Beberapa hari yang lalu, seorang pengguna laman sosial Khaider dalam status Facebooknya telah memuat naik video pendek berdurasi 1 minit 18 saat yang menunjukkan saat pernikahan satu pasangan yang dilakukan secara berdiri dan ‘vow exchange’ dalam bahasa Inggeris.
Khaider dalam kenyataannya berbunyi:
Melayu akhir zaman…minta di jauhi Allah swt..memang neraka jahanam la tempatnye kita harap biya pihak jakim tolong siasat pekara ini…
Video berkenaan yang disalah anggap menjadi viral sekelip mata membuatkan seorang wanita yang mendakwa kakak kepada pengantin memberikan penjelasan.
Seorang wanita, Emyliana Nukman telah menghubungi pihak Astro Awani mengenai video pernikahan adiknya itu.
Menurut Emyliana, pernikahan adik perempuannya itu berlangsung di Melbourne, Australia. Adiknya telah dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan bersama saksi dan seorang kadi yang telah menetap di Australia lebih 20 tahun.
Selesai upacara akad nikah, kedua pengantin diminta untuk duduk berhadapan dan menyarungkan cincin antara mereka sambil kadi membacakan ikrar perjanjian atau lafaz ikrar yang mana di Malaysia kita guna perkataan “taklik” manakala di sana menggunakan perkataan “vow exchange” yang dilafazkan dalam Bahasa Inggeris. -Emyliana Nukman
Di akhir penjelasan, Emyliana memberitahu bahawa video berkenaan sudah lama berlaku dan menjadi viral kembali. Dia juga memberitahu bahawa keluarga mereka masih berpegang kepada ajaran Islam Ahli Sunnah Wal Jamaah.
Di akhir penjelasannya, Emyliana menyatakan rasa hairan kepada individu yang memuat naik status berkenaan selain meminta orang ramai untuk menyemak kesahihan cerita kerana bimbang berlaku fitnah.
Jadi buat pengkritik semua, sebelum menyebarkan suatu berita tolong semak kesahihan berita tersebut bimbang-bimbang berlaku fitnah. Tambahan lagi ini adalah video lama yang dimuat-naik kembali oleh netizens yang tidak tahu apa tujuan sebenar ia disebarkan. -Emyliana Nukman
Orang ramai diminta untuk tidak mempercayai satu sumber sahaja. Jangan mudah percaya kerana kebenaran kadang-kadang bukan pada video semata-mata.
Sumber Astro Awani
Jika anda ingin melihat upacara akad nikad yang diamalkan di Australia, bolehla melihat video di link ini FB Khaider
0 comments:
Post a Comment