loading...

Wednesday 28 June 2017

Wajah Wanita Ini Macam Umur 20 an, Tapi Umur Yang Sebenar Sangat Jauh

Dalam ramai ramai orang yang kita kenal, mesti ada salah seorang yang kita tengok wajah dia tak dimamah dek usia. Wajah nampak comel, muda je tapi umur sebenar jauh dari wajah. Hehe. Samalah macam gadis dari Taiwan ini. Sekali pandang je kita dapat agak umur dia dalam linkungan 20 an atau mungkin saja penuntut di mana mana universiti. Namun jangan salah sangka! Sebenarnya umur beliau ialah 42 tahun!

Fuhhh apa rahsianya nampak muda jauh berbelas tahun?? Wanita yang awet muda ini, Lure Hsu akan menyambut ulang tahun kelahirannya tidak lama lagi yang ke 42 tahun. Beliau merupakan bahan di internet yang mengejutkan orang dek kerana penampilan dan wajahnya persis anak dara.

Memetik laporan Daily Mail, permulaan beliau menjadi perhatian dan tular diinternet selepas ketika gambar beliau sedang menemani adiknya yang juga merupakan pelakon Taiwan, Sharon, 35, ke satu persembahan pada tahun 2015.

Lalu, Lureen yang juga seorang pereka hiasan dalaman ini semakin menjadi perhatian di media sosial. Berpuluh ribu orang yang mengikuti perkembangannya di media sosial.

Baru baru ini ada satu keping gambar yang dimuatnaik Lureen dan seperti biasa akan dikongsi oleh media sana dan memberi gelaran ppada Luhee sebagai ‘dewi yang terhenti usia’. Ambooih belum apa apa dah jadi dewi. Hehe.

Semasa ditemuramah dengan majalah Taiwan, Friday, beliau ditanya tentang soalan tentang awet muda  yang diamalkannya. Jawapannya mudah. Perbanyakkan minum banyak air putih, dan jangan lupa makan sayur sayuran. Selain itu, beliau mengelakkan minum minuman yang bergula dan hanya minum kopi O ketika bersarapan.

Untuk tambahan kecantikan, Lure akan mengambil vitamin dan makanan tambahan untuk kulitnya termasuk vitamin C dan kolagen

Wah! Kalau macamni rupa, satu hari  memang nak makan sayur dengan air putih ja! Hahaa

0 comments:

Post a Comment

loading...