loading...

Thursday, 22 June 2017

Nora Danish Masih Beraya Dengan Bekas Mertuanya , Apa Reaksi Fasha Sanda Pulak ??


 
SUDAH mendirikan rumah tangga bukanlah satu halangan buat pelakon Nora Danish untuk berkunjung ke rumah bekas mertuanya pada sambitan hari raya nanti.

Kata Nora, dia tidak sesekali memutuskan silaturahim dengan bekas mertuanya malah telah menganggap mereka iaitu Tan Sri Ramli Ngah Talib dan Puan Sri Raja Noora Ashikin Raja Abdullah sebagai ibu-bapanya.

Malah kata Nora, anaknya Putra Rayqal Ramli sangat rapat dengan datuk dan neneknya itu.

 
“Menziarahi bekas mertua adalah perkara harus dibuat setiap tahun kerana saya sudah anggap mereka seperti keluarga sendiri.
“Rayqal pula memang rapat dengan mereka jadi tiada sebab kenapa saya tidak boleh melawat walaupun saya sudah berpisah dengan anak mereka,” katanya.
 

Nora sebelum ini pernah berkahwin dengan Rizal Ashram Ramli namun bercerai pada 10 Julai 2008 selepas dua tahun berkahwin.

Nora kemudian berkahwin dengan Nedim Nazri pada 30 Mac lalu.

Bagaimanapun kata Nora, dia akan menyambut hari raya dengan suaminya terlebih dahulu selain teruja dapat kembali meraikan lebaran sebagai isteri orang.

Malah kata Nora, dia dan Nedim bercadang untuk mengadakan rumah terbuka bagi meraikan kaum keluarga dan sahabat handai.

“Seperti kebiasaan saya akan sambut hari raya secara sederhana tetapi tahun ini ia akan jadi meriah kerana akan meraikan bersama suami.

“Kami akan berhari raya di rumah keluarga Nedim terlebih dahulu dan keluarga saya sebelum membawa Rayqal berjumpa dengan bapanya,” kata Nora.

0 comments:

Post a Comment

loading...