal, Zulin telah mengamuk di laman sosial membidas kritikan peminat terhadapnya.

BACA: Zulin Aziz Sedia Kahwin Jika Ada Calon Sesuai

Aku sebut ANGKAT walaupun hakikatnya AKAD dan aku tulis ikut ejaan apa aku cakap. Apa isunya, Kau ingat aku tak pergi sekolah ke tak tahu akad tu ape? Suka hati nak kata aku bodoh. Tag aku bertubi-tubi kata aku bodoh. Aku bergurau, dah kenapa jadikan isu itu serius. Aku tak faham orang kita ni, kalau salah laju saja nak menghentam

Aku tak marah pada mulanya, tapi sampai cakap aku perempuan gemuk, hodoh dah la bodoh mak bapak tak hantar sekolah, itu dah melampau. Aku masih boleh bergurau berkenaan isu ni, aku biar je tapi ni sampai tak reti nak respek orang. Bila aku cakap orang utara memang slang bunyi dia ANGKAT, tulisnya di dalam akaun Facebook beliau semalam.

adv.php?sid=332179965797

Bukan itu sahaja, Zulin juga dikatakan bakal memadamkan akaun Twitternya dalam masa yang terdekat ini kerana terlalu bengang. Terdahulu, Zulin yang terkenal dengan lawak jenakanya yang bersahaja telah memuat naik status mengenai akad nikah. Namun, Zulin dilihat salah mengeja perkataan akad. Apapun, kepada Zulin bersabar sahajalah dengan perkara remeh begini. (rkty/w)



Sumber: Rotikaya

–> Klik jika rasa post ini patut dibuang

Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih

Related Posts:

0 comments:

Post a Comment

loading...